Saturday, April 27, 2013

Ikhlas


Mereka yang IKHLAS bukannya mereka yang memberi dengan
harapan untuk mendapatkan pujian daripada manusia
bukannya berlagak hebat di kacamata manusia
cukuplah menjadi hamba yang ada NILAI disisi Tuhannya

*Didik diri agar menjadi hambanya yang ikhlas,dalam suka maupun duka
  dalam senang maupun susah,dikala lapang atau sempit dan dikala ringan maupun berat.
  Ikhlaskanlah hati-hati kami Ya Allah :)

Friday, April 26, 2013

INGIN SEPERTI KHADIJAH



Membaca dan merenungi kisah-kisah sirah Rasulullah pastinya tidak lengkap andainya tidak disisipi bersama Kisah Siti Khadijah.
Sehinggakan Rasulullah sendiri menyanjungi Saiditina Khadijah ini lebih dari isteri-isterinya  yang lain.
Kisah lamaran Khadijah pada Rasulullah
Kisah Khadijah yang mendermakan harta-hartanya di jalan perjuangan
Kisah keberadaan Khadijah disisi Nabi disaat orang lain memulaukan Rasulullah
Kisah kejayaan Khadijah sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya
Kisah Khadijah yang melahirkan tujuh permata hati kepada Rasulullah
dan kisah-kisah yang lain
Masyaallah,yang pasti semuanya memberikan ibrah dan pengajaran berguna kepada kami
Walaupun tidak menjadi sehebat serikandi Khadijah
Sekurang-kurangnya ambillah suri teladan yang telah ditinggalkan...

Maksud hadis Nabi S.A.W,
"Dunia ini adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah."

                                                                                                                             |Riwayat Muslim |



Allahu khairul makireen


Ya Allah,ketika engkau menciptakan ku,
Aku yakin engkau telah menuliskan takdir yang terbaik buatku.
Ya Allah,kiranya aku pernah mendustakan nikmatMu
Maka engkau ampunilah dosa-dosaku Ya Allah
Wahai tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasihani
Ameen Ya Rabbal a'lameen :')

23 APRIL 2013|8.00 PM



Thursday, March 7, 2013

Hidup hanya seinci,moga ia beri erti


"Jika kau dapati tanganmu serasa tertahan ketika membuka mushaf Al Qur’an, lisanmu terasa berat untuk berdzikir, maka percayalah bahwa saat itu hatimu tengah berat karena dosa, dan ia memberatkan anggota badanmu pula untuk beramal."
—Dr. Umar Al Muqbil

Orang HEBAT tidak dihasilkan melalui...
-kemudahan
-kesenangan
-ketenangan


Mereka díbentuk melalui
kesukaran, Tentangan, airmata bahkan darah...
Ketika engkau mengalami sesuatu yg sangat berat dan merasa dítinggalkan
sendiri dlm hidup ini ...


"Angkatlah Tangan dan Kepalamu ke atas.....


Tataplah masa depanmu..


Ketahuilah...


Engkau sedang dipersiapkan ALLAH untuk menjadi Orang yang Luar Biasa..."

Monday, December 31, 2012

DOA UNTUK INGAT SEKALI BACA







"Ya Allah jadikanlah aku dikalangan orang-orang yang apabila memandang bahan bacaan dengan sekali pandangan mereka sudah menghafal kandungan dalamnya , memahaminya , mengamalkannya dan menyampaikannya. 

Ya Allah sesungguhnya aku menyimpankan kepadaMu apa-apa yang telah Kau ajarkan kepadaku maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya dan janganlah Engkau melupakan
daku akannya wahai Tuhan sekalian alam ."


Allahumma ameeeeeen...

Sunday, December 30, 2012

Ujian itu datang bukannya untuk menguji kekuatan diri kita,namun ia datang untuk menguji sejauh mana kekuatan kita memohon pertolongan dengan Allah.






Tetiba rasa sentap dengan ayat kat bawah ni....Allahu!


"Ujian itu datang bukannya untuk menguji kekuatan diri kita,namun ia datang untuk menguji sejauh mana kekuatan kita memohon pertolongan dengan Allah."

Dan dalam kuliah Art of Women bulan lepas,ada seorang pelajar bertanya kepada ustazah...

"Orang cakapkan kesabaran ada tahapnya kan,macammana tu?dan macamana kalau ujian itu datang bertimpa-timpa?

Dengan tenangnya ustazah menjawab,"Ya.kesabaran ada batasnya juga,tapi bila ia melibatkan hak Allah itulah yang dimaksudkan yang sabarnya pun ada batasnya."

Sebagai contoh kiranya ada yang memperkotak katikkan hukum-hukum Allah,apakah kita harus mendiamkan diri?

ustazah menyambung lagi...."Andai ujian itu datang bertimpa-timpa,sabar,sabar dan sabarlah"

Dan diri ini merasakan sedikit terubat,menangis didalam hati....

kehilangan demi kehilangan,datang diwaktu kesempitan...

Memegang kembali kata-kata azimat...

"Man jadda wa jadda,man shobaro zhafira"

dan meneruskan juga bacaan Surah al-fath kegemaran.

Moga Allah hiburkan dengan yang lebih baik ^^



#kuliah Art of Women;(Tazkiyatunnafs)kebiasaannya diadakan di Fakulti 
pada hari Jumaat mula dari 12.30 tengahari hingga 2.00 petang.

Thursday, December 27, 2012

Tanpa Tarbiah gerenti rebah




Mengutip kata-kata dari seorang sahabat..

"Tarbiyah bukan program, ia adalah disiplin kehidupan. Tetapi kalau tidak diprogramkan, ramai yang hidupnya tiada disiplin. Tanpa tarbiyah gerenti rebah!"

Allahuakbar...muhasabah bersama,moga hari esok lebih baik amalnya dari hari ni....


Tuesday, December 18, 2012

Talk and Do it

“Sesungguhnya ramai orang yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka itu yang bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan kerja berat. Para mujahidin itulah angkatan yang terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Ada kalanya mereka itu silap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi inayah dan hidayah oleh Allah.”
― Hassan Al Banna

Sunday, December 9, 2012

Belajar erti cekal dari seorang sahabat



Dia tampak lembut
hakikatnya seorang yang kelakar
'Happy go lucky' dan sedikit gila-gila
Sedikit degil
Tapi dalam hati ada taman
Dalam sakit-sakit
Kesihatan yang tak menentu
Juga sebagai 'final year student'
Tetap cekal turun 'muzhaharah'
Dalam hujan lebat yang menggila
Aspal jadi saksi
Berteduh di bawah langit ilahi
Bertemankan payung kuning 'angry Bird'
Dan kami berdua sama-sama berkongsi
Dan satu ketika dia pengsan lagi
Sesak nafas,kejang dari bawah sampai ke kerongkong
Di atas katil rumah sakit,dengan muka pucat lesi
Lesu tak bermaya
Tapi dialah yang paling ceria,cuba acah-acah ingin lari dari hospital
Dan kini saya faham mengapa
kerana bak kata senior
Perlu ada niat untuk mati tika melakukan gerak kerja islam
Tanam dan sematkan dalam hati
Sampai saat ini
Masalah kewangan,Famili,Kesihatan,Akademik
Jadikan ia masalah bukan masalah

Peranan muslimat di medan amal islami

Kisah dalam train,kelakar,tersilap turun stesen.Nasib baik jalan sehala,boleh pulak turun dan naik balik.Jauh juga dari nilai ke Shah Alam.

Seorang sahabat mengadu,katanya kakaknya sangatlah sibuk.

"Oh ya,kakak yang baru kahwin tu?"

"Keje kat bursa saham la katakan,dah tak boleh aktif dengan aktiviti-aktiviti dakwah"

"Aduh,sayangnya...tapi hujung minggu masih ada masa kan?"

"Itulah,tapi suaminya tak sefikrah ngan kita..ahli gerakan juga,tapi tak sama"

"Trylah bawak berbincang,macammana sekalipun dia juga aktivis dakwah,pasti faham"

Sahabat ini mengangguk.

"Ada buat perjanjian tak sebelum kawin?"

"Perjanjian?"

"Keizinan untuk bergerak kerja"

"Takde kot"..Sahabat ini menggeleng.

"Seharusnya,kita ada perjanjian sebelum kahwin.Takpe lah nanti bincang balik dengan kakak macamana.Masih belum terlambat,InsyaAllah boleh."

Teringat buku kecil di dalam beg sandang hitam,karya Ust.Mustafa Mahsyur,Jalan Dakwah...keluarkan dan kami sama-sama diskusi..

Antara mehnah tribulasi yang sering dihadapi ahli gerakan terutama setelah tamat belajar adalah antaranya;


Isteri/suami,
anak-anak,
kerjaya,
harta yang dikejar.

Takut.Andai kita diuji dengan benda-benda macam ni.Nauzubillahi min zalik.

Benda paling penting yang nak disampaikan adalah,

Perjanjian.Ya perjanjian sebelum kahwin.Bait kita bukan sekadar Baitul Muslim,ia adalah baitul haraki...

Situasi 1:

Dalam diskusi taa'ruf disaksikan mereka-mereka yang boleh dipercayai...

Bakal zaujah:Insyaallah saya berusaha untuk komit dengan kerja-kerja dakwah selepas kawin.Kisah tak kalau ana balik meeting/kerja dakwah jam 2 atau 3 pagi,senang cerita balik lewat-lewat malam?

Bakal zauj:Insyaallah ana faham.

Bakal zaujah:Maksudnya enta izinkan ana turun ke lapangan dakwah?Kalau tak kita putus.(amboi seriusnya..haha,ini benda serius tak leh main-main!!!)

Bakal zauj:Ana tak kisah,ana kalau boleh tak nak simpan isteri ana sebagai perhiasan dirumah.

------

insyaallah bakal bersambung...simpan tenaga untuk explorace esok.

"Al-aqlu saleem fi jismi saleem" ^_^

kamus:

ana :saya
enta: awak (lelaki)
enti :awak (perempuan)
zauj:suami
zaujah:isteri


Umpama baju kotor didalam baldi,kotor lagi membusukkan


Baju yang dipenuhi dengan kotoran hanya mampu dibersihkan dengan cucian yang berulang-ulang.Demikianlah juga dengan kalbu kita yang dipenuhi dengan kotoran syahwat dan noda perbuatan haram.Ia hanya boleh dibersihkan dengan senantiasa mengingatkan akhirat sehingga kita bertaubat dan meninggalkan perbuatan nista.

Umpama baju kotor di dalam baldi,kotor lagi membusukkan.Perlu dibasuh dan disental dengan segera,secepat yang mungkin...

#Astaghfirullahal adzhim...Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah T_T

Sunday, December 2, 2012

Fityatun amanu bi rabbihim


Pesanan buat anak muda...

1)Asas perjuangan anak muda adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala

2)Mesti cemerlang dalam akademik

3)Memperkasakan ukhuwwah di antara mereka

4)Menekankan aspek tarbiah (inilah elemen yang paling penting sekali sebenarnya)


Kata-kata ini dinukilkan oleh Timbalan Presiden I.M kepada wakil anak muda dalam siri lawatan baru-baru ini dan rais panjang-panjangkan...

#koreksi diri !!!

Wednesday, November 21, 2012

Manfaat kesihatan coklat gelap(Dark Chocolate)




Manfaat kesihatan coklat gelap (Dark chocolate)


1) Baik untuk Jantung Anda

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda. Coklat gelap meningkatkan aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku. Makan coklat gelap juga boleh mencegah arteriosklerosis (pengerasan arteri).

2)  Baik untuk Otak anda

Coklat gelap meningkatkan aliran darah ke otak serta jantung, jadi ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif. Coklat gelap juga membantu mengurangkan risiko strok.

Coklat gelap juga mengandungi beberapa sebatian kimia yang mempunyai kesan positif ke atas mood anda dan kesihatan kognitif. Coklat mengandungi phenylethylamine (PEA), bahan kimia yang sama otak anda mewujudkan apabila anda rasa seperti anda sedang jatuh cinta. PEA menggalakkan otak anda untuk melepaskan endorfin, jadi makan coklat gelap akan membuatkan kita berasa gembira.

Coklat gelap juga mengandungi kafein, perangsang yang sederhana. Walau bagaimanapun, coklat gelap mengandungi kafein yang lebih kurang daripada kopi. Satu bar 1.5 auns coklat gelap mengandungi 27 mg kafein, berbanding mg 200 ditemui dalam cawan lapan auns kopi.

