J
Niawirdah,Jun 2013.
----------------------------------------------------------------
Kedengaran enjin bas menderum laju,lagi beberapa
minit akan bertolak menuju ke destinasi.
Qaisara bersama dua beg, sarat dengan pakaian
dan buku-buku kelihataan tercungap-cungap kearah pintu bas.
“Kak Qai,saya tau akak kecewa”…kata Amalia
saat mengiringi kakak seniornya menaiki bas pulang ke kampung halaman.
Qaisara menoleh,agak terkejut dengan
kata-kata Amalia.Dahinya berkerut,seolah-olah tidak faham maksud kata-kata
tersebut.Hakikatnya dia mengerti,sengaja buat-buat tidak faham.
“Aik,kenapa?Senyumannya ternyata
hambar,Nampak dari raut wajahnya redup.”Oh ya akak pergi dulu ya.Terima kasih
kerana temankan akak.Jumpa lagi buka semester baru nanti…Sayang Amalia kerana
Allah” ucap Qaisara sambil tersenyum.Mereka berpelukan buat kali terakhir.”Babai Amalia.Assalamualaikum..”
“Wa’alaikummussalam kak..love U”…sahut Amalia.Qaisara berlalu
pergi.
“Sebenarnya
Amalia,akak tak kecewa pun.Akak masih ada Allah,Rasul,family dan sahabat –
sahabat yang sentiasa membahagiakan akak.Paling penting akak ada buku-buku akak
yang bertimbun tu yang menceriakan hari-hari akak.Itu sudah cukup buat akak”…Hati Qaisara berkata-kata saat melangkah
menaiki tangga kecil bas.
Matanya menatap tingkap kaca bas.Basah dan
ada air mata bergenang .Pengunguman perkahwinanan antara Irham dan An Nur Huda
dua minggu lalu ternyata cukup membekas hatinya.Jauh disudut hatinya dia amat
mengagumi Irham,seorang pemuda yang soleh,warak dan tinggi ilmu,juga berbakat
dalam penulisan ternyata amat menarik di pandangannya.
Amalia tahu,Qaisara mencintai dan
mengagumi Irham dalam diam.Apalagi mereka juga berkongsi minat serta punya
bakat yang sama.Biarpun tidak diungkapkan ternyata eksperesi wajah Qaisara
seolah-olah menggambarkan,Cuma tidak diluahkan.Dipendam dalam-dalam.
“Ah,aku memamg tak layak untuknya.Ya Allah,buangkanlah kekecewaan ini jauh-jauh
dan moga-moga aku redha dengan ketentuan
ini.An Nur lebih berhak,bahkan dia lebih solehah dari aku,mungkin aku belum
cukup baik dan tidak layak untuk Irham,bukankah perempuan yang baik untuk
lelaki yang baik,bukankan kah didalam Al-quran telah tertulis begitu?”...Omel
Qaisara dengan doa penuh pengharapan,ternyata dia juga seperti perempuan yang lain
punya perasaan cemburu dan iri hati.Dia cuba membujuk hati.Mendambakan lelaki
soleh adalah fitrah,hakikatnya begitu.
“Apabila
kita merasa kecewa dengan suatu takdir
namun kita redha dengan ketentuan itu,percayalah bahawa Allah telah
merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Ketentuan Allah itulah yang
terbaik untuk kita.”.
Qaisara
memujuk hatinya,di sumbat earphone ke
telinga dan memasang mp3 Al-Quran.Alunan yang mendamaikan itu menemani malamnya .Sepi tanpa kata..Lenanya
bersama satu doa dan pengharapan dari Tuhannya…Hasbunallah wa ni’mal wakeel,cukuplah Allah bagiku.
Bersambung…