Tuesday, November 10, 2009

MERAIH ANSORULLAH





Abdullah Bin Abas berkata,"Pada suatu hari saya menunggang seekor haiwan tunggangan bersama Rasullullah.saya duduk bersama baginda.Kemudian Rasullulah berkata saya,"Wahai anak muda,saya ada beberapa pesanan untukmu.Jagalah hak ALLAH,nanti ALLAH akan menjagamu,Jagalah hak ALLAH nanti anda akan merasakan DIA ada bersamamu,Apabila anda hendak meminta sesuatu mintalah daripada ALLAH.Apabila anda memerlukan sesuatu,,mintalah pertolongan ALLAH.ketahuilah walaupun semua manusia bersatu bagi memberikan perkara yang berfaedah untukmu,anda tidak akan mendapat faedah itu melainkan hal itu sudah ditulis ALLAH.Walaupun semua manusia bersatu bagi memberikan perkara yang buruk buatmu,anda tidak akan ditimpa keburukan itu melainkan hal itu sudah ditulis ALLAH.Mata pena sudah diangkat,manakala buku catatan sudah ditutup."

(Hadis riwayat Imam Nawawi)

Monday, October 19, 2009

Redha dengan ketentuanNYA…

warna-warni kehidupan


“Aku minta pada TUHAN setangkai bunga rose yang segar,dengan harapan ia bakal menyinari hari-hari terindahku,tapi DIA beri sepohon kaktus kecil yang berduri.Ku minta seekor kupu-kupu cantik menjadi temanku,tapi diberiNYA ulat bulu yang berbisa.Aku sedih,hampa dan kecewa.Namun kemudiannya,kaktus itu berbunga indah sekali dan ulat bulu itu menjadi kupu-kupu yang amat cantik.Itulah janji Tuhan ,indah pada masanya.sEsungguhnya Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan tetapi Dia memberi apa yang kita perlukan.Walaupun kita sedih,kecewa,terluka dan hampir berputus asa namun ingatlah di atas segalanya DIA telah mengatur yang terbaik untuk kehidupan kita..”

Bagi hambaNYA yang sering diuji,Allah telah menjanjikan ganjaran yang baik untuk mereka.Maka bersabarlah dengan mehnah yang dikau hadapi.Sesungguhnya ALLAH tidak akan menzalimi hamba-hambaNYA yang taat dan redha dengan ketentuanNYA.Firman Allah yang bermaksud;

“Apa yang ada disisimu akan lenyap,dan apa yang ada disisi ALLAH adalah kekal.Dan kami pasti akan memberi balasan kepada orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka kerjakan”..
(Surah an-nahl:96)


Sesungguhnya ALLAH mengukur tahap keimanan hambanya dengan ujian yang berat.Adakah kita masih ragu-ragu tergolong dari golongan orang-orang yang sabar??sungguh tertipulah jika kita beranggapan demikian.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,’kami telah beriman,’sedangkan mereka tidak diuji?”
(Surah al-Ankabut:2)

Duhai insane
Lapangkanlah hatimu
Redhalah dengan ketentuanNYA
iNgatlah padanya dikala gembira,dikala sendu
Hidup ini indah jika semuanya kerana ALLAH
Ayuh saudaraku,
Bangkitlah dari kekecewaanmu
Jangan diratapi episod lukamu
Tanamkan kembali benih-benih keimanan
Agar ianya mekar dihati dan sanubari mu
Sesungguhnya mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis



Thursday, October 1, 2009

INSPIRasi



Perjalananmu masih jauh
Sayup beribu batu
Dari mula kau impikan
Gapai cita nan satu

Manapun arah yang dituju
Bermula dari satu
Aturkan langkah usah ragu
Semoga diberkati

Bersedia seawal waktu
Usah kau bertaut
Tumpuan dan kesungguhan
Impian kan nyata akhirnya

Dugaan mengajar kita
Erti ketabahan
Cabaran menempuh jiwa
Singkir keraguan di minda

Usaha tangga kejayaan
Usah kau lupakan
Hingga mencapai puncak jaya
Dan titis pengorbanan
Dalam perjuangan
Jadikannya satu inspirasi

-Rast-

Belajar dari Tsunami

Assalamualaikum dan salam sejahtera…Masih tak terlambat utk saya ucapkan Selamat Hari Raya AIdilfitri buat semua,salah dan silap haraplah dimaafkan sepanjang mengenali diri ini..Moga dengan kehadiran bUlan Syawal ini mengembalikan semula fitrah kita sebagai hambaNya..Rindu pulak rasanye pada Ramadhan yg berlalu,tempoh sebulan berpuasa rasanye mcm sekejap saja.

