Monday, December 31, 2012

DOA UNTUK INGAT SEKALI BACA







"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan
daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."


Allahumma ameeeeeen...

Sunday, December 30, 2012

Ujian itu datang bukannya untuk menguji kekuatan diri kita,namun ia datang untuk menguji sejauh mana kekuatan kita memohon pertolongan dengan Allah.






Tetiba rasa sentap dengan ayat kat bawah ni....Allahu!


"Ujian itu datang bukannya untuk menguji kekuatan diri kita,namun ia datang untuk menguji sejauh mana kekuatan kita memohon pertolongan dengan Allah."

Dan dalam kuliah Art of Women bulan lepas,ada seorang pelajar bertanya kepada ustazah...

"Orang cakapkan kesabaran ada tahapnya kan,macammana tu?dan macamana kalau ujian itu datang bertimpa-timpa?

Dengan tenangnya ustazah menjawab,"Ya.kesabaran ada batasnya juga,tapi bila ia melibatkan hak Allah itulah yang dimaksudkan yang sabarnya pun ada batasnya."

Sebagai contoh kiranya ada yang memperkotak katikkan hukum-hukum Allah,apakah kita harus mendiamkan diri?

ustazah menyambung lagi...."Andai ujian itu datang bertimpa-timpa,sabar,sabar dan sabarlah"

Dan diri ini merasakan sedikit terubat,menangis didalam hati....

kehilangan demi kehilangan,datang diwaktu kesempitan...

Memegang kembali kata-kata azimat...

"Man jadda wa jadda,man shobaro zhafira"

dan meneruskan juga bacaan Surah al-fath kegemaran.

Moga Allah hiburkan dengan yang lebih baik ^^



#kuliah Art of Women;(Tazkiyatunnafs)kebiasaannya diadakan di Fakulti 
pada hari Jumaat mula dari 12.30 tengahari hingga 2.00 petang.

Thursday, December 27, 2012

Tanpa Tarbiah gerenti rebah




Mengutip kata-kata dari seorang sahabat..

"Tarbiyah bukan program, ia adalah disiplin kehidupan. Tetapi kalau tidak diprogramkan, ramai yang hidupnya tiada disiplin. Tanpa tarbiyah gerenti rebah!"

Allahuakbar...muhasabah bersama,moga hari esok lebih baik amalnya dari hari ni....


Tuesday, December 18, 2012

Talk and Do it

“Sesungguhnya ramai orang yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka itu yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan kerja berat. Para mujahidin itulah angkatan yang terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Ada kalanya mereka itu silap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi inayah dan hidayah oleh Allah.”
― Hassan Al Banna

Sunday, December 9, 2012

Belajar erti cekal dari seorang sahabat



Dia tampak lembut
hakikatnya seorang yang kelakar
'Happy go lucky' dan sedikit gila-gila
Sedikit degil
Tapi dalam hati ada taman
Dalam sakit-sakit
Kesihatan yang tak menentu
Juga sebagai 'final year student'
Tetap cekal turun 'muzhaharah'
Dalam hujan lebat yang menggila
Aspal jadi saksi
Berteduh di bawah langit ilahi
Bertemankan payung kuning 'angry Bird'
Dan kami berdua sama-sama berkongsi
Dan satu ketika dia pengsan lagi
Sesak nafas,kejang dari bawah sampai ke kerongkong
Di atas katil rumah sakit,dengan muka pucat lesi
Lesu tak bermaya
Tapi dialah yang paling ceria,cuba acah-acah ingin lari dari hospital
Dan kini saya faham mengapa
kerana bak kata senior
Perlu ada niat untuk mati tika melakukan gerak kerja islam
Tanam dan sematkan dalam hati
Sampai saat ini
Masalah kewangan,Famili,Kesihatan,Akademik
Jadikan ia masalah bukan masalah

Peranan muslimat di medan amal islami

Kisah dalam train,kelakar,tersilap turun stesen.Nasib baik jalan sehala,boleh pulak turun dan naik balik.Jauh juga dari nilai ke Shah Alam.

Seorang sahabat mengadu,katanya kakaknya sangatlah sibuk.

"Oh ya,kakak yang baru kahwin tu?"

"Keje kat bursa saham la katakan,dah tak boleh aktif dengan aktiviti-aktiviti dakwah"

"Aduh,sayangnya...tapi hujung minggu masih ada masa kan?"

"Itulah,tapi suaminya tak sefikrah ngan kita..ahli gerakan juga,tapi tak sama"

"Trylah bawak berbincang,macammana sekalipun dia juga aktivis dakwah,pasti faham"

Sahabat ini mengangguk.

"Ada buat perjanjian tak sebelum kawin?"

"Perjanjian?"

"Keizinan untuk bergerak kerja"

"Takde kot"..Sahabat ini menggeleng.

"Seharusnya,kita ada perjanjian sebelum kahwin.Takpe lah nanti bincang balik dengan kakak macamana.Masih belum terlambat,InsyaAllah boleh."

