Sunday, November 9, 2008

mENyuSuri RanJAu PeRjuANGaN....

~EPISODE 1~

















MARI BERTAMU KE RUMAH HASSAN AL-BANNA

Sebagaimana AL-Banna rahimahullah berjaya menjalankan misi besar dakwahnya,beliau juga berjaya dalam membina keluarga yang istimewa.Keluarga beliau dibina atas dasar keimanan kepada Allah dengan menerapkan prinsip tarbiah yang benar.

Al-Banna menunjukkan contoh secara langsung yang unik dalam memainkan peranan seorang ayah terhadap pendidikan anak-anaknya.Beliau dikurniakan enam orang anak,terdiri daripada seorang lelaki dan lima orang anak perempuan.Anak-anak beliau adalah:



• WAFA:
~Anak perempuannya yang sulung,merupakan isteri kepada da’ie terkenal iaitu Sa’id Ramadhan rahimahullah.Ketika Al-Banna meninggal dunia dia berusia 17 tahun.

• AHMAD SAIFUL ISLAM:
~Seorang peguam sekaligus setiausaha Majlis Peguam Mesir dan bekas anggota parlimen Mesir .Dilahirkan pada 22 November 1934.Berjaya memperoleh gelaran sarjana di bidang HAM pada tahun 1956 dan Darul Ulum pada tahun 1957.Usianya baru 14 tahun 2 bulan 20 hari k ketika al-Banna meninggal dunia..

• DR TSANA:
~Pensyarah Urusan Pengaturan Rumah Tangga,mengajar di beberapa buah university di Arab Saudi dan berusia 11 Tahun ketika al-Banna meninggal dunia...


• IR.RAJA’:
~Ketika al-Banna meninggal dunia usianya sekitar 5 Tahun setengah...


• DR.HALAH:
~Pensyarah kedoktoran di Universiti AL-Azhar...


• DR.ISTISYHAD:
~Pensyarah ekonomi islam.Dia masih dalam kandungan ibunya ketika AL-Banna menghembuskan nafas yang terakhir .Jika di imbas semula mengikut analisis doctor,dia harus digugurkan dari kandungan lantaran penyakit yang di deritai serta bahaya kehamilan yang mengancam nyawa si ibu.Para pengamal perubatan pada 12 Febuari bertepatan dengan hari kematian Hassan Al-Banna tapi Maha Suci Allah Istisyhad lahir dengan sihat dan kerana peristiwa tersebut dia dinamakan Istisyhad yang bermaksud memburu mati syahid...

Thursday, October 30, 2008

sLAmAt meNGhAdApI imtihAn...........
















JOM KONGSI TIPS UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN!!!
• Amalkan tido yang cukup
• Mengawal tekanan
• Berhati-hati dengan pengambilan Vitamin atau makanan tambahan
• Bersenam
• Awasi pengambilan ubat
• Belajar sesuatu yang baru
• Banyakkan membaca
• Focus
• Bermain dengan angka
• Membaca AL-qURAN



ALL THE BEST!!!!

Wednesday, October 29, 2008

kEkaSIhku SUbuH...

1.Airmata subuh berlinangan..pada pagi itu sepertimana pagi-pagiyang lain,aku menyambut seorang tetamu tetapku.”assalamualaikum”seru subuh..
”waalaikumussalam”Sahutku dan kami terus
berpelukan,tanda rindu serta sayangku..ku tanya khabar subuh,bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat..kata subuh dengan sayu”tadi,aku baru saja melintasi satu tempat,ku cari tempat persinggahan,ku ketuk rumah-rumah yang sunyi tapi tiada siapapun yang mahu menerima aku
sebagai tetamu”…dan airmata subuh pun berlinangan..

2.Subuh melirikkan senyuman..
“Subuh usah kau pedulikan mereka bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa ke
gembiraan?”subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringatkan sesuatu..”Oh ya,tadi aku lalu disuatu sungai .orang-orang sepertimu menyambutku dengan penuh kegembiraan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menggiurkan.Hidangan yang paling kusukai adalah tahajjud,puas aku mencari bumi lain,tapi jarang kutemui,disitu aku meratah buah tahajjud dengan puas serta leka”
“maaf subuh,aku tidak menanam pohon al-lail,jadi aku tidak dapat menghidangkan
kau dengan buah yang kau sukai..tapi aku ada roti syisyam(puasa)”cadangku kepada subuh,subuh menolaknya dengan penuh hormat. “roti itu ada tuan punyanya” kata subuh “adakah mahu manisan zikir?”rayuku kepada subuh.. “baiklah,ambilkan aku sedikit serta bawakan aku segelas airmata tangisan,”pinta subuh.aku agak sugul,bagaimana harus aku bagitahu pada subuh yang airmata tangisan sudah hampir kemarau akibat maksiat yang
berpanjangan?namun,aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan airmata
tersebut.Aku terkejut,perigi itu hampir separuh penuhnya,dan aku terdetik didalam hati,
adakah ini tanda kemarau akan berakhir??..tanpa berlengah lagi,aku terus membawa air tersebut kepada subuh,tetamu yang ku sanjung dan berikan manisan yang dipintanya..selesai menjamah kesemuanya subuh melirikkan sebuah senyuman.