Alhamdulillah,Raya tahun Allah masih beri kesempatan beraya bersama kelurga tercinta.Balik raya kali ini saya tumpang kereta kak ti,kebetulan abah dan umi kak ti datang KL 2 hari sblm raya,so jimat la duit belanja saya Raya ni.Benarlah kata orang,cukuplah kematian itu peringatan buat kita.Sepanjang perjalanan lebih kurang 6 kemalangan berlaku yang saya lihat.Ada kereta yang terbabas masuk sungai Gombak,kereta jatuh dalam gaung,kemalangan kereta dgn kereta,kereta ngan motor dan mcm2 lg..Ya Allah nak menitis air mata ni,tapi saya cuba tahan.kESian kan keluarga mangsa nahas , kehilangan insan tercinta beberapa hari sebelum raya.Innalillah…

Indahnya alam terbentang luas
Langit cerah memayungi bumi
Remis kera,agak besar berbanding biasa
kepah kecil
Encik crab dan Patrick star

Langit dan bumi
starfish..chumelkan saya ni??

Rindu pada kampung halaman sudah terubat,teringat pulak zaman kecik2 dulu.Rindu sangat kat pantai belakang rumah saya,jaraknya tak jauh, lebih kurang 300 meter saja dari rumah.Tapi sejak 3 bulan ni kampung saya tak putus-putus dikunjungi orang,pelik rasanya ‘Remis’ yang jarang2 muncul tiba2 memenuhi sepanjang pantai sejak 3 bulan yang lalu dengan saiz yang agak besar berbanding biasa.Macam2 karenah pengunjung yang datang ada yang bawak cangkul,bakul kain,baldi,pengetos sayur dan macam lagi semata-mata nak kutip benda2..
Pengunjung yang tak putus2 datang
Trek lumba lari masa kecik2 dulu


Adik saya,Fauzi(berbaju kuning)& anak2 jiran sedang mandi-manda




Sebenarnya,dalam riang- ria menyambut Syawal kali ni,hati ini dilanda kebimbangan seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku…Nauzubillahi min zalik..Bukan mendoakan tapi sekadar berjaga-jaga.Mak saya juga mengatakan kebimbangannya seolah-olah perkara yang tak diingini akan berlaku.Masakan tidak,boleh di katakan rezeki nelayan tahun ni mencurah-curah kadang2 dalam sehari boleh dapat RM 800 sekali turun ke laut,lumayan kan,anak2 muda yang jarang ke laut pun semakin rajin turun ke laut.
Bersiar-siar sambil baca buku


Yang pertama saya lihat mungkin ini adalah rezeki Allah s.w.t dan yang keduanya adalah sebagai peringatan untuk hambanya2.Cukuplah belajar daripada Tsunami yang telah menggemparkan dunia beberapa tahun yang lalu.Menurut nelayan2 di Kuala Muda beberapa minggu sebelum tsunami berlaku,mereka mendapat rezeki yang mencurah2 hasil tangkapan di laut,malah dikawasan pesisir pantai turut dipenuhi pelbagai spesies hidupan laut yang jarang dijumpai.Mungkin inilah peringatan daripada Allah kepada kita agar insaf dan berhenti melakukan kerosakan di muka bumi ini.Ya Allah peliharalah kami dgn rahmatmu,jauhkanlah kami daripada bala bencana mu Ya Allah,dan ampunkanlah diatas kesalahan&dosa-dosa yang telah kami lakukan.sESungguhnya engkaulah jua yang paling berkuasa segala-galanya..Amin..
Sayup mata memandang,beberapa buah pulau di Terengganu
Subhanallah..Kerna langit itu indah
Moga Allah kekalkan keindahan ini


Hati terAsa kebesaranNYA
Pemandangan waktu senja
Tirai malam kian berlabuh

Thursday, September 17, 2009

Selamat Berjuang Sahabatku..

Sahabatku,
Siti NorHidayati BT sAIDI
uNIVersiti al-azhar,kaherah
Ijazah perubatan dan pembedahan
Moga ALLAH rahmatimu...








"Pasport..pastport.."-kaunter check in.



Ole-ole M'sia:Kerepek+kuih raya+jajan+ dll..



"Banyaknye barang2 akak..."




"Ubat hpa tak dilupakan"





Kak Bah & Kak Bie




"Kak,kite jumpa kt SANA ye..



