Saturday, April 25, 2009

HATI2 DENGAN MESEJ YANG DIHANTAR..




Tiiitt…Tiiitt..1 message receive..
Kata2 dr seorang sahabat rupanya…

“APA YANG DIMAKSUDKAN…DALAM AQAL ITU HATI,DALAM HATI ITU RUH,DALAM RUH ITU SIR,DALAM SIR ITU AKU….FIKIRKAN!!!”

Eh,mesej ape ni peliknya…saya cuba bayang ape yg diperkatakn..Erm..xtaw la nak cakap pe…Saya pun apalagi dengan slumbernya 4wrd msj2 kt fasi saya mase skol dlu (skrang ni dye amk Ma+ Phd. In iSLamic Studies kt UM)…Mnta pandangan dye..

sEBentar kemudian dye reply..
”Ni amk kt mane?tu kata2 shatahat,kata2 tanpa sedar golongan sufi,orang awam x spatutnye bahaskan,nti boleh sampai sesat & salah faham…”

Saya sedikit tsentak…

“Maaf,msj ni dr kawan…”

“Oh,x pelah…nti dapat fahamla,x smpi waktunya lg,nk terangkn pn susah…xpela dlu…”

”Ok,klu de mse nti teranglah,saya pn nk taw jgk…

Erm..klu nk naik tingkat 3 kne naik tingkat 1 dlu kn…”

Hehe…cukup bkias kata2nye..maksudnye kte kne tgk levelnya takat2 mne..Saya blum smpi tahap 2 lg..Kadang2 kte faham x sama ngn orang ln faham…btol x???saya nk sgt taw wpun taw level sy takat mne…Mungkin 1 hari nti saya akan taw jg…InsyaAllah..

Kepada sahabat sy td2,syukran jazilan cbb sent msj2,sy x slhkan dye,sekurang2nye sy tahu ttg2…Saya dh respon jwpn2 kt dye,hrp2 dye trima(xtaw dye trima @x,cbb no respon)..Bley nk 4wrd pd org ln tp mestilah dgn huraian@pbahasannye skali…Nti klu sy taw jwpnnye 1 ari nti,nti sy gbtaw blk,skg ni sy x smpi thp 2 lg..

Kesimpulannye…(nasihat tk diri sy jg)..kalu bley bhati2 lah dengan msj yg kte nk send@4wrd pd orang ln..tambah2 klu benda2 mlibatkn aqidah kte…tkut tsesat,salah faham@tpesong(nauzubillah..)Banyak lagi kte kne belajar..bkn utk kepentingan dunia shj tp akhirat jg..

Wallahua’lam..
~22 APRIL 2009,11.40 p.m~

Wednesday, April 22, 2009

selamat berjuang sahabatku(^-^)....







"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada ALLAH.Sesungguhnya ALLAH menyukai orang-orang yang bertawakkal kepadanya."
~surah Ali-Imran:159~

Tuesday, April 21, 2009

SAHABAT

Pertemuan telah ditakdirkan,

Antara kita tidak pernah dirancangkan,

Manalah takdir hendak dilawan,

Semuanya ketentuan Tuhan.



Wahai sahabat sematkan semua kenangan,

Yang telah bersama-sama kita lalui,

Suka dan duka memburu impian,

Moga teguhnya ikatan ini.



Sahabat yang amat kukasihi,

Susah senang kau disampingku,

Kehadiran dikau di sisi,

Mengubat sepi dihatiku.



Wahai sahabat sematkan semua kenangan,

Yang telah bersama-sama kita lalui,

Suka dan duka memburu impian,

Moga teguhnya ikatan ini.



Sahabat yang amat kucintai,

Susah senang kau disampingku,

Walau kini hilang di mata,

Namun kau tetap di hatiku.



Ooo..sahabat bertuahnya kurasa,

Mendapat teman sepertimu,

Membimbing menasihatiku,

Hanya satu dalam beribu.



Namun kini hanyalah tinggal kenangan,

Pertemuan kita dilamar perpisahan,

Kemesraan bermekar di akhir perkenalan,

Sayu menitiskan air mataku.



Wasalam

Friday, April 17, 2009

BAGAIMANA MENYEIMBANGKAN DAKWAH DAN STUDY ??

Setiap mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah, maka dia merupakan seorang da’i ataupun pendakwah. Tiada pengecualian. Berdakwah bukanlah tanggungjawab golongan pelajar sekolah agama, ustaz, ulama’ serta mufti sahaja. Semua muslim sebenarnya dibebankan dengan tanggungjawab untuk berdakwah, mengajak umat manusia kepada Islam. Hanya dengan jalan ini sahajalah Umat Islam akan meraih kembali kemuliaan dan keagungan yang pernah digenggam suatu ketika dahulu.Bersesuaian dengan firman Allah S.W.T:


"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." [‘Ali ‘Imran, 3 : 110]


Sebagai pelajar, kita juga tidak terlepas daripada tanggungjawab untuk berdakwah. Bahkan, medan yang terbaik untuk berdakwah adalah dalam kalangan remaja yang rata-ratanya adalah pelajar. Para pelajar atau mahasiswa merupakan golongan yang mempunyai kelebihan dari segi masa, tenaga kerja dan sasaran dakwah yang paling efektif. Penyebaran dakwah yang dilakukan oleh golongan mahasiswa ini biasanya sangat cepat berkembang kerana mereka rata-ratanya adalah remaja yang sifatnya sangat bersemangat.

Namun kini timbul pula masalah. Ada mereka yang bersungguh-sungguh dalam berdakwah. Setiap malam sibuk berdakwah. Hujung minggu tidak pernah lekat di kampus, ada sahaja program dakwah yang disertainya. Namun begitu, keputusan akademiknya tidak begitu memuaskan, malah ada yang tidak mencapai pointer minimal. Lalu mereka ini dijadikan buah mulut oleh ramai orang. Yang paling menyedihkan, masyarakat kampus mula memandang serong terhadap golongan-golongan da’i ini. Ada yang mengatakan, “Itulah, nak berdakwah, tapi study tak jaga. Buat malu orang Islam saja,” ada juga yang mengatakan, “Itulah kau, apasal soleh sangat?” Dan bermacam-macam kata-kata yang memanaskan telinga yang boleh didengari.

Mengapa ini semua terjadi? Adakah benar apabila kita bergiat dalam dakwah, kita telah memandang enteng masalah study dan kuliah? Sudah pasti tidak. Malah kita amat yakin bahawa Allah memerintahkan kita agar menyeimbangkan ukhrawi dan duniawi, sebagaimana firman-Nya:

"Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan." [Al-Qasas, 28 : 77]
Maka apakah masalah kita para da’i ini sebenarnya? Bagaimanakah kita boleh berdakwah dengan mantap dan pada masa yang sama juga dapat berjaya dengan cemerlang dalam akademik? Inilah yang akan kita bincangkan dalam artikel ini, Insya-Allah.



Dakwah Mantap Akademik Perkasa

Slogan di atas kelihatan begitu ideal. Tetapi ia tidak mustahil. Para salafusoleh dan ilmuan-ilmuan Islam dahulu juga telah membuktikan yang mereka berjaya dalam semua aspek. Mereka pakar perubatan, sains falsafah. Tetapi pada masa yang sama tetap berdakwah dengan cemerlang sehinggga Islam tersebar ke seluruh dunia. Dan jika diperhatikan di sekeliling kita, ada juga mereka yang berdakwah namun akademik mereka tetap mantap. Semuanya adalah bergantung kepada individu. Bagaimana setiap individu itu menguruskan kehidupannya sebagai seorang da’i dan juga penuntut ilmu. Berikut adalah beberapa aspek yang perlu dijaga.

Pengurusan Masa

“Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotongnya maka ia akan memotongmu.” Kata-kata Rasulullah SAW ini amat penting untuk dijadikan panduan. Sebagai pelajar dan pada masa yang sama seorang da’i, kita harus bijak dalam menguruskan masa yang ada. Masa kita tidak seperti kawan-kawan kita yang lain, yang masanya sangat-sangat banyak sehingga boleh dibazirkan. Antara virus-virus pengurusan masa adalah:

Menangguh Kerja

Sebagai da’i, kita akan sentiasa mempunyai program-program dakwah yang perlu diuruskan seperti seminar-seminar, ceramah-ceramah dan sebagainya. Dan biasanya masa hujung minggu bukan milik kita, tetapi milik dakwah kita. Kita terpaksa mengorbankannya untuk menyebarkan dakwah kepada umat. Oleh itu, setiap tugasan kuliah hendaklah diselesaikan secepat mungkin, tanpa perlu ditangguh-tangguh ke waktu yang lain, walaupun tarikh tamatnya masih lambat. Kadang-kadang kita boleh berbaring-baringan di atas katil, melayari laman-laman web yang tidak begitu penting dan berborak-borak mengenai perkara yang tidak perlu, sedangkan masih ada tugasan yang belum diselesaikan. Ini merupakan sifat malas yang sentiasa menghalang kita untuk berjaya. Biasanya kita akan berfikir,“Nanti aku buatlah,” atau “Nantilah dulu, tunggu ada bila ada mood baru aku buat.” Kebiasaan berfikir seperti ini tidak boleh ada pada diri seorang da’i. Biasakan diri apabila dapat sahaja apa-apa tugasan, catatkan dalam buku nota atau di mana-mana yang senang dilihat (dalam dompet, di tapak tangan dan sebagainya) agar kita tidak lupa. Kemudian selesaikannya satu demi satu. Jangan senang duduk selagi masih ada kerja bertangguh. Apabila kita tidak menyelesaikan perkara-perkara kecil ini dengan segera, malah menangguh-nangguh kerja, maka apabila sampai masanya kita diarahkan oleh dakwah untuk melakukan tugasan-tugasan dakwah, kita akan memberi alasan. Menangguh-nangguh kerja ini adalah sifat buruk yang datang daripada syaitan.


Menangguh-nangguh ini juga sering berlaku dalam sesi kuliah, di mana kita tidak memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah. Biasanya kebanyakan pelajar akan membiarkan sahaja dirinya tidak faham tanpa mengambil langkah segera untuk memahami pelajaran itu. Biasanya setiap topik akan berkait antara satu sama lain. Akibatnya, semakin banyak pelajaran yang tidak difahami. Dan pelajar biasanya akan berfikir untuk mengatasi masalah ini apabila ada masa lapang dan yang paling teruk, meletakkan semua beban belajar dalam ‘study week’. Ini juga adalah tabiat yang buruk dan sangat-sangat perlu dielakkan. Mulakan dengan dewan kuliah. Pastikan sebelum kita datang, kita sudah mempersiapkan minda kita untuk menerima semua yang disampaikan oleh pensyarah. Bawa buku nota khas bagi setiap subjek untuk mencatat apa yang disampaikan. Hadir ke kelas beberapa minit lebih awal untuk untuk mempersiapkan diri dan mengambil tempat duduk yang sesuai. Pastikan tumpuan kita adalah 100% terhadap kuliah yang disampaikan. Wajibkan diri kita untuk memahami setiap apa yang hendak disampaikan. Mengulangkaji pelajaran yang akan diajar sebelum kelas akan sangat-sangat membantu. Andai kata kita masih tidak dapat memahami apa yang hendak disampaikan, segera berjumpa dengan pensyarah dan bertanya.


Selesaikan segala keraguan itu secepat mungkin, sebaik-baiknya sebelum sesi kuliah yang seterusnya. Jika tidak sempat berjumpa pensyarah, pastikan kita memahaminya dengan bantuan rakan-rakan lain ataupun melalui bacaan-bacaan serta latihan. Memahami sahaja tidak mencukupi. Melalui kajian yang dilakukan berkenaan daya ingatan manusia, kita akan kehilangan 90% apa yang dipelajari dalam masa 24 jam tanpa pengulangan. Oleh itu Kita perlu mengulang subjek-subjek yang telah dipelajari itu secepat mungkin. Tidak perlu lama, mungkin 5-10 minit. Buka semula nota, baca sekali lalu sambil mengimbas kembali apa yang disampaikan oleh pensyarah. Lakukan pada hari itu juga. Jangan sesekali memberi alasan tidak ada masa, untuk makan sahaja kita selalu lebuh daripada 30 minit.

Tidak Merancang Jadual Mengulangkaji

Dalam apa jua keadaan kita tidak boleh lari daripada merancang. Merancang merupakan sesuatu yang amat penting bagi kehidupan seorang pelajar, lebih-lebih lagi bagi seorang da’i. Kepentingan merancang ini disebut oleh Allah dalam kitab-Nya:
"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."
[Al-Hasyr, 59 : 18]

Sesiapa yang tidak merancang, maka sesungguhnya dia merancang untuk gagal. Merancang bukanlah sesuatu yang susah sebenarnya. Ramai di antara kita yang menolak apabila dicadangkan membuat jadual mengulang kaji. Sebenarnya dengan adanya jadual, kita akan lebih teratur dalam membuat persediaan untuk ujian dan lebih mudah memahami pelajaran.
Mulakan dengan menyenaraikan semua subjek-subjek yang dipelajari dan sub-sub topiknya. Dengan adanya senarai ini, semua topik yang akan dipelajari akan lebih terarah. Mulai menguasai topik demi topik. Dengan ini tiada topik yang akan tertinggal. Kemudian, mula menetapkan hari untuk setiap topik itu untuk diulang. Dalam jadual itu pastikan ada masa untuk mengulangkaji sekurang-kurangnya sejam sehari. Tidak semestinya sejam itu berturut-turut. Boleh jadi 20 minit setiap sesi ataupun 30 minit. Jika berpeluang pastikan lebih masa diperuntukkan. 2-3 jam sehari adalah cukup baik. Jangan biarkan ada hari yang kita lalui tanpa mengulangkaji pelajaran. Rancang jadual dengan teliti, dan kemudian disiplinkan diri untuk mematuhinya.

Semangat Berusaha

Walaupun banyak perkara yang telah kita rancang, namun yang paling payah adalah untuk meneruskannya. Dalam erti kata lain untuk mengekalkan momentum belajar atau keistiqomahan dalam belajar. Sememangnya, keistiqomahan bukan perkara yang mudah. Rasulullah sahaja apabila diturunkan ayat untuk istiqomah ini, beruban rambutnya.
"Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah tobat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
[Hud, 11 : 112]

Tetapi untuk istiqomah bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengekalkan semangat untuk berusaha. Berikut beberapa cadangan.


Membayangkan Apa yang Akan Dicapai

Dalam sehari, dapatkan satu waktu khas untuk kita membayangkan masa depan kita dalam dakwah dan akademik. Biasanya sebelum subuh, selepas solat tahajjud. Bayangkan apa yang akan kita capai dalam dakwah. Bayangkan dengan keputusan akademik yang cemerlang itu, lebih ramai mad’u yang akan kita tarik ke dalam dakwah. Bayangkan dengan teliti, di mana sahaja kita pergi semua orang mengamalkan Islam dengan syumul. Semua muslimah bertudung labuh menutup aurat. Semua muslim amat menjaga akhlaq dan berperibadi mulia. Bayangkan semuanya dengan terperinci. Lakukan dalam masa 2-3 minit. Kemudian untuk 2-3 minit seterusnya bayangkan bagaimana kita akan mencapai kesemua itu. Bayangkan bagaimana kita akan melalui sepanjang hari tersebut. Bayangkan setiap kuliah yang akan kita hadiri, wajah-wajah yang akan kita temui, buku-buku yang akan kita baca dan perasaan kita ketika melakukannya. Gambarkan. Ketika sedang membayangkan, bernafaslah dengan dalam, sambil bertekad dengan kuat di dalam hati untuk merealisasikan kesemuanya. Insya-Allah, kita akan merasai semangat itu sepanjang hari. Semakin terperinci apa yang kita bayangkan semakin bagus kesannya.

Menggunakan Ayat-Ayat Motivasi

Banyak kata-kata yang boleh digunakan untuk memotivasikan diri. Ayat-ayat Al-Quran sahaja sudah cukup untuk membuat kita bersemangat. Pilih ayat-ayat yang memberi kesan yang dalam kepada diri kita, tulis di atas kertas atau printkan daripada komputer lalu tampalkan di tempat belajar dan lain-lain tempat yang strategic seperti almari, cermin muka dan sebagainya.
Antara kata-kata yang disarankan ialah:

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. [At-Taubah, 9 : 24]

Jika kita menghayati ayat ini nescaya dalam keadaan apapun kita akan tetap bersemangat melaksanakan jadual yang telah ditetapkan. Kita akan memahami, walaupun kita dalam keadaan letih, sakit, ataupun sibuk, kita akan tetap berusaha bersunguh-sungguh.
"Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan."
[Al-Baqarah, 2 : 233]

Mana mungkin kita akan malas apabila mengetahui setiap amal kita diperhatikan oleh Allah? Setiap usaha kita melawan kemalasan dan keinginan nafsu akan diberi ganjaran pahala berjihad di jalan Allah. Bersemangatlah!

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam salatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
[Al-Mu’minun, 23 : 1-3]

Orang beriman akan sangat-sangat berjaya. Tetapi hanya mereka yang benar-benar beriman dan beramal dengan sifat-sifat sebenar orang beriman, iaitu menjauhi perbuatan dan perkataan yang sia-sia (lagho). “Campus life is all about dakwah and study. There’s no time to be wasted!” Manfaatkan setiap detik yang ada untuk dakwah atau belajar. Tiada yang ketiga.

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
[Muhammad, 47 : 7]

Yakinlah dengan janji Allah ini. Da’i adalah mereka yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membela agama-Nya. Insya-Allah, jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh dengan disertai keyakinan, keikhlasan serta keimanan maka pertolongan Allah pasti datang.

Berusahalah Wahai Para Da'ie

Kesimpulannya, untuk menyeimbangkan dakwah dan study, kehendak dan disiplin yang tinggi untuk berjaya perlu diterapkan. Yang penting adalah berusaha. Allah yang menentukan. Yakinlah, Allah pasti akan menunjukkan jalan bagi mereka yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan-Nya.

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Al-Ankabut, 29 : 6}

Hari ini bkn semudah semalam utk bergelar manusia sempurna..byk yg perlu dikorbankan,byk juga yg terpaksa dilepaskan..sesekali langkah tersadung,rebah menyembah..sesekali melangkah gagah tersenyum megah dan semua itu memerlukan pengorbanan,menentukan kesabaran dan air mata..selagi prinsip hidup berada di atas landasan yg betul,usah di gusar pd anugerah Tuhan..anggaplah sesekali di duga itu sekadar utk mematangkan dan mengajar kita utk bangun menjadi manusia sesempurna insan.."

Monday, April 13, 2009

6 PERKARA YANG MEMBUATKAN ANDA BERMOTIVASI..

1)BERSYUKURLAH…

Walaupun di mana tahap anda berada sekarang,bersyukurlah pada ALLAH.Hingga kini kita masih lagi diberi nikmat Islam & Iman,sempurna anggota tubuh badan(bayangkan kalau kita kurang upaya camne ye?)masih lagi diberi kesihatan dan rezeki yang tidak terhingga oleh Allah.Biasakan lidah kita menyebut "ALHAMDULILLAH"..sEsunguhnya dalam hidup ini Allah tak sentiasa bagi apa yang kita mahu, sebenarnya DIA bagi apa yang kita perlu kerana DIA tahu itulah yang terbaik untuk kita didunia & diakhirat.

Firman Allah S.W.t:
‘Dan (ingatlah)ketika tuhanmu memaklumkan,”Sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya aku akan menambah (nikmat )kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari(nikmatku) maka,pasti azab-ku amat berat”..


(Surah Ibrahim:7)



Bersyukurlah rezeki kurniaan Allah,sesungguhnya kasih sayang ALLAH mendahului kemurkaannya..


2)TEKAD BERMOTIVASI


Penuhilah jiwa anda dengan kata-kata yang mampu membangkitkan semangat.Kadang-kadang Allah patahkan hati kita untuk membuatkan kita lebih bersemangat,Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi lebih kuat.Dia memberi kita kegagalah supaya kita menjadi seorang yang rendah diri,dan ketahuilah bahawa kadangkala Allah mengambil segalanya daripada kita supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat kurniaanNYA..so,tanamkan azam dalam diri kita untuk selalu berfikiran positif dalam hari-hari yang kita lalui..

Camne latih fikiran supaya sentiasa “think positive” ye?

Oh,tu senang je..Baca al-mathurat 2 kali sehari & renungi kata-katanya,InsyaALLAH minda kita akan berfikiran positif…Kalau x CAYE cubalah sendiri dan anda akan lihat hasilnya..


Al-mathurat ni hadiah dari kak Sham..Bacalah Al-mathurat& renungi kata-kata didalamnya,InsyaALLAH minda kita akan sentiasa berfikiran positif..



3)SET TARGET KEMAJUAN DIRI

Rancang masa depan anda untuk jangka masa 5@ 10 tahun akan datang.Kita hanya mampu merancang tapi ALLAH yang akan menentukan.Tapi tak mustahil yang impian kita akan mjadi kenyataan sekiranya ada usaha dan doa yang berterusan…btol x ?Lepas2 tampal target kita di meja study@ tempat blajar,m0ga2 ia menjadi pembakar semangat utk terus maju..Contohnya;


2006-2009 - Dip.In Science
2009-2011 - Bach.In Science(Biology)
2012-2013 - M.In Science
2013 - Lecturer
2014 - Kawin

4)MULAKAN BISMILLAH DALAM SEMUA PERBUATAN


Mulakanlah perbuatan kita dengan Bismillah.Moga2 ALLAH mempermudahkan dan memberkati urusan seharian kita.Ini kerana Bismillah itu sebenarnya mempunyai banyak kelebihan.Antaranya;

• Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

• BISMILLAH untukMu dan umahMu,suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam."(Hadith Qudsi)

• Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

• Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

• Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

• Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

• Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung
kepadanya.


5)LIHAT WARNA CERAH


Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.Saya sendiri dah test,ternyata ia sungguh berkesan.Selalunya bila saya rasa ‘serabut’ or ‘jiwa kacau'(bak kata kome) saya akan pandang board di depan meja study,renungkan kata2 kt handbill@ risalah yang ditampal,ternyata ia btol2 menyuntik semangat saya.

So Colourful...semangat itu perlu untuk teruskan perjuangan..

6)PENUHKAN HATI DENGAN KEMAAFAN


Kalau boleh sebelum tido maafkanlah kesalahan orang lain disamping muhasabah diri kita sendiri.Kalau ada yang simpan dalam hati2 lupakanlah.Kadangkala bila berurusan dengan orang ,kita akan rasa sakit hati tambahan pula bila berhadapan dengan pelbagai ragam&gelagat manusia.Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya. Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia akan menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. So,jadilah insan yang pemaaf & seorang yang berlapang dada.Sedangkan nabi maafkan umatnya apatah lagi kita yang hanya insan biasa.

Saturday, April 11, 2009

Selamat Pengantin Baru....



















Selamat pengantin baru wat iju & kak Baiti..m0ga baitul muslim yang dibina dalam mawaddah warahmah tuk melahirkan generasi Muslim yang musleh...iNSYAALLAH..

Saturday, March 28, 2009

kEAJAIBAN @ MISTERI???

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:


Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!




Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???


Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.



Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!


Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !


Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata,"Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?",lalu baginda menjawab,"Aku mahu berperang di Gaza !!!".MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!



Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel , datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.

5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.

6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

Diambil dari :Ustaz Halim www.inijalanku. wordpress. com

Friday, February 27, 2009

BERHATI-HATI MENJAGA HATI....

Hati orang Mukmin ialah hati yang sihat & ceria.Manakala hati yang orang fasiq(berdosa) ialah hati yang sakit dan resah. Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.


Rasulullah s.a.w bersabda:”Dosa itu sesuatu yang mendatangkan resah dalam hatimu”.Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati sakit.Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi syaitan.Apabila “raja”(hati) dalam kerajaan diri sakit,ia akan turun takhta,& naiklah “penjahat”(nafsu) sebagai penguasa baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.


Firman Allah s.w.t bermaksud:“Sesunnguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak ke arah kejahatan.”





1.Rasa BERSALAH dengan dosa


Pertama kali berbuat dosa,hati akan diburu rasa bersalah.Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh & mula-mula dilahirkan di muka bumi ini).Jadi apabila fitrah ini di kotori,manusia seolah-olah menentang hati kecilnya sendiri.

Atas dasar itu pakar psikologi mengakui bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa,manusia akan diserang oleh rasa “guilty conscience”-rasa bersalah.Kesalnya bukan main& sungguh merimaskan.Rasa bersalah itu memang menyeksakan,sebab apabila berdosa manusia seolah-olah berperang dengan dirinya sendiri.


2.Rasa BIASA dengan dosa


Namun rasa berdosa itu tidak lama.Jika dosa yang sama di buat kali kedua,ketiga dan seterusnya,rasa bersalah itu akan hilang,sedikit demi sedikit.Lalu akhirnya,hati itu telah terbiasa dengan dosa.Rasa bersalah tidak akan datang lagi.Ia disirna &dimamah oleh kebiasaan dosa yang berulang-ulang.Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan & penyesalan tapi ditahap ini,tiada air mata lagi.Alah bias tegal biasa.Hati telah tega & rela untuk berdosa & terus berdosa…………



3.Rasa SERONOK dengan dosa


Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan & keindahan.Dosa yang di lazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati.Pada tahap ini,diri manusia itu sentiasa mengintai peluang & ruang untuk mlakukan dosa.Rasa ketagih dengan maksiat,rasa gian dengan kemungkaran,menghantui hati.Racun dosa bertukar menjadi nikmat.Tiada lagi rasa bersalah.Bisa dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh di dalam hati.


