Setiap insan pasti menempuhi saat kematian.Ini dijelaskan dalam al-Quran,
maksudnya:
"Tiap-tiap umat mempunyai ajal mereka,maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak dapat pula mendahuluinya"
(Surah Yunus:49)Kebiasaannya selepas solat kita akan berdoa semoga dikurniakan husnul khatimah.apakah dimaksudkan dengan husnul khatimah?Husnul khatimah bermaksud pengakhiran yang baik.
10 Petanda Husnul Khatimah adalah:
1.Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Lailaha illallah' nescaya masuk syurga"2.Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi"3.Mati di malam jumaat atau harinya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur"4.Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.
5.Mati kerana sakit taun,sakit perut,ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
6.Perempuan yang mati dalam keadaan nifas dengan sebab melahirkan anak,orang yang mati terbakar,mati kerana sakit paru-paru dan cirit-birit.
7.Orang yang mati kerana hendak mempertahankan hartanya dari dirampas.
8.Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.
9.Mati kerana bertugas dalam perjuangan islam.
10.Mati ketika beramal soleh,yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti solat,berpuasa dan sebagainya.
1 comments:
Salam perkenalan...
Mudah2mudahan kita memperolehi husnul khatimah.Ameen.
Allahummakhtimlana bihusnil khotimah wa latakhtim alaina bi su'il khotimah.Ameen.
Selamat menempuh ramdahan denga penuh keimanan & ketaqwaan.
Post a Comment