Tuesday, March 11, 2014



Mendongak ke atas  ternyata mendungnya awan
tapi tidak hati ini
bila mengenangkan hari-hari yang sebelumnya indah
dan berharap keindahannya akan kekal menguntum
seperti bunga yang mekar
berseri lagi mewangi

Dan begitu jugalah impian
mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan :)

Mengenangkan mimpi indah
berada di bumi bertuah Istanbul, Turki.


Taqabbal Ya Kareem :)



Monday, March 10, 2014

Petanda aras Mukmin sejati


Dunia yang bakal pergi
Akhirat di hadapan yang menanti
Apakah diri ini mampu melepasi
Petanda aras mukmin sejati

Ampuni aku Tuhanku
Andai kemaksiatan ini
telah menjauhkan aku dengan RahmatMu
Sungguh aku rindu
Rindu padaMu
Saat suka duka ku
Bersandar hanya padaMu


               


Wednesday, March 5, 2014

Kerahsiaan taqdirMu



Kerahsiaan taqdirMu
mengajar sepenuh tawakkalku kepadaMu
Sungguh,tiadalah engkau memungkiri janjiMu
Kepada hamba-hambaMu yang patuh serta tunduk kepadaMu.





~Villa Jannah 2013/2014 ~

Tuesday, February 18, 2014

Tips Baitul Muslim 7

Pelajaran ketujuh ... 



Praktikal memimpin keluarga dengan dimulakan suami mengimamkan solat bersama isteri yang baru dikahwini, 13 rukun solat dipatuhi suami akan dituruti isteri, maka ketaatan dan penghormatan oleh yang dipimpin kepada pemimpin, barulah nanti anak2 yang bakal dilahirkan akan memahami sifat dan hakikat taat dan kasih pada ibu bapanya maka wujudlah keluarga mawaddah


----YB Mumtaz Md Nawi

Tips Baitul Muslim 6

Pelajaran keenam ...

ni'mati kebahagian dan kehidupan berumahtangga... Sahabat yang baru kita kenali dan kongsi hidup ini adalah sahabat baik kita ... Maka benarkan suami menjadi pengemudi dalam rumah tangga dan isteri menjadi first officer dlm kapal ini..berbincanglah dan berundinglah dalam segala hal sama ada kecil atau besar, kemudian ketika seorang menjadi nakhoda seorang lagi boleh menikmati keindahan alam...sambil membantu dan mendengar apa sahaja arahan selagi ia tidak bermaksud menenggelamkan kapal dan melanggar syariat... Temani ia bermusafir, tidur dan makan sambil mencari pahala dengan senyum dan pandang wajah pasangan kita dengan niat ibadah, jangan cari gaduh dan kritik tak menentu,kita dalam proses mengenali, silap pendekatan atau terlalu kawal, hubungan dikhuatiri berubah menjadi pekerja dan majikan maka nafkah berubah menjadi gaji...balasan dan ganjaran perkahwinan adalah kasih sayang dan nafkah adalah automatik bila suami sayang, jaga dan isteri taat bertapak dalam jiwa



---YB Mumtaz MD Nawi

Tips Baitul muslim 5

Pelajaran kelima...

kita adalah pasangan realiti bukan pelakon dan model yang cantik 24 jam dan ikut skrip agar nantinya jadi happy ending . Tapi kita adalah pelaksana multi task dan pembuat semua agenda baik dalam rumahtangga ini jadi bila ini real...sakit dan susahnya juga real. Sabar dan mengalah pulak adalah kemahiran baru yang perlu diasah.kita takkan kahwin dgn mr perfect 10 sbb kitapun bukan perfect 10.jadi olah sabar sehingga ia masak baru boleh rasa manisnya ia setelah ia masak ranum ..perhatikan bagaimana tekunnya nenek kita melayan datuk kita setiap hari dan bagaimana manisnya datuk kita menyantuni nenek kita ...ikuti track record ini nescaya tempoh rumahtangga kita juga bakal menjadi seperti mereka...kunci rumahtangga aman sabar air panas itu kejap lagi pasti akan suam, saat itu minumlah pastinya ia tak melecurkan lidahmu, nak

----YB Mumtaz MD Nawi

Tips Baitul Muslim 4

Pelajaran keempat ...

