Wednesday, August 1, 2012

Perihal hati





"Akak...saya dah remove friend fb sedikit demi sedikit"
kata Adik saya tatkala kami bersua.

"erk..."saya sedikit terkejut sampai terangkat kening-kening(sebab ada 2 kening..hehe).

"Yang lelaki..."

"Oh.. "..saya tersenyum kelat,tanda mengerti.

"Susahkan kak,nak menjaga hati...kalau diingatkan kembali kisah-kisah yang pahit,kita akan sedih dan sakit hati...apalagi cerita-cerita yang tak enak didengar"

"Awak ramai peminat sangat kot..hehe"..saya cuba menceriakan suasana.

"Ya lah,bukan senang nak menjaga ikhtilat terutama antara lelaki dan perempuan.Kadangkala kita mengerti tapi orang lain tak mengerti.Apalagi kalau ada yang salahfaham.Saya tak nak ada salahfaham nanti.."

"Ya..kadang-kadang benda boleh jadi fitnah.Lastly,kita juga yang kena nanti.Padahal xde pape pun...erm."

"Erm..baguslah akak pun nak remove jugak laa nanti.Bukan apa kadang-kadang kita salah penilaian tentang orang itu dan orang ini.Terutamanya di fb.Tak dinafikan juga ada sesetengah orang suka meluahkan perasaan dan cerita itu ini di fb."

Jadi,bila orang baca nanti seolah-olah tiada privacy.Nanti orang cakap "oh! harini dia kesini,esok dia akan ke situ...".."Oh dia ni garangnya","oh dia ni gediknya"

Tapi kalau post itu sebagai dakwah, xkisah kecil atau besar..ok lah,xde masalah.Sangat-sangat di alu-alukan.


 Dan ada satu hari tu saya terbaca satu post...

"Maaf,saya (nama dot dot dot) tidak akan approve mana-mana lelaki...Sekian"

Allah,masyaallah..Bagusnya dia ni..Dan saya faham mengapa,

1.Kerana ingin menjaga hati
2.Kerana tidak ingin dikenali (oleh lelaki-lelaki).

T.T

sebenarnya Allah dah mewajibkan wanita untuk

1.Memelihara pandangan dan kesuciaannya (termasuklah kesucian zahir dan batin)
2.Menutup aurat dan perhiasannya dengan sempurna
3.Tidak menampakkan perhiasan mereka
4.Sopan dalam berbicara dan berjalan
5.Menjauhi benda-benda yang boleh menarik perhatian lelaki
6.Dilarang untuk berdua-dua dengan lelaki ajnabi
7.Jangan bercampur dengan lelaki kecuali untuk keperluan terpaksa atau kemaslahatan dengan syarat batas syariat di jaga ketika bertemu dengan lelaki.

____________________________


Teringat satu ketika dulu
Bicara tanpa memandang
Biarpun tampak segan 
Gerak kerja tetap terus berjalan
Kerana masing-masing faham
Syariat tetap syariat
Tiada kompromi
Tapi hari ini ternyata berbeda
Teringat momen lama
Aku menangis
bagiku itu lebih selesa
Sungguh aku ingin kembali ke dunia lama !



0 comments: