Saturday, November 23, 2013



Mungkin dengan wajah kesayangannya ini yang tampak kepenatan di hadapannya,
Seorang adik menyapa,memberi semangat.

"Akak,rest well ye lepas ni "

Haah,terkedu rasa.Meremang bulu roma.
Biasa dengar ucapan ni kalau ada yang meninggal,biasa omputih yang suka wish macam ni.
Yang maksudnya lebih kurang,rehatlah serehat-rehatnya.

"Jangan cakap macam tu dik,seram dengar.Biasa ayat-ayat tu ucapan untuk orang yang dah meninggal"

Yang selalu kita dengar,dunia ini tempat untuk penat,dan bagi orang Mukmin kematian adalah satu kerehatan baginya.
Mudah-mudahan kita diberikan oleh Allah kemudahan dan pertolongannya disamping di anugerahkan kita kekuatan dan kesabaran dalam melaksana Amanah Allah ini :).

"Oh Allah,apakah pantas aku membeli syurgaMu sedangkan amalku hanyalah sedikit dan yang sedikit ini pun mungkin belum lagi ikhlas "

 :' (


Syed Abdul Kadir Aljoofre,

"Jika harapan diletakkan selain pada Allah, percayalah, kita akan kecewa. Jika dilakukan sesuatu masih mengharap manusia lain melihat dan memuji, percayalah, kita takkan dapat istiqamah. Jika ditimpa satu musibah, kita mengharap simpati manusia, percayalah, kita akan putus asa. Jika pengorbanan kita tidak dinilai, malah masih dipandang serong oleh teman-teman rapat kita sendiri, muhasabahlah diri, bersihkan hati, dan kosongkan ia dari kebergantungan pada makhluk. Ketika itu, percayalah, jiwamu akan beroleh ketenangan. Redha lagi diredhai".

Thursday, November 21, 2013

Hebat


Kadangkala orang cakap kita ni,hebat kan.
Tapi yang sebenarnya kita ni tak hebat pun.
Nampak hebat mungkin kerana
kelebihan yang Allah anugerahkan pada kita
Hakikatnya,Allah yang menutup keaiban kita.


#Allah Maha Hebat