Dia tampak lembut
hakikatnya seorang yang kelakar
'Happy go lucky' dan sedikit gila-gila
Sedikit degil
Tapi dalam hati ada taman
Dalam sakit-sakit
Kesihatan yang tak menentu
Juga sebagai 'final year student'
Tetap cekal turun 'muzhaharah'
Dalam hujan lebat yang menggila
Aspal jadi saksi
Berteduh di bawah langit ilahi
Bertemankan payung kuning 'angry Bird'
Dan kami berdua sama-sama berkongsi
Dan satu ketika dia pengsan lagi
Sesak nafas,kejang dari bawah sampai ke kerongkong
Di atas katil rumah sakit,dengan muka pucat lesi
Lesu tak bermaya
Tapi dialah yang paling ceria,cuba acah-acah ingin lari dari hospital
Dan kini saya faham mengapa
kerana bak kata senior
Perlu ada niat untuk mati tika melakukan gerak kerja islam
Tanam dan sematkan dalam hati
Sampai saat ini
Masalah kewangan,Famili,Kesihatan,Akademik
Jadikan ia masalah bukan masalah
0 comments:
Post a Comment