Tuesday, December 6, 2011

Menyesal...

Menyesal juga tak membeli buku ni dulu(Ada apa dengan Buku)kesudahannya saya terpaksa review sahaja di googlebooks,itu pun muka suratnya sangat terhad.




Dia teman yang ikhlas,membujuk kalbu,menguja nuansa.


Buku ini adalah adik beradik(seangkatan) dengan 'Buku kekasih'(direkemenkan oleh seorang teman),menceritakan perihal keunggulan buku dan dunia buku,kepada si pencinta buku yang tegar saya yakin hati anda akan berbunga-bunga riang selepas membaca buku ini.


.
Buku Kekasih(beli di pesta Buku awal tahun ni,thumbs up :)

Tak dinafikan sepanjang sejarah,buku mampu membuatkan seseorang itu gembira,sedih,tersenyum,menangis dan seumpamanya.Bahkan seseorang juga akan ralit dengan dunianya sendiri apatah lagi bersama-sama dengan karya kegemarannya...
kata Michele Oka Donner


"Books are the souls to our life.Your books are your personal history.You are what you read".


Diantara karya-karya yang saya minati adalah karangan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah,kebanyakan karyanya banyak berkaitan dengan bagaimana menguruskan hati sesuai dengan karakternya yang lebih dikenali sebagai pakar jiwa dan raga juga antara ulama' yang terkenal dengan karya-karyanya yang agung.Antara karya-karyanya adalah kitab Zaadul Maad(perjalanan menuju akhirat),Jangan dekati zina,Kunci kebahagiaan,Mawaridul amanu,Temasya ke syurga,Tuntutan pernikahan dan banyak lagi(kalau nak boleh muatturun ebook buku-buku tersebut,pergi ke www.4shared.com dan carian 'Ibnu Qayyim al-Jauziyyah'..insyaAllah pasti ketemu)..Pastinya beliau menulis dari hati,masakan tidak apabila saya membacanya merasakan tidak jemu,puas dan terasa tulisan-tulisannya itu berbicara dengan dengan saya...


Benarlah kata ahli falsafah tersohor,Rene Descartes pernah mengatakan..

"Membaca buku yang hebat adalah ibarat mengadakan dialog dengan para cendekiawan yang paling cemerlang dari masa lampau,pemikiran mereka terus hidup dan berpengaruh sehingga kini,mereka (penulis) menuangkan gagasan mereka yang terbaik semata-mata.



Dari Saidina Ali,"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya"..

Dan sekiranya kita tidak mampu untuk menyebarkannya kepada semua orang,sekurang-sekurang tulisan kita itu akan sampai apabila orang lain membacanya,dan secara tak langsung kita telah berdakwah kepada orang lain.Bermanfaat bukan?



p/s:Ini baru mukaddimah,InsyaALLAH tunggu sambungannya :),Jom bersama melahirkan generasi berilmu



Kenapa wahyu pertama 'Iqra'?Nak tahu TUNGGU entry seterusnya.





Layar telah dinaikkan,sauh telah dilabuhkan.


Dah tiba masa untuk study 'Biochemistry',antara subjek yang menjadi igauan ngeri bagi student Fsg,apapun singkirkan kata-kata tersebut dari benak fikiran.Moga dapat skor test Biochem sok,mohon doaNya..Insyaallah :)..


Moh ler kite.

0 comments: