Perkara2 yang perlu dititikberatkan dalam perjuangan, menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi:
1) Takutkan kemasyhuran.
2) Memuhasabah diri sendiri.
3) Beramal secara diam-diam
4) Tidak memerlukan pujian dan tidak tenggelam oleh pujian orang lain.
5) Tidak kedekut pujian terhadap orang yang memang layak menerimanya.
6) Melakukan apa yang selayaknya ketika memimpin.
7) Mencari keredhaan Allah bukan keredhaan manusia.
Sesungguhnya yang kita perlukan sekarang bukanlah da'i-da'i yang petah berbicara,pintar dan pandai menarik simpati ummat,tetapi da'i yang betul-betul faqeh dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah dimuka bumi ini...
Apakah ada 'indicator' tertentu untuk menentukan tahap keikhlasan seseorang?
Hanya Allah jualah yang berhak menilainya.Seperti yang selalu kita dengarkan ikhlas itu ibarat semut hitam, dan duduknya di atas batu hitam dimalam yang pekat.
Bak kata murabbi Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam 'Islam,Fikrah dan daulah' menurutnya,
"Tidak mustahil 'ahli biasa' yang berkorban untuk Islam dengan cara yang jujur dan ikhlas,lebih afdhal daripada presiden itu sendiri,lebih mulia disisi Allah dari orang yang menjadi ketua di peringkat negeri,daerah,mahupun unit kerana nilaian disisi Allah adalah ikhlas dan taqwa."
#Ikhlaskan lah hati-hati kami Ya Allah T_T
0 comments:
Post a Comment