"Minta maaf banyak2 kak"



"kome,jangan nakal2 taw.."insyaallah..




"Yati,btol ni nk pegi?take care tau..."




Ukhuwwah Fillah abadan abada...



"Selamat jalan kak,kenang kami dlm doamu..ila liqa'.."

"Bukan usahamu sia-sia,tapi kemenangan yang lambat tiba"

Sunday, September 13, 2009

Yang sering kita abaikankan….



Seorang teman menyapa saya selepas solat terawih beberapa hari yang lalu..

“Eh,tebalnya kain telekung awak?tapi kenapa still pakai tudung kt dalam?”

“xde lah kain telekung sy ni taklah tebal sgt,nampak tebal mgkin sebab sy pakai tudung kot”

“Saya nk tnya sesuatu bleh?sah ke solat kita kalau kain telekung(kain sembahyang)kita jarang?”

“kalau telekung kita2 jarang dan boleh menampakkan aurat tak sah lah solat kita.samalah jgk kalau kte pakai pakaian yang jarang, kita dikira mendedahkan aurat.Jadi saya sarankan kalau nak solat pakailah pakaian yg menutup aurat,siap ngn tudung skali.Tak nak pakai telekung pun xpe kalau pakaian kte2 dah menutup aurat dengan syarat ianya mestilah suci.”

“Tapi kan telekung sekarang ni kebanyakan nipislah.”

“kalau nipis carilah telekung yang tebal.Tak pun awak beli kain dan jahit sendiri,tak yah beli yang dah siap..”

*********************************************************

Apa yang kita lihat hari ini antara realiti yg berlaku terutamanya wanita,mereka solat tapi nampak aurat.Yang pertama pakai telekung tapi still nampak rambut.Ini kerana kain telekung yg dipakai jarang@nipis.Jadi saya sarankan pakailah tudung sewaktu hendak solat,lagi selamat kerana selain dapat menutup rambut ia juga dapat melindungi leher kita.

Yang kedua solat tapi Nampak kaki.Situasi ni memang sering terjadi di kalangan wanita.pernah satu ketika saya solat di surau fakulti,saya menegur seorang pelajar yang kainnya terselak dan Nampak kaki ketika dia solat tapi dia buat dek jer..geramnya saya waktu2..orang tegur pun buat tak taw.kalau sekali xpe tapi setiap kali nak sujud,Nampak je kaki.So,para muslimah sekalian saya sarankan pakailah kain sembahyang yang labuh ckit,kalau nak selamat pijaklah kain kite2 sebabnya bila kite sujud pun ia takkan terbuka.tak pun pakai sarung kaki atau stoking lagi selamat.

Yang ketiga solat tapi tak pakai baju@berkemban..Ini biasanya berlaku terutamanya mak cik2,nenek2 dan remaja2 perempuan yang lepas mandi,pakai kain sarung je pas2 solat.Saya cukup x berkenan(tak suka)sebabnya saya pernah lihat sedara dan kawan saya pernah buat.Apa salahnya pakai baju yang elok ckit ketika solat,Kita kan nak mengadap Allah.Sepatutnya kite kena malu dengan ALLAH.Kalau kte nak bertemu orang bleh pakai cantik2 kenapa tidak sewaktu nak mengadap Allah???kalaulah kain telekung2 dibuatnya nipis,tak ke Nampak aurat2,terus tak sah solat kite…So saya sarankan pakailah pakaian yang sempurna dan menutup aurat ketika solat.

Ingatlah bahawa amalan solat adalah perkara pertama yang akan Allah Tanya sewaktu hari perhitungan kelak.kalau bab2 solat ni tak lulus,mcm mane dengan amalan2 lain? Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Perkara pertama yang akan dihitung tentang hambanya pada hari kiamat adalah solat.sekiranya baik solatnya sempurnalah seluruh amalannya dan sekiranya buruk,buruklah seluruh amalannya”..
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Firman ALLAH :

“Selanjutnya,apabila kamu telah menyelesaikan solatmu,ingatlah ALLAH ketika kamu berdiri,pada waktu kamu duduk dan ketika berbaring.Kemudian,apabila kamu telah merasa aman,maka laksanakanlah solat(sebagaimana biasa).Sunnguh,solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya keatas orang-orang yang beriman..”
(surah An-nisa’:103).


Sama-samalah kite renungkan.Ianya Nampak cam simple je tapi benda-benda inilah yang sering kita terlepas pandang.


Qum Fa’anzirr(bangun dan bagilah peringatan)…

Wednesday, September 9, 2009

"Ya Rasulullah,adakah kami ini benar2 tergolong sebagai ikhwanmu?


Pernah satu ketika,
sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat,
tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W.

Para sahabat gelisah melihat
sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W.

Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar,
Baginda mengatakan bahawa Baginda
terlalu merindui umatnya di akhir zaman
yang disebut-sebut sebagai ikhwannya.

Para sahabat merasa iri hati
hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya,

"Bukankah kami ini ikhwanmu?"

"Tidak Abu Bakar,kamu semua adalah sahabatku"

kata Rasulullah S.A.W.

Ikhwanku itu,
menurut Rasulullah S.A.W
adalah mereka yang belum pernah melihatku,
tetapi mereka beriman dan mencintaiku.

"Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"

Sunday, September 6, 2009

Antara contoh kajian semasa mengenai isu-isu perubatan ketika berpuasa.




Keputusan seminar Feqh Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca,Maghribi pada 8-11Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.Yang dianjurkan oleh Institut Kajian Sains dan perubatan Sultan Hassan II dengan kerjasama Akademi Fiqh Islam serta WHO menyatakan:
Perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa menurut Al-quran dan hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW.

3 perlakuan yang boleh membatalkan puasa:makan,minum dan melakukan hubungan seks.Oleh yang demikian,apa-apa bahan yang melalui rongga samaada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun,ianya boleh membtalkan puasa.

Ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

1.Ubat titis mata,titis telinga dan basuh telinga

2.Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina(jantung).

3.Memasukkan ubat melalui faraj,memasukkan alat perubatan,membasuh speculum,dan jari doctor atau bidan semasa pemeriksaan vagina(sebelum bersalin).

4.Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.

5.Menampal,mencabut,mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi,dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

6.Suntikan melalui kulit,otot,sendi atau pembuluh darah Kecuali member makanan melalui pembuluh darah.

7.Penderma atau menerima pemindahan darah

8.oksigen dan gas bius

9.Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim,jelly,atau plaster berubat

1o.Mengambil darah untuk ujian makmal

11.sesalur atau bahan perantara untuk arteriografi(pemeriksaan x-ray khas jantung)atau organ lain

12.Teropong dalam rongga perut(endiskopi)untuk mencari punca penyakit.

13.Membasuh mulut,berkumur atau semburan mulut dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut.

14.Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya.(ie.UICD).

15.Mengambil tisu(biopsi) hati atau organ lain

Sementara itu majority peserta (terdapat minoriti yang tidak bersetuju)menambah perkara berikut tidak membatalkan puasa

16.Ubat titis hidung,semburan hidung dan ubat sedut

17.Suntikan kedalam dubur,teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur

18.Pembedahan yang melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.

19.Mesin atau dialysis buah pinggang melalui perut

20.Penggunaan teropong perut,dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut.


Sumber:Buku 100 Persoalan puasa,Ust.Haji Azhar Haji Yahya dan Ustzah Fadilah Haji Yaacob.

Friday, September 4, 2009

10 Petanda husnul khatimah


Setiap insan pasti menempuhi saat kematian.Ini dijelaskan dalam al-Quran,
maksudnya:


"Tiap-tiap umat mempunyai ajal mereka,maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak dapat pula mendahuluinya"

(Surah Yunus:49)


Kebiasaannya selepas solat kita akan berdoa semoga dikurniakan husnul khatimah.apakah dimaksudkan dengan husnul khatimah?Husnul khatimah bermaksud pengakhiran yang baik.

10 Petanda Husnul Khatimah adalah:

1.Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Lailaha illallah' nescaya masuk syurga"

2.Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi"

3.Mati di malam jumaat atau harinya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur"

4.Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.

5.Mati kerana sakit taun,sakit perut,ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.

6.Perempuan yang mati dalam keadaan nifas dengan sebab melahirkan anak,orang yang mati terbakar,mati kerana sakit paru-paru dan cirit-birit.

7.Orang yang mati kerana hendak mempertahankan hartanya dari dirampas.

8.Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.

9.Mati kerana bertugas dalam perjuangan islam.

10.Mati ketika beramal soleh,yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti solat,berpuasa dan sebagainya.

Tuesday, September 1, 2009

Jalan-jalan cari buku...



Buku-bukuk agama







buku masakan@Resepi



AL-quran dan terjemahan




Koleksi novel para sahabat dan tokoh islam
(menggamit rasa cinta dan rindu pada Rasulullah ^-^)







Fiqh al-Sirah




Bestseller