Wednesday, November 30, 2011

Life likes book...

Sms ini dihantar oleh seorang teman ketika ulangtahun kelahiran semalam dan antara kata-kata yang paling saya sukai...



'

Life is like a book,everyday has a new page with adventure to explore, things to learn and memory to remember,may u have a good chapter for this coming new age..


Monday, November 28, 2011

S.A.H.A.B.A.T

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang

yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah

ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.”

(H.R al-Hakim)





Indahnya ukhuwwah bertemankan jiwa-jiwa yang berizzah mulia...

(Pantai kempadang 20.11.2011,walimah Zakiah)



Seorang sahabat pernah berkata,beliau sangat terharu tatkala melihat sahabat-sahabat

berdoa usai solat berjemaah,ya suatu perasaan yang sukar digambarkan...biarpun diuji dengan kesibukan urusan harian dan taklifan namun masih ada pengharapan pada ALLAH,berharap moga terus diberikan kekuatan menempuh hari-hari mendatang,berharap moga Allah mempermudahkan segala urusan dan berharap agar dakwah terus gemilang...





Buat sahabat-sahabat,moga terus diberi kekuatan dan moga terus istiqamah dijalan ini..Ameen.

Saya bangga menjadi sahabat anda :)







Duhai jiwa yang tenang




Katakanlah hari ini...

"Kami adalah milik ALLAH yang akan kembali padaNya

pada bila-bila masa dan di mana jua".


=============================================================



يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ

Hai jiwa yang tenang




ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.





فَادْخُلِي فِي عِبَادِي

Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hambaKu,





وَادْخُلِي جَنَّتِي

masuklah ke dalam syurga-Ku.


(Surah Al-Fajr 89 : 27-30)


"Ya Allah...tunjukkan jalan keluar dari kesesatan dan kesulitan serta kurniakanlah jiwa yang tenang kepada hambaMu ini..."



Ameen Ya Rabb

Tuesday, November 22, 2011

selamat bermujahadah...



Insyaallah sama2lah kita renungkan..

Imam Al-Ghazali pernah berkata:


"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang menanggung kepahitan,sabar terbentang didadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,pangkatmu dipendam,siangmu sibuk berbakti,malammu rindu kepada Allah.Jadikanlah ia jalan persiapan ke hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari dan teruskanlah berjalan,sesungguhnya perjalanan itu masih jauh..."

Friday, November 18, 2011

Puisi Ringkas

Assalamualaikum w.b.t…

Lama benar saya tidak meninta,lebih kurang 2 tahun…Kalaulah blog ini ibarat rumah,pasti sudah berdebu,berhabuk dan dipenuhi sawang2 kan?..Memandangkan bulan ini bulan perkahwinan saya sempat membuat puisi ringkas.Idea ini hadir tatkala tengah bergelumang dengan lab2 report.Semenjak dua menjak ni,seringkali,dihujani soalan2 cepu lemas dari sahabat2 ,”bila enti nak kawin”,"doh awok ni ble plak?ngaji2 jgk tp usaha pn kne ado",”lepas ni bleh la jd ajk”,yang paling tak tahan ada yang cuba menakutkan saya pun ada,katanya lelaki sebaya saya dah tak ramai dah(yang single),"tinggal adik2 je"..saya hanya mampu tersenyum, tatkala ada yang serius bertanya,ada juga yang bertanya dengan nada bergurau,seolah-olah memaksa pun ada. Pokoknya jangan Tanya saya bila saya akan berkahwin,saya pun tak tau bila..InsyaAllah sampai masanya saya akan bagitau,ok?hehe...Apepun teruskan berdoa disamping usaha,insyaAllah Allah takkan mengecewakan hamba2NYA :)







Duhai bakal pendampingku….
Disaat aku meninta bingkisan rindu
Aku pasti Allah telah mentakdirkan di kau buatku
Walaupun di saat ini hatiku masih ragu-ragu
Masih gusar menunggu bilakah detik terindah itu
Detik di mana aku dan kau akan dipertemu
Dalam suasana penuh keindahan dikalbu
Dan aku disini akan terus menunggu dengan kesabaran yang jitu
Kerna aku yakin bahawa kau tercipta untukku...


----------------------------------------------

sekian,wassalam...