3) Membantu Kawalan Gula Darah

Coklat gelap membantu menjaga saluran darah anda sihat dan peredaran anda tidak terjejas untuk melindungi terhadap diabetes jenis 2. Flavonoid dalam coklat gelap juga membantu mengurangkan rintangan insulin dengan membantu sel-sel anda untuk berfungsi secara normal dan mengembalikan keupayaan untuk menggunakan insulin badan anda dengan cekap. Coklat gelap juga mempunyai indeks glisemik rendah, bermakna ia tidak akan menyebabkan pancang yang besar dalam tahap gula dalam darah.

4) Penuh  dengan Antioksidan

Coklat gelap dimuatkan dengan antioksidan. Antioksidan membantu badan anda daripada radikal bebas, yang menyebabkan kerosakan oksidatif kepada sel. Radikal bebas yang terbabit dalam proses penuaan dan boleh menjadi penyebab kanser, makanan antioksidan jadi makan kaya seperti coklat gelap boleh melindungi anda daripada banyak jenis kanser dan melambatkan tanda-tanda penuaan.

5) Mengandungi theobromine

Coklat gelap mengandungi teobromina, yang untuk mengeraskan enamel gigi. Itu bermakna bahawa coklat gelap, tidak seperti kebanyakan gula-gula lain, merendahkan risiko anda mendapat kaviti jika anda mengamalkan kebersihan gigi yang betul.

Teobromina juga perangsang ringan, walaupun tidak kuat seperti kafein. Ia boleh, bagaimanapun, membantu untuk menindas batuk.

6) Mengandungi kandungan Vitamin dan Mineral yang tinggi

Coklat gelap mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang boleh menyokong kesihatan anda. Coklat gelap mengandungi beberapa vitamin dan mineral berikut dalam kepekatan yang tinggi:

-Kalium(Potassium)
-Tembaga(Copper)
-Magnesium
-Besi(Iron)

Tembaga dan kalium dalam coklat gelap membantu mencegah terhadap penyakit strok dan kardiovaskular. Besi dalam coklat melindungi terhadap anemia kekurangan zat besi, dan magnesium dalam coklat membantu mencegah diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.


Rujukan :www.fitday.com

Monday, November 19, 2012

Berkasih macam ni kan lagi best....



Cinta Islam menyatukan hati, meskipun kita hidup berjauhan. Cinta dunia dan populariti menjauhkan hati, meskipun hidup saling berdekatan. Qatadah menulis surat kepada Al-Awzai: "Meskipun kita terpisahkan oleh negeri, namun cinta kepada Islam menyatukan kita." Qatadah seorang ulama tabiin di Basrah. Al-Awzai seorang ulama tabiin di Syam  -Ustaz Umar Muhammad Noor

Subhanallah...
Cinta kerana Allah macam ni kan lagi best
lagi osem
Biarpun tak bertentang mata
Tapi hati tetap tertaut
kasih saudara kerana ilmu
Kasih tanpa fitnah
suci  dalam redhaNya.

Thursday, November 1, 2012

01112012



Perkara2 yang perlu dititikberatkan dalam perjuangan, menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi:
1) Takutkan kemasyhuran.
2) Memuhasabah diri sendiri.
3) Beramal secara diam-diam
4) Tidak memerlukan pujian dan tidak tenggelam oleh pujian orang lain.
5) Tidak kedekut pujian terhadap orang yang memang layak menerimanya.
6) Melakukan apa yang selayaknya ketika memimpin.
7) Mencari keredhaan Allah bukan keredhaan manusia.


Sesungguhnya yang kita perlukan sekarang bukanlah da'i-da'i yang petah berbicara,pintar dan pandai menarik simpati ummat,tetapi da'i yang betul-betul faqeh dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah dimuka bumi ini...

Apakah ada 'indicator' tertentu untuk menentukan tahap keikhlasan seseorang?

Hanya Allah jualah yang berhak menilainya.Seperti yang selalu kita dengarkan ikhlas itu ibarat semut hitam, dan duduknya di atas batu hitam dimalam yang pekat.

Bak kata murabbi Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam 'Islam,Fikrah dan daulah' menurutnya,

"Tidak mustahil 'ahli biasa' yang berkorban untuk Islam dengan cara yang jujur dan ikhlas,lebih afdhal daripada presiden itu sendiri,lebih mulia disisi Allah dari orang yang menjadi ketua di peringkat negeri,daerah,mahupun unit kerana nilaian disisi Allah adalah ikhlas dan taqwa."


#Ikhlaskan lah hati-hati kami Ya Allah T_T