Teringat buku kecil di dalam beg sandang hitam,karya Ust.Mustafa Mahsyur,Jalan Dakwah...keluarkan dan kami sama-sama diskusi..

Antara mehnah tribulasi yang sering dihadapi ahli gerakan terutama setelah tamat belajar adalah antaranya;


Isteri/suami,
anak-anak,
kerjaya,
harta yang dikejar.

Takut.Andai kita diuji dengan benda-benda macam ni.Nauzubillahi min zalik.

Benda paling penting yang nak disampaikan adalah,

Perjanjian.Ya perjanjian sebelum kahwin.Bait kita bukan sekadar Baitul Muslim,ia adalah baitul haraki...

Situasi 1:

Dalam diskusi taa'ruf disaksikan mereka-mereka yang boleh dipercayai...

Bakal zaujah:Insyaallah saya berusaha untuk komit dengan kerja-kerja dakwah selepas kawin.Kisah tak kalau ana balik meeting/kerja dakwah jam 2 atau 3 pagi,senang cerita balik lewat-lewat malam?

Bakal zauj:Insyaallah ana faham.

Bakal zaujah:Maksudnya enta izinkan ana turun ke lapangan dakwah?Kalau tak kita putus.(amboi seriusnya..haha,ini benda serius tak leh main-main!!!)

Bakal zauj:Ana tak kisah,ana kalau boleh tak nak simpan isteri ana sebagai perhiasan dirumah.

------

insyaallah bakal bersambung...simpan tenaga untuk explorace esok.

"Al-aqlu saleem fi jismi saleem" ^_^

kamus:

ana :saya
enta: awak (lelaki)
enti :awak (perempuan)
zauj:suami
zaujah:isteri


Umpama baju kotor didalam baldi,kotor lagi membusukkan


Baju yang dipenuhi dengan kotoran hanya mampu dibersihkan dengan cucian yang berulang-ulang.Demikianlah juga dengan kalbu kita yang dipenuhi dengan kotoran syahwat dan noda perbuatan haram.Ia hanya boleh dibersihkan dengan senantiasa mengingatkan akhirat sehingga kita bertaubat dan meninggalkan perbuatan nista.

Umpama baju kotor di dalam baldi,kotor lagi membusukkan.Perlu dibasuh dan disental dengan segera,secepat yang mungkin...

#Astaghfirullahal adzhim...Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah T_T

Sunday, December 2, 2012

Fityatun amanu bi rabbihim


Pesanan buat anak muda...

1)Asas perjuangan anak muda adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala

2)Mesti cemerlang dalam akademik

3)Memperkasakan ukhuwwah di antara mereka

4)Menekankan aspek tarbiah (inilah elemen yang paling penting sekali sebenarnya)


Kata-kata ini dinukilkan oleh Timbalan Presiden I.M kepada wakil anak muda dalam siri lawatan baru-baru ini dan rais panjang-panjangkan...

#koreksi diri !!!

Wednesday, November 21, 2012

Manfaat kesihatan coklat gelap(Dark Chocolate)




Manfaat kesihatan coklat gelap (Dark chocolate)


1) Baik untuk Jantung Anda

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda. Coklat gelap meningkatkan aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku. Makan coklat gelap juga boleh mencegah arteriosklerosis (pengerasan arteri).

2)  Baik untuk Otak anda

Coklat gelap meningkatkan aliran darah ke otak serta jantung, jadi ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif. Coklat gelap juga membantu mengurangkan risiko strok.

Coklat gelap juga mengandungi beberapa sebatian kimia yang mempunyai kesan positif ke atas mood anda dan kesihatan kognitif. Coklat mengandungi phenylethylamine (PEA), bahan kimia yang sama otak anda mewujudkan apabila anda rasa seperti anda sedang jatuh cinta. PEA menggalakkan otak anda untuk melepaskan endorfin, jadi makan coklat gelap akan membuatkan kita berasa gembira.

Coklat gelap juga mengandungi kafein, perangsang yang sederhana. Walau bagaimanapun, coklat gelap mengandungi kafein yang lebih kurang daripada kopi. Satu bar 1.5 auns coklat gelap mengandungi 27 mg kafein, berbanding mg 200 ditemui dalam cawan lapan auns kopi.

3) Membantu Kawalan Gula Darah

Coklat gelap membantu menjaga saluran darah anda sihat dan peredaran anda tidak terjejas untuk melindungi terhadap diabetes jenis 2. Flavonoid dalam coklat gelap juga membantu mengurangkan rintangan insulin dengan membantu sel-sel anda untuk berfungsi secara normal dan mengembalikan keupayaan untuk menggunakan insulin badan anda dengan cekap. Coklat gelap juga mempunyai indeks glisemik rendah, bermakna ia tidak akan menyebabkan pancang yang besar dalam tahap gula dalam darah.