4.Jadi PEMBELA kepada dosa


Nafsu tidak pernah puas.Kehendaknya tiada batas.Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur.Usahanya tidak pernah kendur.Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuh raya nafsu dengan kenderaan sifat-sifat mazmumah,hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk maju setapak lagi.Awas ,hati yang sakit lama-kelamaan akan menjadi buta.Hati yang berada di tahap ini sangat keras kerana sifat mazmumah membarah menjadi syirik,kafir & munafik.


Allah berfirman:

“Dan sesiapa didunia ini buta hatinya,maka diakhirat nanti juga akan buta & lebih sesat lagi jalannya.”





Sabda Rasulullah yang bermaksud:


“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging,jika sekiranya baik daging itu,maka baiklah seluruh diri manusia itu.Jika sekiranya buruk daging itu,maka buruklah seluruh diri manusia itu.Ketahui bahawa ia ialah hati.”

Friday, January 16, 2009

BILA DAHI TAK MENCECAH SEJADAH


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwuduklah kamu sebelum kamu diwudukkan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yg serba putih

Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun org yg hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan 4 kali takbir dan 1 salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sbg memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah 4 kali takbir itu dpt menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat jenazah yg tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yg telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum dirimu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan mamahan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tdk berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dgn panggilan 'Izrail yg menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna utk yg tinggal
Bukan yg pergi

Beristigfarlah kamu sebelum kamu diistigfarkan
Namun ketika itu istigfar tdk menyelamatkan

Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dgn langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yg terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yg tdk bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yg mempunyai erti

Ingatlah asal usulmu yg tdk bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak petok itik tak sudu
Tapi ALLAH mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan utk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat



Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solah'
Dgn penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jln kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yg kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jln
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna
Harta, takhta dan putera
isteri,kad kredit dan kereta
kondominium, saham dan niaga
KALAU DAHI TAK MENCECAH SEJADAH DI DUNIA......

renungan buat diri ana dan sahabat2 tercinta... =)

Sunday, November 9, 2008

mENyuSuri RanJAu PeRjuANGaN....

~EPISODE 1~

















MARI BERTAMU KE RUMAH HASSAN AL-BANNA

Sebagaimana AL-Banna rahimahullah berjaya menjalankan misi besar dakwahnya,beliau juga berjaya dalam membina keluarga yang istimewa.Keluarga beliau dibina atas dasar keimanan kepada Allah dengan menerapkan prinsip tarbiah yang benar.

Al-Banna menunjukkan contoh secara langsung yang unik dalam memainkan peranan seorang ayah terhadap pendidikan anak-anaknya.Beliau dikurniakan enam orang anak,terdiri daripada seorang lelaki dan lima orang anak perempuan.Anak-anak beliau adalah:



• WAFA:
~Anak perempuannya yang sulung,merupakan isteri kepada da’ie terkenal iaitu Sa’id Ramadhan rahimahullah.Ketika Al-Banna meninggal dunia dia berusia 17 tahun.

• AHMAD SAIFUL ISLAM:
~Seorang peguam sekaligus setiausaha Majlis Peguam Mesir dan bekas anggota parlimen Mesir .Dilahirkan pada 22 November 1934.Berjaya memperoleh gelaran sarjana di bidang HAM pada tahun 1956 dan Darul Ulum pada tahun 1957.Usianya baru 14 tahun 2 bulan 20 hari k ketika al-Banna meninggal dunia..

• DR TSANA:
~Pensyarah Urusan Pengaturan Rumah Tangga,mengajar di beberapa buah university di Arab Saudi dan berusia 11 Tahun ketika al-Banna meninggal dunia...


• IR.RAJA’:
~Ketika al-Banna meninggal dunia usianya sekitar 5 Tahun setengah...


• DR.HALAH:
~Pensyarah kedoktoran di Universiti AL-Azhar...


• DR.ISTISYHAD:
~Pensyarah ekonomi islam.Dia masih dalam kandungan ibunya ketika AL-Banna menghembuskan nafas yang terakhir .Jika di imbas semula mengikut analisis doctor,dia harus digugurkan dari kandungan lantaran penyakit yang di deritai serta bahaya kehamilan yang mengancam nyawa si ibu.Para pengamal perubatan pada 12 Febuari bertepatan dengan hari kematian Hassan Al-Banna tapi Maha Suci Allah Istisyhad lahir dengan sihat dan kerana peristiwa tersebut dia dinamakan Istisyhad yang bermaksud memburu mati syahid...

Thursday, October 30, 2008

sLAmAt meNGhAdApI imtihAn...........
















JOM KONGSI TIPS UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGATAN!!!
• Amalkan tido yang cukup
• Mengawal tekanan
• Berhati-hati dengan pengambilan Vitamin atau makanan tambahan
• Bersenam
• Awasi pengambilan ubat
• Belajar sesuatu yang baru
• Banyakkan membaca
• Focus
• Bermain dengan angka
• Membaca AL-qURAN



ALL THE BEST!!!!

Wednesday, October 29, 2008

kEkaSIhku SUbuH...

1.Airmata subuh berlinangan..pada pagi itu sepertimana pagi-pagiyang lain,aku menyambut seorang tetamu tetapku.”assalamualaikum”seru subuh..
”waalaikumussalam”Sahutku dan kami terus
berpelukan,tanda rindu serta sayangku..ku tanya khabar subuh,bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat..kata subuh dengan sayu”tadi,aku baru saja melintasi satu tempat,ku cari tempat persinggahan,ku ketuk rumah-rumah yang sunyi tapi tiada siapapun yang mahu menerima aku
sebagai tetamu”…dan airmata subuh pun berlinangan..

2.Subuh melirikkan senyuman..
“Subuh usah kau pedulikan mereka bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa ke
gembiraan?”subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringatkan sesuatu..”Oh ya,tadi aku lalu disuatu sungai .orang-orang sepertimu menyambutku dengan penuh kegembiraan,menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat dan menggiurkan.Hidangan yang paling kusukai adalah tahajjud,puas aku mencari bumi lain,tapi jarang kutemui,disitu aku meratah buah tahajjud dengan puas serta leka”
“maaf subuh,aku tidak menanam pohon al-lail,jadi aku tidak dapat menghidangkan
kau dengan buah yang kau sukai..tapi aku ada roti syisyam(puasa)”cadangku kepada subuh,subuh menolaknya dengan penuh hormat. “roti itu ada tuan punyanya” kata subuh “adakah mahu manisan zikir?”rayuku kepada subuh.. “baiklah,ambilkan aku sedikit serta bawakan aku segelas airmata tangisan,”pinta subuh.aku agak sugul,bagaimana harus aku bagitahu pada subuh yang airmata tangisan sudah hampir kemarau akibat maksiat yang
berpanjangan?namun,aku tetap menjenguk ke dalam perigi yang memuatkan airmata
tersebut.Aku terkejut,perigi itu hampir separuh penuhnya,dan aku terdetik didalam hati,
adakah ini tanda kemarau akan berakhir??..tanpa berlengah lagi,aku terus membawa air tersebut kepada subuh,tetamu yang ku sanjung dan berikan manisan yang dipintanya..selesai menjamah kesemuanya subuh melirikkan sebuah senyuman.

3.Subuh berjanji akan datang lagi
“subuh”seruku. Mahukah kau tinggal selamanya denganku?aku memerlukan teman dalam kesunyian,akan ku layan kau dengan sebaiknya,wahai subuh “subuh tersenyum menandakan permintaan ku tidak akan dipenuhi..”aku perlu menziarah ramai orang dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati meraka seperti mana aku mengulit mimpimu,”dan aku akur lagi dengan penjelasan subuh. “subuh” seruku lagi apabila melihat subuh bersiap untuk pergi. “sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?”
“insya Allah,” jawab subuh, “bukankah aku kekasih yang kau rindui?” subuh pun berangkat dengan lambat tetapi tetap “assalamualaikum..”seru subuh, “waalaikumussalam” jawabku kembali dan mataku terus meniti langkah subuh yang semakin laju dengan setiap langkah dan akhirnya subuh hilang dari pandangan…..

p/s:buat renungan sahabatku semua,hayatilah kisah ini dan ambillah ia sebagai ikhtibar dan renungan dalam memusahabahkan diri dalam meniti kesibukan harian,cuba timbulkan
persoalan di dalam diri kita,apakah agaknya keluh kesah dari zuhur,asar,maghrib,dan isya’?..jawapanya tersirat dalam diri kita masing2..

Monday, October 13, 2008

Ibu, Sekiranya Tuhan Itu Ada, Di Manakah Dia?

Ada orang pernah bertanya berkenaan perkara ini kepada seorang ulama terkenal iaitu Imam Malik. Orang itu bertanya kepada Imam Malik, "Bagaimanakah cara Allah bersemayam di atas Arasy?" Imam Malik menjawab, "Bersemayam itu sudah kita ketahui maknanya, tetapi cara Allah bersemayam tidak dapat kita pastikan. Kita wajib percaya dan yakin Allah bersemayam di atas arasy, tetapi bertanya bagaimana Allah bersemayam adalah perbuatan yang tidak ada dalam agama."



Jawapan Pertama : Allah tidak sama dengan sesiapa

Sebelum dijelaskan Allah di mana, ingatkan diri kita Allah tidak sama dengan semua ciptaannya yang ada di langit dan di bumi. Allah ada, tetapi ada Allah tidak seperti adanya kita dan makhluk-makhluk lain.

Apabila teman kita berada di dalam sebuah kelas, kita dapat melihatnya dan dapat berbual-bual pula dengannya. Apabila ada ramai teman kita di dalam kelas itu, ruang di dalamnya penuh. Malah mungkin melimpah keluar kerana kelas itu tidak mampu menampung jumlah teman-teman kita.

Manusia dan makhluk lain memerlukan ruang dan jisim. Apabila tidak ada jasad, kita tidak wujud di dunia. Ataupun, tidak mungkin kita katakan kita ada, tetapi tidak ada tempat. Malah, udara yang kita tidak dapat lihat itupun ada jisim dan ia juga memerlukan ruang. Ada ruang yang berudara, ada juga ruang yang tidak ada udara.