3.Subuh berjanji akan datang lagi
“subuh”seruku. Mahukah kau tinggal selamanya denganku?aku memerlukan teman dalam kesunyian,akan ku layan kau dengan sebaiknya,wahai subuh “subuh tersenyum menandakan permintaan ku tidak akan dipenuhi..”aku perlu menziarah ramai orang dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati meraka seperti mana aku mengulit mimpimu,”dan aku akur lagi dengan penjelasan subuh. “subuh” seruku lagi apabila melihat subuh bersiap untuk pergi. “sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”
“insya Allah,” jawab subuh, “bukankah aku kekasih yang kau rindui?” subuh pun berangkat dengan lambat tetapi tetap “assalamualaikum..”seru subuh, “waalaikumussalam” jawabku kembali dan mataku terus meniti langkah subuh yang semakin laju dengan setiap langkah dan akhirnya subuh hilang dari pandangan…..

p/s:buat renungan sahabatku semua,hayatilah kisah ini dan ambillah ia sebagai ikhtibar dan renungan dalam memusahabahkan diri dalam meniti kesibukan harian,cuba timbulkan
persoalan di dalam diri kita,apakah agaknya keluh kesah dari zuhur,asar,maghrib,dan isya’?..jawapanya tersirat dalam diri kita masing2..

Monday, October 13, 2008

Ibu, Sekiranya Tuhan Itu Ada, Di Manakah Dia?

Ada orang pernah bertanya berkenaan perkara ini kepada seorang ulama terkenal iaitu Imam Malik. Orang itu bertanya kepada Imam Malik, "Bagaimanakah cara Allah bersemayam di atas Arasy?" Imam Malik menjawab, "Bersemayam itu sudah kita ketahui maknanya, tetapi cara Allah bersemayam tidak dapat kita pastikan. Kita wajib percaya dan yakin Allah bersemayam di atas arasy, tetapi bertanya bagaimana Allah bersemayam adalah perbuatan yang tidak ada dalam agama."



Jawapan Pertama : Allah tidak sama dengan sesiapa

Sebelum dijelaskan Allah di mana, ingatkan diri kita Allah tidak sama dengan semua ciptaannya yang ada di langit dan di bumi. Allah ada, tetapi ada Allah tidak seperti adanya kita dan makhluk-makhluk lain.

Apabila teman kita berada di dalam sebuah kelas, kita dapat melihatnya dan dapat berbual-bual pula dengannya. Apabila ada ramai teman kita di dalam kelas itu, ruang di dalamnya penuh. Malah mungkin melimpah keluar kerana kelas itu tidak mampu menampung jumlah teman-teman kita.

Manusia dan makhluk lain memerlukan ruang dan jisim. Apabila tidak ada jasad, kita tidak wujud di dunia. Ataupun, tidak mungkin kita katakan kita ada, tetapi tidak ada tempat. Malah, udara yang kita tidak dapat lihat itupun ada jisim dan ia juga memerlukan ruang. Ada ruang yang berudara, ada juga ruang yang tidak ada udara.

Allah ada, tetapi ada Allah tidak sama dengan makhluk ciptaannya yang memerlukan jasad, tempat, ruang dan masa. Allah menegaskan dalam surah al-Ikhlas ayat 4, tidak ada seorang pun yang setara dengannya. Allah tidak sama dengan apa pun. Allah maha suci daripada apa sahaja ke-kurangan.

Kita mendengar dengan telinga. Bunyi yang sampai kepada kita memerlukan medium. Walaupun telinga kita masih dapat berfungsi dengan elok, bunyi tidak sampai kepada kita apabila berada dalam keadaan vakum. Allah mencipta telinga dan bunyi supaya kita dapat mendengar.

Allah juga mendengar, sebagaimana yang Allah jelaskan di dalam al-Quran surah al-Baqarah, ayat 137, "Dan dia maha men-dengar dan maha mengetahui." Namun begitu, Allah mendengar bukan seperti kita dan makhluk lain mendengar. Allah tidak memerlukan alat dan medium seperti kita.

Semua maklumat yang kita terima di dunia sekarang ini adalah maklumat yang diproses oleh pancaindera kita. Benda yang kita kenali bergantung sepenuhnya kepada apa yang mata kita lihat, apa yang kulit kita sentuh, apa yang hidung kita hidu, apa yang lidah kita rasa dan apa yang telinga kita dengar.

Bagi orang yang matanya terang, dia nampak pokok di hadapannya dengan terang. Bagi orang rabun, dia nampak pokok di hadapannya berbalam-balam, bagaikan tidak berdaun. Kita boleh lihat bentuk otak kita dalam gambar-gambar, tetapi kita tidak dapat melihat cara otak kita berfikir. Kita tahu di mana letaknya hati dan jantung, tetapi kita tidak tahu di mana proses 'rasa sedih' itu berlaku dalam diri kita.

Allah tidak sama dengan kita. Kita tidak mampu fikirkan bagaimana Allah ada, bagaimana Allah melihat dan bagaimana Allah mendengar. Kita tidak mampu fikirkan di mana Allah. Allah bukan seperti benda lain yang dapat kita capai dengan pancaindera kita. Apabila Allah tidak beritahu di dalam al-Quran, kita tidak tahu di manakah Allah.

Saturday, September 27, 2008

saat pemergianmu......

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah.



Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.” Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.” Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.” Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.” Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.


Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.” Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.


Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.” Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.” Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan.
Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”


Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.” Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya.



Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.” Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.” Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut." Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut. Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.” Ketika Sakaratul Maut Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.” Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.” Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?” Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?” Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda.
Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.” Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?”



Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali r.a bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.” Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.” Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.” Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).


Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144) Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.” Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW.” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.” Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: "Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia." Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.” Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW.
Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah..” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah.” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.


Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.” Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.” Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.” Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.” Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az.” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”


Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.