4) Penuh  dengan Antioksidan

Coklat gelap dimuatkan dengan antioksidan. Antioksidan membantu badan anda daripada radikal bebas, yang menyebabkan kerosakan oksidatif kepada sel. Radikal bebas yang terbabit dalam proses penuaan dan boleh menjadi penyebab kanser, makanan antioksidan jadi makan kaya seperti coklat gelap boleh melindungi anda daripada banyak jenis kanser dan melambatkan tanda-tanda penuaan.

5) Mengandungi theobromine

Coklat gelap mengandungi teobromina, yang untuk mengeraskan enamel gigi. Itu bermakna bahawa coklat gelap, tidak seperti kebanyakan gula-gula lain, merendahkan risiko anda mendapat kaviti jika anda mengamalkan kebersihan gigi yang betul.

Teobromina juga perangsang ringan, walaupun tidak kuat seperti kafein. Ia boleh, bagaimanapun, membantu untuk menindas batuk.

6) Mengandungi kandungan Vitamin dan Mineral yang tinggi

Coklat gelap mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang boleh menyokong kesihatan anda. Coklat gelap mengandungi beberapa vitamin dan mineral berikut dalam kepekatan yang tinggi:

-Kalium(Potassium)
-Tembaga(Copper)
-Magnesium
-Besi(Iron)

Tembaga dan kalium dalam coklat gelap membantu mencegah terhadap penyakit strok dan kardiovaskular. Besi dalam coklat melindungi terhadap anemia kekurangan zat besi, dan magnesium dalam coklat membantu mencegah diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.


Rujukan :www.fitday.com

Monday, November 19, 2012

Berkasih macam ni kan lagi best....



Cinta Islam menyatukan hati, meskipun kita hidup berjauhan. Cinta dunia dan populariti menjauhkan hati, meskipun hidup saling berdekatan. Qatadah menulis surat kepada Al-Awzai: "Meskipun kita terpisahkan oleh negeri, namun cinta kepada Islam menyatukan kita." Qatadah seorang ulama tabiin di Basrah. Al-Awzai seorang ulama tabiin di Syam  -Ustaz Umar Muhammad Noor

Subhanallah...
Cinta kerana Allah macam ni kan lagi best
lagi osem
Biarpun tak bertentang mata
Tapi hati tetap tertaut
kasih saudara kerana ilmu
Kasih tanpa fitnah
suci  dalam redhaNya.

Thursday, November 1, 2012

01112012



Perkara2 yang perlu dititikberatkan dalam perjuangan, menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi:
1) Takutkan kemasyhuran.
2) Memuhasabah diri sendiri.
3) Beramal secara diam-diam
4) Tidak memerlukan pujian dan tidak tenggelam oleh pujian orang lain.
5) Tidak kedekut pujian terhadap orang yang memang layak menerimanya.
6) Melakukan apa yang selayaknya ketika memimpin.
7) Mencari keredhaan Allah bukan keredhaan manusia.


Sesungguhnya yang kita perlukan sekarang bukanlah da'i-da'i yang petah berbicara,pintar dan pandai menarik simpati ummat,tetapi da'i yang betul-betul faqeh dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah dimuka bumi ini...

Apakah ada 'indicator' tertentu untuk menentukan tahap keikhlasan seseorang?

Hanya Allah jualah yang berhak menilainya.Seperti yang selalu kita dengarkan ikhlas itu ibarat semut hitam, dan duduknya di atas batu hitam dimalam yang pekat.

Bak kata murabbi Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam 'Islam,Fikrah dan daulah' menurutnya,

"Tidak mustahil 'ahli biasa' yang berkorban untuk Islam dengan cara yang jujur dan ikhlas,lebih afdhal daripada presiden itu sendiri,lebih mulia disisi Allah dari orang yang menjadi ketua di peringkat negeri,daerah,mahupun unit kerana nilaian disisi Allah adalah ikhlas dan taqwa."


#Ikhlaskan lah hati-hati kami Ya Allah T_T

Siap beramal






Seorang yang tidak bersantai,tidak bermalasan,siap untuk tekun dan beramal,maka cita-citanya akan tinggi dan dia akan diberkahi pada saat itu.Dia akan memperoleh kebaikan yang banyak dalam waktu yang singkat.

Seorang penyair berkata,

"Siapa yang meninggalkan kelezatan dunia
maka akan memperoleh cita
Siapa yang sibuk dengan kelezatan
maka akan gigit jari"


-Uridu an akuna Taqiyyan;Famadza af'al (Aku ingin jadi orang yang bertaqwa;Apa yang harus aku lakukan),Hani Saad Ghanim.




لاَ يُنَالُ العِلْمُ بِرَاحَةِ الجِسْمِ

“Ilmu tidak akan diperoleh dengan badan yang rehat.”


#Ilmu dan amal tidak akan dicapai kecuali dengan meninggalkan kelazatan dan kerehatan.

Wednesday, October 31, 2012

Sekadar sekelip mata





"اللهم لا تكلنا إلى أنفسنا طرفة عين ولا أقل من ذلك "




"ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami 
sendiri walaupun dengan kadar sekelip mata atau kadar yg lebih mudah"


Mungkin kita pernah melantunkan bait-bait ini lewat saat lembaran almathurat dibuka,perlahan-lahan mengisi kekosongan hati,meresap ke dalam sanubari,menyegarkan kembali kasih kita pada sang ilahi dikala waktu pagi dan petang kita.Tapi pernahkah kita menekuni ayat-ayat ini?

----------------------------------------------------------------------------

Semalam,saat diri melambung ke udara,itulah yang dirasakan.Sekadar sekelip mata,diri terpelanting entah ke mana.Bila terbuka pelupuk mata barulah terasa kesakitan yang mencengkam dibahagian belakang badan.Diatas aspal(tar) yang berbatu dan pekat malam yang hitam.Batu dan jalan berlubang,siapa yang harus dipersalahkan?Tidak,inilah yang dinamakan takdir,Qada' dan Qadar Tuhan.

Demi Allah yang menghidup dan mematikan,dan demi Allah yang nyawa kami ini ditangannya.Bayangkan badan bagaikan berputar 180 darjah saya kira.Diselangi benda tajam yang menghiris.Allah,perit juga terasa.Merintih seketika.Terkejut.Kaget.Sahabat saya yang memandu juga,sepi tanpa kata.Motosikal memhempap dia,kakinya sedikit lebam,jatuhnya terduduk sopan.Kami kehilangan kata.Hanya kalimah istigfar lewat dibibir saya.Sempat mengerling,kotak donut kami turut sama terdampar di tubir jalan.

Kami bertentang mata,kedua-duanya hanya mampu menguntum senyum.Sebuah kereta hitam melalui tempat kami,keluar seorang pak cik baik hati mendekati dan menolong mengangkat motor dan bertanyakan apa terjadi.Jazakallahu khairan katsira Pak cik :)


Dan bila menekuni kembali ayat-ayat ini ternyata diri baru tersedar,walau sekadar sekelip mata apa-apa sahaja boleh berlaku.Ya walaupun sekadar masa yang lebih pendek dari itu.Kun Fayakun.Jadi,jadilah ia.Innalillhi wa'inna ilahirojiun...Alhamdulillah 'ala kulli hal.Saya tidak dapat membayangkan jika kita sendiri yang menentukan nasib diri,walau sekadar sekelip mata Allah jualah yang berhak menentukannya.Terima kasih Allah.






Teringat kembali perbualan kami seputar tika masih dijalanan,selepas membeli Big Apple donut yang sedap kemain lagi..cerita tentang musibah dan ujian.Padahal baru sahaja kata-kata itu dilafazkan ternyata Allah terus menguji.Benarlah setiap yang berkata itu,diuji.


"Sesungguhnya kesabaran yang sebenar itu  ialah pada awal ditimpa musibah"


 HR bUKHARI,mUSLIM,Ibnu Majah dan Abu Daud.


Alhamdulillah a'la kulli hal...

Nota Kaki:

-Baru saya faham mengapa seorang sahabat muslimin ada mengatakan;muslimat tidak digalakkan 'psycomoto'(training debat atas moto)..haha.terbukti,memang kecekapan kita berbeza;Tunnel vision vs peripheral vision..pandangan mata lelaki mencakupi 120 darjah,manakala perempuan 180 darjah.Sebab tu mereka lebih cekap (bacaan lanjut dalam buku 'Why men dont listen and women can't reads map).saya rekemenkan anda untuk membaca buku ini.Thumbs up!

-Manusia november agak kompleks dan mencapah,banyak fikir,penuh cita dan banyak idea dalam kepala.Atas moto masih sempat buat draf kasar untuk blog di ruangan memo handset;pesan guru dan sastera.

-Dan pastinya pengorbanan sahabat-sahabat yang menemani dari 10.30 malam hingga ke 3.00 pagi semata-mata ke hospital,dengan kesejukan udara yang mencengkam badan,hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya.Ana uhibbukum Fillah Sahabat :).Dan kakak x-ray yang baik hati sempat berkomentar;Awak masih muda,saya tak galakkan awak x-ray tulang belakang,dalam masa yang sama bahagian pinggul dan pelvis,Radiasinya sangat tinggi.Saya faham,radiasi tinggi diperlukan untuk menembusi sel-sel tulang,andainya tulang atau sendi saya patah saya sendiri dah tak boleh berjalan.Katanya jujur dan prihatin.Ya saya menolaknya,apalagi radiasinya nanti bakal mematikan beribu-ribu sel badan saya.Hanya x-ray bahagian pinggul dan pelvis kiri.Alhamdulillah,Allah masih sayangkan diri saya.Kata doktor,semua ok.Setakat luka dan lebam itu nanti akan beransur pulih sedikit demi sedikit.


 " Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit. 
                                            Lalu menebarkannyadi bumi." ~ (Salim A. Fillah-DDU)



#Momen semalam,ternyata Allah ini mengajarkan;persediaan musibah dan kematian itu ternyata sangatlah diperlukan.Taubat jangan ditinggalkan.Must be prepare.

Tuesday, October 30, 2012

Ruh baru islam



Kamu adalah ruh baru,kamu adalah jiwa baru yang mengalir di tubuh ummat,
yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Quran.....

-Hassan al-Banna.

Saturday, October 27, 2012

Aku ingin dipelukmu Tuhan


Tatkala keresahan datang
tatkala inginkan jawapan
Kala diwaktu kesunyiaan
Terasa tuhan begitu dekat di minda dan fikiran
Terasa aku ingin dipelukmu Tuhan
Itu yang kurasakan
Andai engkau juga ciptaan
Namun engkau sang tuhan
Tetaplah aku merasakan
Pelukanmu diwaktu lena yang panjang
Mengejutkan aku mara dihadapan
Bangun membesarkan mu Tuhan
Dalam lemas di muara tahajud malam
Saat aku terpalit dosa silam
Disaat itu kau tunjukkan ku jalan
Katamu ampunan melangit luas seluas jalanan yang lengang
Dan dengan pengharapan
Aku ingin terus dipeluk mu Tuhan
Tuntun aku kearah keredhaan.

Ya Allah,tolong peluki daku dalam lena dan jagaku........ 12 Zulhijjah 1433 H

Sunday, October 14, 2012

A Fading Shadow







O people who take pleasure
In a world that will vanish
Falling in love
With a fading shadow
Is sheer stupidity


~Ibnu Al Qayyim,Tazkiyatul Nufus;The Life of this World


Tuesday, October 2, 2012

Jangan menyerah







Biasanya kalau singgah surau fakulti di tingkat 5,selalu ternampak ayat ni.Ditampal sebelah cermin,sambil-sambil beratur pandang cermin curi-curi baca ayat ni.Beratur sebab berebut nak tengok cermin..hehe

MasyaaAllah...dan pada masa tu,rasa berbunga-bunga dalam hati,rasa ringan sikit kepala yang serabut.

Kadang-kadang banyak pertanyaan kita yang tidak terjawab.Kita tanya kita sendiri yang jawab.

Dan Allah menjawabnya melalui kalam-kalamnya yang indah.Rasa nak menitik tap-tap airmata.

Allah dah janji siapa yang bertaqwa,akan memberikan jalan keluar (memudahkan urusan kita) dan akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka,malah akan mencukupkan segala keperluan jika kita bertawakkal padanya....

Nah,sekarang mau apalagi...Ittaqullah!!!

Kadang-kadang kalau rasa stress nyanyi lagu ni pastu semangat kembali !!!Jom sama-sama :)


"Syukuri apa yang ada 
hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik "

-Jangan menyerah,D'Masiv : D


Monday, August 13, 2012

Spiritual Tonics






Taubat(repentance) 
muhasabah (introspection and self assessment) 
mujahadah(restraint and self control)
muraqabah(Allah’s consciousness)
dakwah (preaching of Islam) 
and istiqamah (persistence and consistency) 


are spiritual tonics that catapulted the Prophet and his Companions towards excellence and glory.With that,they attained taqwa and with taqwa they spread Islam throughout the world.Hence,Allah blessed them by bestowing Divine help upon their efforts,thus enabling then to achieve astounding success without parallel.

*7 Formulas of Excellence Individual,Dr.Danial Zainal Abidin;page 78

----------------------

25 th Ramadhan:Don't leave us Ramadhan,we gonna miss you :(
Allahumma innaka a'fuwwun,tuhibbul afwa fa'fua'nna.

Thursday, August 9, 2012

Tips Raih lailatul Qadar

Tuesday, August 7, 2012

Andai sastera seni dalam dakwah,tarbiyyah pula seni yang mengubah




Hati yang sepi tanpa latihan,didikan,ujian atau telah lama berehat 
lama kelamaan menjadi semakin keras 
menyebabkan terpadamnya 
nilai-nilai islami yang tumbuh dalam diri kita.
Semakin lama semakin berkarat 
sehinggakan tilawatul quran tidak memberi kesan
solat tidak lagi khusyu' dan membazirkan waktu
dengan sia-sia tanpa kesal dan merasa rugi.
Perjalanan tarbiyyah sering menemukan siapa diri kita
siapa kedudukan kita disisi Rabb 
dan sebab itu 
tarbiyyah itu seni yang sesungguhnya mengubah
mengubah sekeping hati dan mendekatkan diri dengan ilahi.

---------------------------------------------------------

Catatan di lapan belas Ramadhan
Dalam misi perjalanan meraih Cinta Ilahi...

Wednesday, August 1, 2012

Perihal hati





"Akak...saya dah remove friend fb sedikit demi sedikit"
kata Adik saya tatkala kami bersua.

