“Mengapa seringkali kita merasa tidak cukup waktu? Sedangkan pasti dan pasti setiap kita diberi masa yang secukupnya,malah sama rata bagi setiap manusia.Acapkali pula kita mengeluh kerana kekurangan masa.
KENAPA?
Mengapa terjadi perkara seperti ini?......................
“Kerana tiada BERKAT di dalam waktumu.”
“Mencari keberkatan waktu itu ada 7 cara iaitu dengan:
1) Meninggalkan maksiat
2) Meningkatkan ketaatan
3) Menjaga solat di awal waktu
4) Membaca Al-Quran
5) Tidak tidur selepas solat subuh
6) Memperbanyakkan menuntut ilmu
7) Menjaga makanan yang dimakan
Muhasabah bersama^^
Credit to iluvislam.com
Teringat kata-kata Ustaz Apiz dalam satu program di kolej Teratai minggu lepas....
''Kenapa ilmu yang kita pelajari tidak melekat(tidak memberi kesan pada diri kita)????pertama adalah kita dengan ilmu tetapi tidak amalkan,kedua kita berdosa tetapi tidak beristighfar dan yang ketiga kita melakukan dosa besar tetapi tidak bertaubat...''
Astaghfirullahal A'zdhim....
Astaghfirullahal A'zdhim....
Ibnu Mas'ud pernah berkata:
"Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat,iaitu ke tempat orang membaca al-Quran,engkau baca al-Quran atau engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada ALLAH,atau engkau cari waktu yang sunyi,umpamanya waktu dinihari dan engkau dirikan solat memohon kepada ALLAH akan ketenangan jiwa .Seandainya jiwamu belum terubat jua,maka mohonlah kepada ALLAH agar diberikan ketenangan kepadamu.Sebab hati yang menjadi milikmu sekarang ini,bukan lagi hatimu!"

Perasan tak kata-kata IbnU Mas'ud tu semuanya berkaitan dengan Al-Quran,baca Al-Quran,majlis pengajian aL-Quran,dalam solat pun kita baca Al-Quran bahkan kebanyakan doa pun dipetik dari Al-Quran...Erm rugi laa kan kalau kita tak amalkan membaca dan ambil pengajaran dari al-Quran,betul tak?Jom sama-sama muhasabah :)
Allah berilah keberkatan waktu buat kami..
Ameen Ya Rabb***
p/s;Kesan bacaan al-QURAN pada Apple....jom baca...
0 comments:
Post a Comment