Mulailah reka dan bina rumahtangga impian islam...muasyarahlah pasanganmu dengan ma'ruf ...ia harus ada pelan perancangan keluarga jangka pendek dan jangka panjang kehidupan dari aspek ibadah, anak, kewangan, jadual harian, jenis hidangan, cara hiasan dan had yang disukai oleh si dia dengan kpi dia selagi ia tidak melepasi batas syariat. Setiap dari kita unik dengan citarasa tersendiri kerana itu pasangan hidup dan rumahtangga yang kita bina ...bukan binaan rumah sahaja perlu arkitek dan kontraktor yang lebih utama kita dan dia adalah tuan yang merangka design hidup kita bersamanya di dunia dan akhirat 

---YB Mumtaz Md Nawi

Tips Baitul Muslim 3

Pelajaran ketiga

Setelah saling mendengar,mengenal dan mengetahui, belajar bersyukur melalui lisan,minda,hati dan akhlak seharian...melayani dan mendepani kelebihan dan menempel kekurangan dia sebagaimana kita mahu dia mensyukuri kelebihan dan menampung kelemahan kita ...kita penuh sedar bahawa anak dan adik beradik kita juga penuh kelemahan yang kita mahu menantu dan ipar duai kita menerimanya bersekali dgn ni'mat kelebihan pasangan mereka...itulah indahnya pintu minta maaf,sabar, tenang,terima seadanya, lega dan kagum...suami isteri nilai persahabatan dan kesetiaannya melebihi sahabat karib kerana kita berkongsi segalanya dengan si dia atas nama Allah dan anak yang lahir dan mentua yang kita salami itu kekal hubungannya walau kita bertalak seribu kali ...mahal dan indahnya akad nikah itu...alhamdulillah lengkap diriku adalah dengan pasanganku pilihan Ilahi

----YB Mumtaz Md Nawi

Tips Baitul Muslim 2

Addarsu thani...pelajaran kedua...

akad itu antara dua insan namun hakikatnya ia perkahwinan dan percamtuman dua keluarga...kita menjadi pengikat dan penghubung antara dua masyarakat dan budaya yang tetap ada bezanya walau dari rumpun yang sama maka setelah berhadapan dengan si dia, perkenalkan dirimu padanya sebagaimana dirimu mahu dikenali dan berilah peluang kepadanya memperkenalkan dirinya padamu sepuasnya... mulakan pertemuan dengan percakapan lunak mesra dan bercinta dengannya...kamu malu dan teragak2 sebenarnya dia juga malu dan teragak2...namun andai perbualan antara suami isteri gagal maka terputuslah komunikasi...duhai isteri solehah kamu adalah bakal ketua bidadari duhai suami soleh kamu adalah bakal raja di sana nanti...tetapi syurga akhirat bermula dengan ketenangan di alam sini...mulailah siram benih cinta untuk isteri dan suamimu,ianya masih belum terlambat sekarang ...tambat hatinya dengan baja kasih Ilahi

---YB Mumtaz Md Nawi

Tips Baitul Muslim 1


Addarsul awwal --pelajaran pertama... 

Redha dengan rumahtangg yang dibina ...orangnya, wajahnya, kulitnya ,baunya , rambutnya.saiz badannya kerana setelah selesai aqad nikah dia adalah pilihan Allah swt utk kita...melayannya bawa rahmat, memandangnya bawa berkat, bersabar dengan karenahnya dikira ibadat,membantu kelemahannya dikira muafakat, memujinya kerana sahabat, pilih bicara untuknya penuh hikmat, susah senang bahagia bersama kerana ia kini kerabat...maka tanda redha senyum, peluk dan kasihi suami dan isteri sepenuh hati hidupmu jadi keramat...insyaAllah

---YB Mumtaz Md Nawi

Wednesday, January 29, 2014

MengenaliMu Tuhanku...



Seorang penyair ada berkata,

Sesungguhnya mengenali Tuhan Yang Maha Agung
memanglah satu kemuliaan,keindahan,keseronokan dan
kegembiraan yang melimpah.
Atas orang a'rifin juga ada keindahan.
Atas mereka ada cahaya yang lahir
daripada kasih sayang.
Maka tahniahlah bagi orang yang mengenali-Mu,
Wahai Tuhanku!
Demi Allah,dia sentiasa gembira sepanjang masanya.