Sunday, December 9, 2012

Peranan muslimat di medan amal islami

Kisah dalam train,kelakar,tersilap turun stesen.Nasib baik jalan sehala,boleh pulak turun dan naik balik.Jauh juga dari nilai ke Shah Alam.

Seorang sahabat mengadu,katanya kakaknya sangatlah sibuk.

"Oh ya,kakak yang baru kahwin tu?"

"Keje kat bursa saham la katakan,dah tak boleh aktif dengan aktiviti-aktiviti dakwah"

"Aduh,sayangnya...tapi hujung minggu masih ada masa kan?"

"Itulah,tapi suaminya tak sefikrah ngan kita..ahli gerakan juga,tapi tak sama"

"Trylah bawak berbincang,macammana sekalipun dia juga aktivis dakwah,pasti faham"

Sahabat ini mengangguk.

"Ada buat perjanjian tak sebelum kawin?"

"Perjanjian?"

"Keizinan untuk bergerak kerja"

"Takde kot"..Sahabat ini menggeleng.

"Seharusnya,kita ada perjanjian sebelum kahwin.Takpe lah nanti bincang balik dengan kakak macamana.Masih belum terlambat,InsyaAllah boleh."

Teringat buku kecil di dalam beg sandang hitam,karya Ust.Mustafa Mahsyur,Jalan Dakwah...keluarkan dan kami sama-sama diskusi..

Antara mehnah tribulasi yang sering dihadapi ahli gerakan terutama setelah tamat belajar adalah antaranya;


Isteri/suami,
anak-anak,
kerjaya,
harta yang dikejar.

Takut.Andai kita diuji dengan benda-benda macam ni.Nauzubillahi min zalik.

Benda paling penting yang nak disampaikan adalah,

Perjanjian.Ya perjanjian sebelum kahwin.Bait kita bukan sekadar Baitul Muslim,ia adalah baitul haraki...

Situasi 1:

Dalam diskusi taa'ruf disaksikan mereka-mereka yang boleh dipercayai...

Bakal zaujah:Insyaallah saya berusaha untuk komit dengan kerja-kerja dakwah selepas kawin.Kisah tak kalau ana balik meeting/kerja dakwah jam 2 atau 3 pagi,senang cerita balik lewat-lewat malam?

Bakal zauj:Insyaallah ana faham.

Bakal zaujah:Maksudnya enta izinkan ana turun ke lapangan dakwah?Kalau tak kita putus.(amboi seriusnya..haha,ini benda serius tak leh main-main!!!)

Bakal zauj:Ana tak kisah,ana kalau boleh tak nak simpan isteri ana sebagai perhiasan dirumah.

------

insyaallah bakal bersambung...simpan tenaga untuk explorace esok.

"Al-aqlu saleem fi jismi saleem" ^_^

kamus:

ana :saya
enta: awak (lelaki)
enti :awak (perempuan)
zauj:suami
zaujah:isteri


0 comments: