Friday, February 27, 2009

BERHATI-HATI MENJAGA HATI....

Hati orang Mukmin ialah hati yang sihat & ceria.Manakala hati yang orang fasiq(berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.


Rasulullah s.a.w bersabda:”Dosa itu sesuatu yang mendatangkan resah dalam hatimu”.Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati sakit.Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi syaitan.Apabila “raja”(hati) dalam kerajaan diri sakit,ia akan turun takhta,& naiklah “penjahat”(nafsu) sebagai penguasa baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.


Firman Allah s.w.t bermaksud:“Sesunnguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak ke arah kejahatan.”





1.Rasa BERSALAH dengan dosa


Pertama kali berbuat dosa,hati akan diburu rasa bersalah.Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh & mula-mula dilahirkan di muka bumi ini).Jadi apabila fitrah ini di kotori,manusia seolah-olah menentang hati kecilnya sendiri.

Atas dasar itu pakar psikologi mengakui bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa,manusia akan diserang oleh rasa “guilty conscience”-rasa bersalah.Kesalnya bukan main& sungguh merimaskan.Rasa bersalah itu memang menyeksakan,sebab apabila berdosa manusia seolah-olah berperang dengan dirinya sendiri.


2.Rasa BIASA dengan dosa


Namun rasa berdosa itu tidak lama.Jika dosa yang sama di buat kali kedua,ketiga dan seterusnya,rasa bersalah itu akan hilang,sedikit demi sedikit.Lalu akhirnya,hati itu telah terbiasa dengan dosa.Rasa bersalah tidak akan datang lagi.Ia disirna &dimamah oleh kebiasaan dosa yang berulang-ulang.Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan & penyesalan tapi ditahap ini,tiada air mata lagi.Alah bias tegal biasa.Hati telah tega & rela untuk berdosa & terus berdosa…………



3.Rasa SERONOK dengan dosa


Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan & keindahan.Dosa yang di lazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati.Pada tahap ini,diri manusia itu sentiasa mengintai peluang & ruang untuk mlakukan dosa.Rasa ketagih dengan maksiat,rasa gian dengan kemungkaran,menghantui hati.Racun dosa bertukar menjadi nikmat.Tiada lagi rasa bersalah.Bisa dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh di dalam hati.


4.Jadi PEMBELA kepada dosa


Nafsu tidak pernah puas.Kehendaknya tiada batas.Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur.Usahanya tidak pernah kendur.Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuh raya nafsu dengan kenderaan sifat-sifat mazmumah,hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk maju setapak lagi.Awas ,hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta.Hati yang berada di tahap ini sangat keras kerana sifat mazmumah membarah menjadi syirik,kafir & munafik.


Allah berfirman:

“Dan sesiapa didunia ini buta hatinya,maka diakhirat nanti juga akan buta & lebih sesat lagi jalannya.”





Sabda Rasulullah yang bermaksud:


“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging,jika sekiranya baik daging itu,maka baiklah seluruh diri manusia itu.Jika sekiranya buruk daging itu,maka buruklah seluruh diri manusia itu.Ketahui bahawa ia ialah hati.”

0 comments: