Sunday, September 6, 2009

Antara contoh kajian semasa mengenai isu-isu perubatan ketika berpuasa.




Keputusan seminar Feqh Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca,Maghribi pada 8-11Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.Yang dianjurkan oleh Institut Kajian Sains dan perubatan Sultan Hassan II dengan kerjasama Akademi Fiqh Islam serta WHO menyatakan:
Perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa menurut Al-quran dan hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW.

3 perlakuan yang boleh membatalkan puasa:makan,minum dan melakukan hubungan seks.Oleh yang demikian,apa-apa bahan yang melalui rongga samaada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun,ianya boleh membtalkan puasa.

Ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

1.Ubat titis mata,titis telinga dan basuh telinga

2.Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina(jantung).

3.Memasukkan ubat melalui faraj,memasukkan alat perubatan,membasuh speculum,dan jari doctor atau bidan semasa pemeriksaan vagina(sebelum bersalin).

4.Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.

5.Menampal,mencabut,mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi,dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

6.Suntikan melalui kulit,otot,sendi atau pembuluh darah Kecuali member makanan melalui pembuluh darah.

7.Penderma atau menerima pemindahan darah

8.oksigen dan gas bius

9.Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim,jelly,atau plaster berubat

1o.Mengambil darah untuk ujian makmal

11.sesalur atau bahan perantara untuk arteriografi(pemeriksaan x-ray khas jantung)atau organ lain

12.Teropong dalam rongga perut(endiskopi)untuk mencari punca penyakit.

13.Membasuh mulut,berkumur atau semburan mulut dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut.

14.Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya.(ie.UICD).

15.Mengambil tisu(biopsi) hati atau organ lain

Sementara itu majority peserta (terdapat minoriti yang tidak bersetuju)menambah perkara berikut tidak membatalkan puasa

16.Ubat titis hidung,semburan hidung dan ubat sedut

17.Suntikan kedalam dubur,teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur

18.Pembedahan yang melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.

19.Mesin atau dialysis buah pinggang melalui perut

20.Penggunaan teropong perut,dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut.


Sumber:Buku 100 Persoalan puasa,Ust.Haji Azhar Haji Yahya dan Ustzah Fadilah Haji Yaacob.

0 comments: