Monday, July 23, 2012

Sinetron


Sempat tengok sinetron lebih kurang 10 minit


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Nugi     :kek…


Kakek  :Iya..kenape?


Nugi     :Soalnya kita mau terima kasih sama kakek sebab ngantarin kita pulang.


Kakek  :Sama-sama.Pokoknya mesti selalu doa sama Allah.Bicara banyak sama  
           Allah.Insyaallah akan dikabulin  doanya … ok permisi.


-------------------------


Walaupun 10 minit tetapi terkesan.Kata Rabb..
"Berdoalah kepadaku,nescaya akan ku perkenankan permintaanmu..."

Saturday, July 21, 2012

WANITA SOLEHAH ITU...



Tidak suka mengenali dan dikenali..

Tidak suka memandang dan dipandang...

Di bibirnya tidak meniti nama-nama lelaki..

Dan di bibir-bibir lelaki tidak meniti namanya...


[Saidatina Fatimah radiyallahu'anha]

Friday, July 20, 2012

Kisah bahagia


Ini kisah seru.Kisah bahagia.

Kisah seorang alim,dari Indonesia.Siapa tak kenal,Buya Hamka.Kisah Pak Hamka.
Pada suatu hari,Buya diundang menyampaikan ceramah dalam suatu acaran besar.Ia hadir bersama isterinya.

Tiba acara kemuncak,seperti sering diucapkan para MC pada saat itu lebih kurang mengatakan,
“Sebelum kita mendengarkan ceramah Buya Hamka,kami mengundang isteri beliau untuk naik ke atas podium dan menyampaikan sepatah dua patah kata kepada kita semua”.


Degg..terkejutlah Buya Hamka mendengar nama isterinya dipanggil ke podium.Sepengetahuannya isterinya bukanlah seorang penceramah yang biasa berbicara di hadapan public.Akan tetapi,dilihatnya isterinya berjalan kearah podium dengan tenang.

Sesampainya dipodium,setelah mengucapkan salam,isteri Buya Hamka berkata,
”Saya bukanlah seorang yang pandai berpidato atau berceramah.Akan tetapi,saya akan memastikan bahawa saya akan selalu merawat dan menyiapkan masakan paling lazat untuk seorang yang pandai berpidato.”

Hadirin yang mendengar terkesima mendengar kalimat-kalimat yang di ucapkannya.


Saya amat yakin bahawa yang paling bangga dan terharu mendengar ucapan perempuan itu adalah suaminya sendiri,Buya Hamka.

Apa yang saya dapat simpulkan bahawa,sesungguhnya disisi Lelaki yang hebat itu adanya perempuan yang hebat juga,biarpun mereka berbeza ciri,watak dan penampilan.

Seperti kata Prof.Toriq Ramadan…

"Behind every great man is not a woman, she is beside him, she is with him, not behind him."

Masakan juga memainkan peranan penting.Natijahnya,ia membantu membangunkan nilai-nilai murni dalam keluarga. Pembentukan akhlak keluarga sebenarnya bermula di dapur.Nah,Air tangan masakan siapa yang lazimnya menjadi hidangan anak-anak dan seisi keluarga kita selama ini?
Jawapannya,air tangan kasih sayang seorang isteri.kan?
Jom,mulai hari ini mari berkungfu di dapur...hehe

Dan seperti kata Ustaz Anis matta dalam bukunya,Sebelum anda mengambil keputusan besar itu.

"Jangan pernah bermimpi mencari pasangan yang ideal, tapi carilah pasangan yang tepat. Kita tidak sedang berpikir mencari istri atau suami unggul. Carilah istri yang tepat dengan bingkai kita, dengan kepribadian kita. Sebab ternyata tidak semua orang cerdas membutuhkan orang cerdas lain, tidak semua orang gagah membutuhkan wanita cantik."

Walaupun kata-kata Ustaz Anis Matta tu dalam bahasa Indonesia,saya yakin anda semua faham.

Ok,sekian dari saya.Titik ^^

-----------------------------------------------------


*olahan dari Buku,Energi Cinta untuk Keluarga,Ust Adi Junjunan Mustafa.
*Best buku ni,kalau nak boleh pinjam.

Tip memilih ikan segar


Robotic Fish



Hari ini mak saya membebel kepada ayah saya.Masa tu kat dapur,katanya ayah beli ikan dah la banyak pastu tak segar,lembik je.Tapi masa tu ayah takde.Ayah beli ikan parang dan ikan kembung.Ikan parang segar tapi ikan kembung dah terkeluar perutnya.huhu.

Memandangkan esok dah nak puasa,prepare untuk sahur dan berbuka je lah..Jadinya,ikan-ikan yang lebih ni terpaksa la simpan dalam peti ais.Maybe 2,3 hari baru habis.

Saya senyum je,mengerti dan faham.Perempuan biasala kalau membebel tu memang ada la yang tak kena,bukan saja-saja nak membebel kan.

Pastu saya tanya mak,camne nak tau ikan tu segar atau tak?
Macam ni...

1.Ikan tu kalau kita tekan dia keras,bahagian kita tekan tu akan kembali ke bentuk asal
2.Insangnya warna merah terang,keras dan perutnya tak pecah
3.Baunya tak busuk
4.Kulitnya tak berlendir
5.Matanya bersinar-sinar dan bercahaya,tampak jernih dan terang.

Oh baru saya tau,haa tengok nak beli ikan pun kena ada ilmu gak jangan main beli je ya..Tapi kadang-kadang kalau musim ikan tak elok,terpaksa gak beli ikan yang dah tak berape segar.Ikan yang disimpan dalam tong bersama ais.Atau kita biasa panggil...Ikan air batu..ngeee~





Sunday, July 15, 2012

Bayaran ke syurga

Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?”


---------------------------------------

Syurga,apakah aku pantas memasuki mu?

T_T

Friday, July 13, 2012

FAKTA SAINS SEBENAR
"Otak yang terdiri daripada 15 billion sel (neuron) bertugas untuk menerima dan mengirim maklumat dalam satu sistem saraf yang kompleks.
Sel-sel neuron yang dirangsang dengan sempurna, daya intelek dan fikiran akan tumbuh dan berkembang secara unik. Neuron adalah merupakan unit asas sel otak yang membawa impuls. Ia terdiri dari akson dan dendrit."

Kepentingan Penjagaan Otak
Otak merupakan organ yang mengatur sebahagian besar pergerakan , sikap dan fungsi tubuh seperti degupan jantung, tekanan darah, keseimbangan cecair di dalam tubuh dan kedudukan suhu tubuh seseorang.
Otak juga bertanggungjawab keatas fungsi seperti pengenalan, emosi, ingatan dan segala bentuk pembelajaran (melibatkan kehebatan fungsi otak kiri dan kanan).

DARI SUDUT ISLAM PULA

Didalam "Al-Wabil" yang dikarang oleh Al-Hafiz Ibnu Qayyim telah menyebut akan kelebihan zikrullah itu lebih daripada seratus faedah dan di antaranya ialah:
- Zikir adalah membanting syaitan daripada menghampiri orang yang berzikir
- Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah s.t dan cinta itu roh Islam, agama dan sumber kejayaan dan kebahagian. Barangsiapa ingin mendapatkan cinta Allah hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya.
- Zikir mendatangkan sikap muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.
- Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri yang bulat kepada Allah. Dengan ini lama-kelamaan setiap urusan dan setiap keadaan Allah menjadi Pelindung dan Pembantunya.
- Zikir membawa seseorang kepada taqarrub Ilallah.
- Zikir adalah pembuka hijab dan pintu makrifat mengenai Allah.
- Zikir menghidupkan hati. Perumpamaan orang berzikir dan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang hidup dan orang mati.
- Zikir adalah santapan roh dan hati. Seandainya keduanya tidak mendapat santapan seumpama jasad tidak mendapat makanan yang akhirnya menjadi lemah.
-Zikir adalah pembersih dan penggilap bagi hati.
- Nur zikir sentiasa bersama dengan orang yang berzikir sama ada di dunia atau di dalam kubur.
- Zikir ibarat pohon. Sewaktu pohon itu besar dan akarnya tertancap kuat, maka buahnya akan bertambah baik. Zikir membuahkan maqam-maqam semuanya dari kesedaran penuh menuju tauhid.

Sepertimana Firman Allah Swt melalui Surah Ar-Ra'd Ayat 28 yang bermaksud:
"Ketahuilah bahawa dengan berzikir kepada Allah itu, jiwa menjadi tenang"

Sumber : http://www.facebook.com/DSLQUOTES

Wednesday, June 13, 2012

Ilmu adalah cahaya


Peristiwa syair Imam syafie mengadu kepada gurunya imam waqi' tentang hafalannya mudah lupa. Syair yang sangat masyhur.


شكَوْتُ إِلَى وَقِعٍ سُوْءَ حِفْظى
فَأَرْشَـدَنِي إلى تَرْكِ المَعاصِي
وَأَخْـبَرَني بِـأَن العِلمَ نُـورٌ
ونُـورُ اللهِ لا يُهدَي للعَاصى

Maksud syair:

Aku(Imam Syafiee) telah mengadu kepada guruku Waqi’ tentang buruknya hafalanku, Beliau menasihatkanku supaya meninggalkan maksiat, Beliau memberitahuku sesungguhnya ilmu itu adalah cahaya, Dan sesungguhnya cahaya Allah itu tidak akan dianugerahkan kepada mereka yang melakukan maksiat.

Tuesday, June 12, 2012

Mengenali-Mu

Seorang penyair ada berkata :

Sesungguhnya mengenali Tuhan yang Maha Agung
memanglah satu kemuliaan,
keindahan,keseronokan dan
kegembiraan yang melimpah.
Atas orang 'arifin juga ada keindahan.
Atas mereka ada cahaya yang lahir
daripada kasih sayang.
Maka tahniahlah bagi orang yang mengenali-Mu wahai tuhanku!
Demi Allah dia akan gembira sepanjang masanya.

Petikan dari;
syarah al-hikam jilid2,terjemahan dan syarah:Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Imam Malik pernah berpesan;

"Taatlah kepada Allah Taala,nescaya manusia akan mengasihimu,sekalipun mereka membenci dan tidak suka."

Friday, June 8, 2012

Hijau Bulan Juni





Inilah generasi syabab yang kita impikan
menjadikan mehnah tribulasi sebagai cabaran
menjadikan ujian medan membersih nurani
yang membeza barisan pejuang yg ikhlas dan tak ikhlas
yang hanya mengharapkan balasan Allah diakhirat kelak


memuhasabah kembali diri
apakah hari esok kita mampu ikhlas dan setabah ini T_T ?


Hijau bulan Juni
Aku terkesima duhai Rabbi.

Jenayah


credit picture:syabab musafir kasih


Sebut tentang jenayah,mesti terlintas di benak minda kita jenayah ialah melakukan kesalahan atau kejahatan yang salah disisi undang-undang atau pun disisi syariat seperti merompak,mencuri,membunuh,merogol dan lain-lain lagi yang memudharatkan.


Pastinya kita merasa selesa mungkin kerana kita tidaklah sejahat atau kurang waras untuk melakukan perkara-perkara tersebut...Alhamdulillah,fuhh lega..


TAPI..........


Tahukan anda apakah jenayah yang paling besar???


-----------------------------------------
Sebenarnya jenayah yang paling besar adalah
KITA MENSIA-SIAKAN WAKTU YANG ADA......


------------------------------------------
Masyaallah,terpana seketika saya saat mendengar ungkapan ini.
Diluah kan oleh Dr.Mohammad Zulkifli al-Bakri didalam kuliahnya semalam.


Tanpa kita sedari sebenarnya hari-hari yang kita lalui kita tak terlepas melalui jenayah yang cukup besar ni,
Bahkan kita siap cakap lagi...maaf,x sempat lagi nak buat itu dan ini...sering mencari alasan dalam melaksanakan tugas.


Apakah kita betul-betul sibuk atau buat-buat sibuk?
Masyaallah,terlalu banyak nikmat Allah yang kita dustakan.
Padahal kalaulah dihitung kembali masa 24 jam sehari ia sudah cukup untuk kita,
mungkin faktor keberkatan itulah yang membuatkan masa kita dimanfaatkan atau disia-siakan.


Mari kita sama-sama renungkan hadis Rasulullah s.a.w :
“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)...




"Waktuku,maafkan daku kerana telah mensia-siakan dirimu......"

Sunday, June 3, 2012

Flower of heaven







Said Saidina Ali to his wife,Saidatina Fatimah:

"She was a flower from heaven who came and went, 
but the scent shall forever remain in my mind."


Subhanallah,owh..so sweet :)

Saturday, June 2, 2012

Basahkan...................


Lidah terasa kekeringan
maka,mari basahkan dengan
zikrullah.
Rumah yang rapuh ibarat rumah lelabah
Hati yang rapuh 
adalah hati yang lalai mengingati Allah...

MasyaaAllah...

Ya Allah...
Penuhi hati-hati kami
dengan mengagungkan
asma'-asma' mu...


بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
سبحان الله
الحمدُ لله
لا إله إلا الله
اللهُ أكبر
اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
ﷲ INSYA ALLAH ﷲ
I ♥ ALLAH
Prophet Muhammad صلى الله عليه وسلم
Umpama Tin kosong..........




                                                                 image:google



Dihari hitungan mizan,
Amalan kebajikan dan keikhlasan menjadi penentuan,
Saat amalan diperlihatkan,
Amatlah menakutkan,
Jika amalan itu dicampakkan semula ke muka insan,
Kemudian Rabb menyatakan,
“Maaf,amalmu ini tiada nilai langsung disisiku,umpama tin kosong.’’
Mereka bertanya…
“Mengapa,tuhanku?sedangkan didunia dulu aku telah bertungkus-lumus beramal..”
Rabb berkata lagi…
“kerana tiada IKHLAS dalam amalanmu”……..


 :.niawirdah



*nauzubillahi min dzalik..ikhlaslah duhai hati 

Friday, January 6, 2012

La Tahzan ^^




Mengapa kamu bersedih?

Bukankah kamu telah redha Allah sebagai Rabbmu,
Islam sebagai agamamu dan,
Nabi Muhammad sebagai rasulmu?
------------------------------------------------------------


لا تخف ولا تحزن إن الله معنا

Jangan Takut & Jangan berdukacita,

Sesungguhnya Allah bersama kita

Ok,dan....SENYUMLAH :)

Wednesday, January 4, 2012

Rabbuna Yusahhil :)


Insyallah 1st & 2nd paper sok,5 Jan 2012....

9.00 a.m-12.00 p.m :Food Preservation
2.15 p.m - 5.15 p.m :Islamic Jurisprudence (Usul Fiqh)
------------------------------------------------------------------------
"Ya ALLAH,tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah,dan engkaulah yang menjadikan kesusahan itu menjadi mudah jika engkau mengkehendakinya"... (HR iBNU Hibban)


"When you haven taken a decision put ur trust In ALLAH"...~Surah Ali Imran:159

Moga Allah permudahkan urusan,dan disempurnakan ia dengan kebaikan...Rabbuna Yusahhil..

Ameen Ya Rabb~Bittaufiq wannajah...
Doakan kejayaan bersama :D


:.Hamba Allah yang kerdil.