Thursday, June 20, 2013

Diari seorang Mukminah:Bahagian satu

 J
Niawirdah,Jun 2013.
----------------------------------------------------------------
Kedengaran enjin bas menderum laju,lagi beberapa minit akan bertolak menuju ke destinasi.
Qaisara bersama dua beg, sarat dengan pakaian dan buku-buku kelihataan tercungap-cungap kearah pintu bas.

“Kak Qai,saya tau akak kecewa”…kata Amalia saat mengiringi kakak seniornya menaiki bas pulang ke kampung halaman.    
           
Qaisara menoleh,agak terkejut dengan kata-kata Amalia.Dahinya berkerut,seolah-olah tidak faham maksud kata-kata tersebut.Hakikatnya dia mengerti,sengaja buat-buat tidak faham.

“Aik,kenapa?Senyumannya ternyata hambar,Nampak dari raut wajahnya redup.”Oh ya akak pergi dulu ya.Terima kasih kerana temankan akak.Jumpa lagi buka semester baru nanti…Sayang Amalia kerana Allah” ucap Qaisara sambil tersenyum.Mereka berpelukan buat kali terakhir.”Babai  Amalia.Assalamualaikum..”
“Wa’alaikummussalam kak..love U”…sahut Amalia.Qaisara berlalu pergi.

“Sebenarnya Amalia,akak tak kecewa pun.Akak masih ada Allah,Rasul,family dan sahabat – sahabat yang sentiasa membahagiakan akak.Paling penting akak ada buku-buku akak yang bertimbun tu yang menceriakan hari-hari akak.Itu sudah cukup buat akak”…Hati Qaisara berkata-kata saat melangkah menaiki tangga kecil bas.

Matanya menatap tingkap kaca bas.Basah dan ada air mata bergenang .Pengunguman perkahwinanan antara Irham dan An Nur Huda dua minggu lalu ternyata cukup membekas hatinya.Jauh disudut hatinya dia amat mengagumi Irham,seorang pemuda yang soleh,warak dan tinggi ilmu,juga berbakat dalam penulisan ternyata amat menarik di pandangannya.

Amalia tahu,Qaisara mencintai dan mengagumi Irham dalam diam.Apalagi mereka juga berkongsi minat serta punya bakat yang sama.Biarpun tidak diungkapkan ternyata eksperesi wajah Qaisara seolah-olah menggambarkan,Cuma tidak diluahkan.Dipendam dalam-dalam.

“Ah,aku memamg tak layak untuknya.Ya  Allah,buangkanlah kekecewaan ini jauh-jauh dan moga-moga  aku redha dengan ketentuan ini.An Nur lebih berhak,bahkan dia lebih solehah dari aku,mungkin aku belum cukup baik dan tidak layak untuk Irham,bukankah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,bukankan kah didalam Al-quran telah tertulis begitu?”...Omel Qaisara dengan doa penuh pengharapan,ternyata dia juga seperti perempuan yang lain punya perasaan cemburu dan iri hati.Dia cuba membujuk hati.Mendambakan lelaki soleh adalah fitrah,hakikatnya begitu.

“Apabila kita merasa kecewa dengan  suatu takdir namun kita redha dengan ketentuan itu,percayalah bahawa Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Ketentuan Allah itulah yang terbaik untuk kita.”.

Qaisara memujuk hatinya,di sumbat earphone ke telinga dan memasang mp3 Al-Quran.Alunan yang mendamaikan  itu menemani malamnya .Sepi tanpa kata..Lenanya bersama satu doa dan pengharapan dari Tuhannya…Hasbunallah wa ni’mal wakeel,cukuplah Allah bagiku.


Bersambung…