Friday, January 6, 2012

La Tahzan ^^




Mengapa kamu bersedih?

Bukankah kamu telah redha Allah sebagai Rabbmu,
Islam sebagai agamamu dan,
Nabi Muhammad sebagai rasulmu?
------------------------------------------------------------


لا تخف ولا تحزن إن الله معنا

Jangan Takut & Jangan berdukacita,

Sesungguhnya Allah bersama kita

Ok,dan....SENYUMLAH :)

Wednesday, January 4, 2012

Rabbuna Yusahhil :)


Insyallah 1st & 2nd paper sok,5 Jan 2012....

9.00 a.m-12.00 p.m :Food Preservation
2.15 p.m - 5.15 p.m :Islamic Jurisprudence (Usul Fiqh)
------------------------------------------------------------------------
"Ya ALLAH,tiada kemudahan melainkan apa yang engkau jadikan mudah,dan engkaulah yang menjadikan kesusahan itu menjadi mudah jika engkau mengkehendakinya"... (HR iBNU Hibban)


"When you haven taken a decision put ur trust In ALLAH"...~Surah Ali Imran:159

Moga Allah permudahkan urusan,dan disempurnakan ia dengan kebaikan...Rabbuna Yusahhil..

Ameen Ya Rabb~Bittaufiq wannajah...
Doakan kejayaan bersama :D


:.Hamba Allah yang kerdil.

Monday, January 2, 2012

Taawun



======================================================


Ilmu itu tumpang menumpang,murid menumpang ilmu guru,guru juga turut menumpang kebijaksanaan muridnya.Itulah dia 'taawun' iaitu saling mengambil manfaat antara satu sama lain"



~Ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Teratai,

17 Mei 2010.


======================================================


Tiap katanya adalah mutiara indah,merugilah bagi yang buat tak endah.

Sunday, January 1, 2012

Tahsin as-solah


Andai ada urusanmu belum selesai,
ngak beres,
periksa semula solatmu,
adakah sudah khusyu'?
adakah di awal waktu?
kalau belum,perbaiki yuk
Hadirkan hatimu ketika solat,

Allah matlamatmu,
ketepikan sementara urusan duniamu,
Dan dengan itu,
moga sempurna urusan mu,
InsyaAllah.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------





" If a person is disciplined in their prayer(solah),




they will be disciplined in everything else in their life."




---------------------------------------------------------------------------------




Perlu muhasabah solat,perbaiki

masih banyak urusan belum selesai dan selalu tanguh-tangguh.

Moga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.
Moga ALLAH menerima amalan,memberkatinya..Ameen~




Saturday, December 31, 2011

10 Pesanan Imam Shafie





10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI



Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut:


Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:



Hak kpd diri:


mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.




Hak kpd malaikat maut:


mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH



Hak kpd kubur:


membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.



Hak kpd Munkar dan Nakir :


tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.



Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat):
menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.



Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat):


mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.


Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka):


menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.




Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga):


merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.



Hak kpd Nabi Muhammad SAW:


berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.



Hak kpd ALLAH s.w.t:


mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan






:.Muhasabah:Masih banyak hak yang belum ditunaikan (-_-),

dan kalau boleh mau pulang dalam keadaan hati yang tenang (Qalbu Saleem)


:.Sesiapa yang takut kepada Allah di Dunia,maka kelak di hari Kiamat

Allah akan memberikan keamanan padanya..InsyaAllah.

Wednesday, December 28, 2011

Put your trust in Allah

Kata-kata untuk hari ini........

Kalam Allah dalam AL-Quran,

"When you haven taken a decision put ur trust In ALLAH"
~Surah Ali Imran:159

Setelah anda membulatkan tekad(membuat keputusan),maka bertawakkallah pada Allah.
Letakkan sepenuh keyakinan dan pergantungan anda pada Allah,mudahan-mudahan Allah mempermudahkan urusan dan disempurnakan ia dengan kebaikan.

Juga mentera sakti dari novel Negeri 5 Menara dan Ranah 3 Warna (karya A.Fuadi),


من جد و جد
من صبر ظفر

man jadda wa jadda,man shobaro zhafira...siapa bersungguh-sungguh(berusaha) dia akan berjaya,siapa yang sabar dialah orang yang beruntung(berjaya)....



Perlu biasakan menulis ayat al-Quran dan hadis serta kalimah lain dalam bahasa Inggeris sebabnya paper Usul Fiqh pun wajib dijawab dalam Bahasa Inggeris...Bagusnya food tech,Syariah in English :),Food Technologist Mukmin to be..Insyallah..Final exam Food Preservation dan Islamic Jurisprudence(Usul Fiqh) adalah pada hari yang sama 5 Jan 2012...Mohon doa agar dipermudahkan urusan.Memang kena struggle lebih :)

Sunday, December 25, 2011

Dear Husband

Dear Husband,


I will cook....
I will clean.....
I will shop......
I will be the best wife, ever, InsyaAllah.
I will dress up for you.....
I will maintain my appearance for you....
I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah..
I will have children with you & I will raise them to be the best they can be....
I will be the best mother, InsyaAllah..
All this - as long as you promise me one thing

♥ Help me, accompany me in getting to Jannah! ♥(^_^)

*copy paste from fb...nur Hafizah.

==========================================================



(Riwayat Abu Daud no.2130,Ahmad no.381,Ahmad no.381,Ibn Majah no.1905,al-Hakim no.183,disahihkan oleh Al-Albani dalam Adab al-Zifaf,halaman 175)



====================================================================

Doa ini saya titipkan buat sahabat yang saya cintai Khairatul Farah(Farah) dan zaujnya,Mohd Shafiq yang telah mendirikan baitul muslim pada 10.12.2011 dan semalam saya dan rakan-rakan (9 orang)berkesempatan ke majlis kesyukuran di pihak lelaki di sek.24 Shah Alam(setelah kecewa tak dapat pegi walimah di Pasir Mas)..Farah adalah rakan saya semasa di Naim,pernah satu dorm,sekelas masa Tingkatan 3,4 dan 5,kawan saya yang paling happy go lucky (gila2..hehe)memang sesuai sangat dengan namanya 'sebaik-baik kegembiraan',sangat periang,tak lokek ilmu(suka ajar kimia dan fizik pd kawan2 dia),suka buat kelakar mse prep,pernah makan same2 masa kt dewan makan D'mas(tak ingat nama ape,rasanya btol dh kot),Prs mase kt skolah,seorang yang kreatif (pandai melukis)dan rajin..(cukup la kot nanti kembang plak klu dia baca..hehe)...Saya doakan moga baitul muslim yang dibina dalam sakinah,mawaddah dan dalam rahmat ilahi dan semoga dikurniakan anak-anak yang soleh solehah yang akan menjadi generasi pejuang yang menegakkan kalimah Allah,dan selamat menempuh alam baru.Kepada Farah,Semoga menjadi isteri solehah buat suami tercinta dan tabah walaupun berjauhan dengan famili(Insyaallah akan ke Egypt temankan Shafiq sambung study...jangan sedih tau Farah..Shafiq kan ade,nanti dia bawak g jalan2 kt sana,lagipun naimians lain ramai kan kat sana :).Dan selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 23 semalam(25.12.2011).



Moga cinta sampai syurga



p/s:Mizan cakap bestnya tengok orang kawen..rasa macam nak kawen jugak,saya cakap 'xpe Mizan kan dah sem last ni, taun depan boleh la kawen..hehe'...Azah cakap 'tolong carikan ustaz sorang untuk dia...hehe'..mizan plak cakap 'klu gitu baik dia carikan untuk dia dulu'..saya dan seha tahan gelak :D





Juga x lupa buat kak Che lah dan akhi Azhari(Jae),Kak Dayah Roslan dan Akhi Rizal & Hani Ajrina (juga naimians '05) dan bakal zauj yang akan mendirikan baitul muslim Januari depan,Moga dipermudahkan urusan dan barakallulakuma..





*Keterangan doa di atas:Sebaik-baik ucapan adalah apa yang di anjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.Justeru,adalah sangat baik kita beramal dengan ucapkan doa ini kepada pasangan pengantin sewaktu menghadiri walimah itu.Ucapan-ucapan lain yang berupa doa juga boleh di amalkan.Semoga pengantin yang di rai mendapat keberkatan yang berpanjangan.InsyaAllah..Ameen Ya Rabb.





credit picture to cik Meni(Tengku Amni),nice pic :)


Bisikkan doa ni kt Farah,dan dia tolong sambungkan.


Sama-sama doa.Waa~terharu.

Teman Hasanah

Minggu lepas balik dari kelas,terkejut ada sesuatu atas meja study...
Isk..ape yang cantik sangat ni?Ada nota kecil dikepilkan skali..



"Slm kak,Just want to wish you Happy Belated Birthday..Mtk maaf bagi hadiah lambat..Nak bagi awal,but I'm too busy..SORRY..



Jiran sebelah katil,Nadia..."




Wah..rasa nak gugur airmata tapi saya tahan..terharu,rasa dihargai...Lantas saya buka perlahan-lahan pembalutnya..agak-agak apa ye?..Buku?..emm Frame gambar?..coklat..?





Bukan...ia adalah al-Quran(dan terjemahan),cantik,berwarna merah bata berzip melingkar ditepi.Sungguh,merasakan sangat terharu dan gembira kerana menghadiahkan 'teman hasanah' buat akak...Sebenarnya baru kehilangan teman kecil itu beberapa bulan yang lepas semasa balik ke Shah Alam, tak taw mana silap tercicir bersama beg sandang dan keperluan2 penting yang lain,sedih jugak tapi mungkin ada hikmahnya...Wallahua'llam...


Thanks Nad,walaupun awak tak baca entry ni akak tetap nk ucapkan Syukran jazilan,Jazakillahu khairan jaza'...Ia bukan sahaja 'teman hasanah' tapi penawar,amanah,dan tazkir buat akak.Moga kita sama-sama beroleh syafaatnya di akhirat kelak..



Bukanlah hadiah yang diharapkan,cukuplah tali ukhuwwah yang kita bina selama ni..Andai awak sahabat akak didunia ini,akak harap awak jugaklah teman akak di syurga nanti..Insyaallah 3x.ameen...





"Ya Allah,jadikanlah tiap-tiap huruf yang kami baca ini sebagai ibadah dan dengannya perkenankanlah kami ke JannahMu"...


ameen Ya Rabb~

Dan Kami turunkan dari al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.،.."

(QS. Al Israa':82)


Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (yaitu al-Qur'an) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.،¨


(QS. Al Furqaan:1)


============================================



Semoga Allah Subhannahu wa Ta'ala menjadikan kita semua sebagai ahli al-Quran

yang senantiasa membaca, memahami dan mengamalkan isinya.

InsyaALLAH..Amin ya Rabbal a'lamin.

Saturday, December 24, 2011

Perjalanan menuju Tuhan




Tuhan…………………………….
Aku ini masih dalam bayangan
Masih dalam pencarian
Satu perjalanan menuju Tuhan
Mencari apa itu iman
Mencari makna sebenar taqwa yang mapan
Kembaraku dalam kegelapan
Memerlukan bimbingan
Mahu mengenal apa itu hidup bertuhan
Agar bisa bertahan
Untuk meniti fatamorgana kehidupan
Mencari indahnya Islam
Mengharapkan pedoman
Dari tuhan semesta alam
Pimpinlah hambamu ini Tuhan


:.niawirdah~





"Tomorrow's big success starts from today's small actions."
~Darmadi Darmawangsa.




Mengharapkan kejayaan yang hakiki,di negeri akhirat yang kekal abadi,

DAY after TOMORROW.

Tuesday, December 20, 2011

Sahabat didunia,teman di akhirat~

Sports Day PMH,20.10.2011~



Temuilah sahabat yang tepat,yang akan menjadi pendokongmu,seorang kawan perjalanan yang baik di lorong kebenaran.Iman adalah sebiji benih.Ia tumbuh menjadi sebatang pohon dengan pengairan dan penyinaran yang bagus dari seorang sahabat yang beriman.

Ibnu Arabi~


credit picture:Ustazah cyber Photography ^^~

Ramai sahabat akan grad sem ni,sedih T_T

`

Jalan Pulang



Apa saja yang dilakukan dalam kehidupan ini,hakikatnya adalah mjejaki jalan selamat untuk kembali pada Allah.Sepanjang berjalan,ujian tidak kunjung padam,muncul dari berbagai penjuru bentuk dan kesannya.Segalanya tertuju kepada hati insan.Adakalanya kita rebah,adakala mampu bertahan malah menumpaskannya,berulang-ulang silih berganti.Dikala itu barulah kita sedar bahawa jatuh bgn kita dalam mencari JALAN PULANG kepada Allah adalah suatu perjuangan yang serius,sulit&menyukarkan.Namun bersabarlah dalam menempuh badai ujian,Harapan yg tinggal hanya pada Allah.Jangan sama sekali MENGECILKN PERTOLONGAN ALLAH,kelak malapetaka pasti menimpa..


~Ibnu 'Arabi~

Monday, December 19, 2011

Jalan cinta




Di sana, ada cita dan tujuan

yang membuatmu menatap jauh ke depan

di kala malam begitu pekat

dan mata sebaiknya dipejam saja

cintamu masih lincah

melesat jauh melampaui ruang dan masa

kelananya menjejakkan mimpi-mimpi

lalu di sepertiga malam terakhir

engkau terjaga, sadar, dan memilih menyalakan lampu

melanjutkan mimpi indah yang belum selesai

dengan cita yang besar, tinggi, dan bening

dengan gairah untuk menerjemahkan cinta sebagai kerja

dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali

dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati

teruslah melanglang di jalan cinta para pejuang

menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban,menyeru pada iman

walau duri merantaskan kaki,walau kerikil mencacah telapak

sampai engkau lelah, sampai engkau payah

sampai keringat dan darah tumpah

tetapi yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum

di jalan cinta para pejuang


--------- Jalan Cinta Para Pejuang,Salim A.Fillah.

Saturday, December 17, 2011

Jalan Taqwa


"Yang mampu memagari manusia dari melakukan perbuatan khianat hanyalah taqwa kepada Allah SWT.Justeru HIJRAHlah kita ke jalan taqwa.Semoga Islam terus berdaulat di Kelantan.

Selamat Menyambut Tahun 1433H"

daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,Menteri Besar Kelantan..

Dua

Firman ALLAH...
"Berdoalah pada Ku,nescaya akan ku perkenankan permintaanmu"..

Dua perkataan hari ni...
1.Doa
2.Kekuatan

Alhamdulillah...syukur pada Allah,kerana telah memakbulkan doa saya semalam.Yakinlah dengan doa,doa adalah kekuatan dan beriringan dengannya adalah dengan meletakkan keyakinan pada Allah...




"Aku tidak memiliki obsesi agar doa itu terkabul. Obsesiku hanyalah keinginan untuk mengucapkan doa. Kerana apabila aku terinspirasi untuk berdoa, pengabulan itu pasti datang beriringan, tatkala doa itu diucapkan."
~ Saidina Umar Al-Khattab.



Terima Kasih Allah,tak terucap dengan kata-kata.

Teruskan berdoa,dan jangan lupa..USAHA :)

Friday, December 16, 2011

Digibook





Inilah rupa Digibook bila dibuka :)






Antaranya:



























Nanti kalau nak boleh bagitau.Ilmu kalau dikongsi bertambah keberkatannya.Moga bermanfaat untuk semua.





Digibook terbaru yang baru jumpa(sebahagian,ada banyak lagi).. Moga Allah beri kesabaran untuk membacanya..Exam around the corner...Tak sabar nak tunggu cuti sem :)





Mood:Tak sabar nak baca dan nak kongsi ilmu.

Buat masa sekarang,buku sekolah lagi penting.Sabarlah..huhu

Boleh search di 4shared,digibook :)

Jazakallah kepada orang yang uploadkan.


Reviewnya kemudian ya..

Allah Yubarrik Fih.