"erk..."saya sedikit terkejut sampai terangkat kening-kening(sebab ada 2 kening..hehe).

"Yang lelaki..."

"Oh.. "..saya tersenyum kelat,tanda mengerti.

"Susahkan kak,nak menjaga hati...kalau diingatkan kembali kisah-kisah yang pahit,kita akan sedih dan sakit hati...apalagi cerita-cerita yang tak enak didengar"

"Awak ramai peminat sangat kot..hehe"..saya cuba menceriakan suasana.

"Ya lah,bukan senang nak menjaga ikhtilat terutama antara lelaki dan perempuan.Kadangkala kita mengerti tapi orang lain tak mengerti.Apalagi kalau ada yang salahfaham.Saya tak nak ada salahfaham nanti.."

"Ya..kadang-kadang benda boleh jadi fitnah.Lastly,kita juga yang kena nanti.Padahal xde pape pun...erm."

"Erm..baguslah akak pun nak remove jugak laa nanti.Bukan apa kadang-kadang kita salah penilaian tentang orang itu dan orang ini.Terutamanya di fb.Tak dinafikan juga ada sesetengah orang suka meluahkan perasaan dan cerita itu ini di fb."

Jadi,bila orang baca nanti seolah-olah tiada privacy.Nanti orang cakap "oh! harini dia kesini,esok dia akan ke situ...".."Oh dia ni garangnya","oh dia ni gediknya"

Tapi kalau post itu sebagai dakwah, xkisah kecil atau besar..ok lah,xde masalah.Sangat-sangat di alu-alukan.


 Dan ada satu hari tu saya terbaca satu post...

"Maaf,saya (nama dot dot dot) tidak akan approve mana-mana lelaki...Sekian"

Allah,masyaallah..Bagusnya dia ni..Dan saya faham mengapa,

1.Kerana ingin menjaga hati
2.Kerana tidak ingin dikenali (oleh lelaki-lelaki).

T.T

sebenarnya Allah dah mewajibkan wanita untuk

1.Memelihara pandangan dan kesuciaannya (termasuklah kesucian zahir dan batin)
2.Menutup aurat dan perhiasannya dengan sempurna
3.Tidak menampakkan perhiasan mereka
4.Sopan dalam berbicara dan berjalan
5.Menjauhi benda-benda yang boleh menarik perhatian lelaki
6.Dilarang untuk berdua-dua dengan lelaki ajnabi
7.Jangan bercampur dengan lelaki kecuali untuk keperluan terpaksa atau kemaslahatan dengan syarat batas syariat di jaga ketika bertemu dengan lelaki.

____________________________


Teringat satu ketika dulu
Bicara tanpa memandang
Biarpun tampak segan 
Gerak kerja tetap terus berjalan
Kerana masing-masing faham
Syariat tetap syariat
Tiada kompromi
Tapi hari ini ternyata berbeda
Teringat momen lama
Aku menangis
bagiku itu lebih selesa
Sungguh aku ingin kembali ke dunia lama !



Monday, July 30, 2012

Hati itu milik Allah jadi serahkan padaNya...



treebookshelf1.jpg

Wah.lama betul tak jumpa adik sorang ni.
Ternyata cuti semester memisahkan kita berdua.
Tapi tidak hati ini.
Rasa rindu bertamu
Teringat masa tidur sama-sama diatas karpet masjid tanpa bantal dan juga selimut.
Qiamullail bersama-sama
Borak itu dan ini
cerita masa lalu dan juga masa depan
Sama-sama melakar impian

"Akak kawan saya dah dapat terima kenyataan"..Sapanya diruangan chatbox.Saya dapat gambarkan wajahnya yang kegirangan sambil tersenyum.

"Alhamdulillah,syukur sangat-sangat ! "

x x  x x x x x x x x x

Teringat beberapa ketika yang lalu,ternyata dia menyimpan satu bebanan yang besar.Menjadi tempat luahan perasaan kawannya yang memendam perasaan seorang syabab.Bertahun-tahun lamanya dan sanggup menolak pinangan-pinangan lain yang bertandang.

Tetapi syabab itu menolaknya cintanya dengan alasan masih belum bersedia dan ingin menghabiskan baki-baki semester yang ada.Masih jauh perjalanan.Bimbing andai yang dikejar tak dapat,yang dikendong keciciran.Masih banyak amanah yang menuntut pengorbanan.
"Saya dah tak terdaya kak.Habis sudah nasihat ditaburi,ternyata dia masih ingin menunggu dan menunggu"

"Memang benar,cinta manusia itu buta.Akal tiada daya lagi dalam membuat pertimbangan"

"Saya pesan padanya,serahkan pada Allah.Saya dah tak mampu berbuat apa-apa.Allah jualah yang memegang hati hamba-hambanya"..Masalah kawan masalah kita juga.Sama-sama tanggung sama-sama mencari solusi.


Ternyata kata-kata adikku itu benar.Akhirnya Allah telah membuka pintu hati kawannya supaya berani menerima takdir,berani menghadapi kenyataan.

Kadang-kadang apa yang kita cintai itu belum tentu menjadi milik kita.Jadi,bersahabatlah dengan takdir,qada' qadar yang telah ditentukan.

Semoga beliau tabah dan dijauhkan dari kekecewaan.Moga kebahagiaan dan cinta Allah menjadi miliknya.Ikhlas dan Redha.

Sampai saat ini kalimah ini terngiang-ngiang.

"Serahkan pada Allah,sesungguhnya Allah jualah yang memegang hati hamba-hambaNya."


Dakwah adalah cinta





Da'wah adalah cinta. 
dan cinta akan meminta semuanya darimu... 
Sampai pikiranmu, sampai perhatianmu. 
Berjalan, duduk dan tidurmu, 
Bahkan di tengah lelapmu... 
Isi mimpimu pun tentang da'wah..
tentang umat yang kau cintai... 
lagi2 memang seperti itulah dakwah... 
Menyedot saripati energimu sampai tulangmu...
Sampai daging terakhir yang menempel di tubuh rentamu.
tubuh yang luluh lantak diseret -seret..
Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari... 

 -Ust. Rahmat Abdullah



KATA-KATA "SANG MURABBI" KH RAHMAT ABDULLAH 

Aku rindu zaman ketika halaqoh adalah kebutuhan, bukan sekedar sambilan apalagi hiburan … 
Aku rindu zaman ketika mambina adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan … 
Aku rindu zaman ketika dauroh menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelangkap pengisi program yang dipaksakan
Aku rindu zaman ketika tsiqoh menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan … 
Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujatan dan obyekan…. 
Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan … 
Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk da’wah ini … 
Aku Rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan… 
Aku rindu zaman ketika hadir liqo adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian … 
Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke puncak mengisi dauroh dengan ongkos yang ngepas dan peta  tak jelas …

Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang tabligh da’wah di desa sebelah …
Aku rindu zaman ketika pergi liqo selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan qur’an terjemah ditambah sedikit hafalan … 
Aku rindu zaman ketika binaan menangis karena tak bisa hadir di liqo … 
Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya … 
Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat liqo dengan ongkos jatah belanja esok hari untuk keluarganya … 
Aku rindu zaman ketika seorang murobbi sakit dan harus dirawat, para binaan patungan mengumpulkan dana apa adanya Aku rindu zaman itu … 

Ya Rabb … 

Jangan Kau buang kenikmatan berda’wah dari hati-hati kami … 

Ya Rabb … 

Berikanlah kami keistiqomahan di jalan da’wah ini …

_______________________


Dakwah adalah cinta.
Ternyata kita memerlukan cinta.
Dan kita adalah da'ei bukan penghukum.

#Nahnu Duat La Qudhat (Kita pendakwah bukan Hakim)
      -Hassan al-Hudhaibi rhm,mantan Mursyidul 'Am ke-2 Ikhwanul Muslimin



Saturday, July 28, 2012

Nasihat Ramadhan



Banyakkan menyebut :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

"Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf lagi Maha Mulia yang menyukai permintaan maaf, maafkanlah aku."

samada dalam kenderaan, berjalan, duduk atau baring di malam2 Ramadhan ini..

(Ustaz Azhar Idrus ( Original ),2012)

Thursday, July 26, 2012

Petua Untuk mereka yang mahu jadi Bijak.



Dulu saya selalu bermonolog
Minta sama Allah
Semoga jadi bijak
Baca sekali sudah faham
Baca dua kali sudah hafal
Baca tiga kali kekal didalam ingatan
Menangis minta dengan Allah
Saya punya masa sangat terhad
Tapi banyak sekali cita-cita saya
Tapi saya yakin takdir Allah itu yang terbaik
Cemerlang dunia  dan akhirat

Cerita dibawah ini sangat inspiratif buat saya.
Kepada anda yang mau jadi bijak,sama-samalah kita amalkan.
Man jadda wa jadda man sobaro zhafiro
Siapa berusaha,dia Berjaya.Siapa yang sabar dialah yang beruntung.
Moga kita juga dikalangan mereka itu
Ameen Ya Rabb.

_______________________________________________________

"Detik-detik malam itu sangat berharga.
Maka,janganlah kamu menyia-nyiakannya dengan kelalaian"
  ~Imam Hassan al-Banna
                                 

Ibnu Abbas meriwayatkan,suatu ketika beliau berada dalam suatu majelis bersama Rasulullah saw.Lalu masuklah Ali R.a bertanya,"Ya,Nabi Allah!Engkau lebih saya cintai daripada bapak dan ibuku.Saya telah mencoba menghafal Al-Quran,tetapi tidak bisa kerana ia selalu hilang dari ingatanku".


Rasulullah saw bersabda,"Maukah saya beritahukan satu cara yang dapat memberi manfaat kepadamu dan juga mereka yang kamu ajarkan?Kamu akan mengingat apa sahaja yang kamu pelajari."


Atas permintaan Ali r.a beliau bersabda,"Pada malam jumaat bangunlah pada akhir malam,kerana akhir malam ini adalah paling baik,ketika itu para malaikat turun dan doa-doa akan dikabulkan.Bagian malam inilah yang ditunggu-tunggu oleh Nabi Yaa'kub a.s dan memberitahu putera-puteranya,beliau akan berdoa kepada Allah untuk ampunan mereka.Sekiranya sukar untuk bangun pada akhir malam ini,maka bangunlah pada pertengahan malam,dan sekiranya masih sukar,maka shalatlah empat rakaat pada permulaan malam.Setelah membaca Surah al-Fatihah pada setiap rakaat,bacalah surah Yasin pada rakaat pertama,surah al-Dukhan pada rakaat kedua,Surah Alif lam Mim Sajadah pada rakaat ketiga dan surah al-Mulk pada rakaat keempat.Setelah menyempurnakan tahiyat hendaknya,berzikir dan memuji Allah sebanyak-banyaknya,memberi salam dan memohon rahmat untukku dan kepada seluruh Nabi-Nabi dan memohon keampunan untuk semua orang yang beriman dan saudara-saudara muslim yang telah meninggal dunia sebelum kamu,beristigfar dan kemudian bacalah doa ini.


Allahummarhamni bitarkilma'ashi abadan ma abqaitani
warhamni an atakallafa ma la ya'nini warzuqni husnannadzri
fi ma yurdhika 'anni.

Allahumma badi'assamawati wal-ardhi dzaljalali wal ikrami
wal' izzati allati la turamu as-aluka ya Allahu ya Rahmanu
bijalalika wa nuri wajhika an tulzama qalbi hifdza kitabika
kama 'allamtani warzuqni an aqra-ahu 'ala al-nahwi alladzi
yurdhika 'anni.

Allahumma badiiussamawati wal-ardhi dzaljalali wal-ikrami
wal'izzatillati la turamu as-aluka ya Allah ya Rahmanu
bijalalika wa nuri wajhika an tunawwira bikitabika bashari
wa an tuthliqa bihi lisani wa an tufarrija bihi 'an qalbi
wa an tasyraha bihi shadri wa an taghsila bihi badani
fainnahu la yu'inuni 'alalhaqqi ghairaka wa la yu'tihi illa Anta
wa la hau hawla wa la quwwata illa billahil'aliyyil'adzimi.

"Ulangi amalan ini selama tiga,lima atau tujuh juma'at.InsyaAllah doa kamu akan diperkenankan.Saya bersumpah dengan nama-Nya yang menjadikan saya Nabi,doa setiap orang yang beriman akan tidak akan dibiarkan tanpa dikabulkan,"kata Rasulullah kepada Ali r.a.

Ibnu Abbas r.a  menceritakan,setelah lima atau tujuh jum'at kemudian Ali r.a datang kembali menemui Rasulullah saw dan berkata,"Dulu saya belajar lebih kurang empat ayat,tetapi sya tidak bisa lama mengingatnya.Sekarang sya belajar empat puluh ayat dan bisa mengingatnya dengan mudah seolah-olah al-Quran dibuka didepanku.Dahulu apabila saya mendengar sebuah hadits lalu mengulanginya,tetapi saya tidak mengingatnya.Sekarang saya mendengar banyak hadits dan saya langsung mengingatnya."




..............


Masyaallah...hebatkan!
Antara ibrah yang boleh kita ambil adalah kelebihan malam dibandingkan waktu lain.
Malam merupakan ladang turunnya malaikat yang selalu menyaksikan,mendengarkan,memohonkan serta menyampaikan permohonan atau doa seorang hambanya yang rajin dan bersungguh-sungguh tatkala orang lain lena diulit mimpi


Jika kita masih belum menguasai apa yang kita pelajari jadi ada baiknya kita cuba menerapkan apa yang telah dilakukan saidina Ali r.a.


InsyaAllah apa yang anda inginkan akan tercapai,mudah-mudahan.


Kenapa doa di waktu malam itu lebih cespleng dibandingkan waktu lain?
Kerana,


"Sesungguhnya bangun di waktu malam itu lebih tepat(lebih khusyuk) dan bacaan di waktu itu lebih berkesan."
   >Al-muzammil:6




Terima kasih juga kepada ustaz Rudiyanto SW kerana telah mencoretkan kisah ini didalam bukunya,KULTUM:Kuliah tujuh menit  mengubah kehidupan dan kebahagiaan.
Jazakallahu khairan jaza' atas perkongsiannya.

Dan inilah cinta tigasegi kita :Tuhan >Malaikat >Doa Malam


______________________


Mahu tidur awal setengah jam dari biasa.
Padahal dah nak pukul 12 Malam.
Wassalam.