Allah ada, tetapi ada Allah tidak sama dengan makhluk ciptaannya yang memerlukan jasad, tempat, ruang dan masa. Allah menegaskan dalam surah al-Ikhlas ayat 4, tidak ada seorang pun yang setara dengannya. Allah tidak sama dengan apa pun. Allah maha suci daripada apa sahaja ke-kurangan.

Kita mendengar dengan telinga. Bunyi yang sampai kepada kita memerlukan medium. Walaupun telinga kita masih dapat berfungsi dengan elok, bunyi tidak sampai kepada kita apabila berada dalam keadaan vakum. Allah mencipta telinga dan bunyi supaya kita dapat mendengar.

Allah juga mendengar, sebagaimana yang Allah jelaskan di dalam al-Quran surah al-Baqarah, ayat 137, "Dan dia maha men-dengar dan maha mengetahui." Namun begitu, Allah mendengar bukan seperti kita dan makhluk lain mendengar. Allah tidak memerlukan alat dan medium seperti kita.

Semua maklumat yang kita terima di dunia sekarang ini adalah maklumat yang diproses oleh pancaindera kita. Benda yang kita kenali bergantung sepenuhnya kepada apa yang mata kita lihat, apa yang kulit kita sentuh, apa yang hidung kita hidu, apa yang lidah kita rasa dan apa yang telinga kita dengar.

Bagi orang yang matanya terang, dia nampak pokok di hadapannya dengan terang. Bagi orang rabun, dia nampak pokok di hadapannya berbalam-balam, bagaikan tidak berdaun. Kita boleh lihat bentuk otak kita dalam gambar-gambar, tetapi kita tidak dapat melihat cara otak kita berfikir. Kita tahu di mana letaknya hati dan jantung, tetapi kita tidak tahu di mana proses 'rasa sedih' itu berlaku dalam diri kita.

Allah tidak sama dengan kita. Kita tidak mampu fikirkan bagaimana Allah ada, bagaimana Allah melihat dan bagaimana Allah mendengar. Kita tidak mampu fikirkan di mana Allah. Allah bukan seperti benda lain yang dapat kita capai dengan pancaindera kita. Apabila Allah tidak beritahu di dalam al-Quran, kita tidak tahu di manakah Allah.

Saturday, September 27, 2008

saat pemergianmu......

Daripada Ibnu Mas’ud ra bahawasanya ia berkata: Ketika ajal Rasulullah SAW sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aisyah ra. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:“Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah.



Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah.” Allah berfirman: “Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat. Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa.” Kemudian kami bertanya: “Bilakah ajal baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadhrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila’ la.” Kami bertanya lagi: “Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah? Rasulullah menjawab: Salah seorang ahli bait. Kami bertanya: Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah.” Kami bertanya: “Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?” Kami menangis dan Rasulullah SAW pun turut menangis.


Kemudian baginda bersabda: “Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku, kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua.” Semenjak hari itulah Rasulullah SAW bertambah sakitnya, yang ditanggungnya selama 18 hari, setiap hari ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, di saat baginda menghembus nafas yang terakhir.


Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, ia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: “Assalamualaikum ya Rasulullah?” Kemudian ia berkata lagi “Assolah yarhamukallah.” Fatimah menjawab: “Rasulullah dalam keadaan sakit?” Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid, ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu ia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh ia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah SAW bersabda: “Saya sekarang dalam keadaan sakit, Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat.” Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: “Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?” Kemudian ia memasuki masjid dan berkata kepada Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar ra melihat ke tempat Rasulullah yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, ia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu ia menjerit dan akhirnya ia pengsan.
Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah SAW. Baginda bertanya: “Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu? Siti Fatimah menjawab: Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah SAW tidak ada bersama mereka.”


Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali bin Abi Thalib dan Abbas ra, sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat, setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda: “Ya ma’aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah, sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT, kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini.” Malaikat Maut Datang Bertamu Pada hari esoknya, iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya ia turun menemui Rasulullah SAW dengan berpakaian sebaik-baiknya.



Dan Allah menyuruh kepada Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah SAW dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka ia dibolehkan masuk, namun jika Rasulullah SAW tidak mengizinkannya, ia tidak boleh masuk, dan hendaklah ia kembali sahaja. Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Ia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah SAW, Malaikat Maut itupun berkata: “Assalamualaikum Wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!” Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: “Wahai Abdullah (Hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit.” Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: “Assalamualaikum. Bolehkah saya masuk?” Akhirnya Rasulullah SAW mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: “Siapakah yang ada di muka pintu itu? Fatimah menjawab: “Seorang lelaki memanggil baginda, saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian ia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma.” Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kamu siapakah dia?” Fatimah menjawab: “Tidak wahai baginda.” Lalu Rasulullah SAW menjelaskan: “Wahai Fatimah, ia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.”


Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Masuklah, Wahai Malaikat Maut." Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan ‘Assalamualaika ya Rasulullah.” Rasulullah SAW pun menjawab: Waalaikassalam Ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Malaikat Maut menjawab: “Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan, kalau tidak, saya akan pulang. Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril? “Saya tinggal ia di langit dunia?” Jawab Malaikat Maut. Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s datang kemudian duduk di samping Rasulullah SAW. Maka bersabdalah Rasulullah SAW: “Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat? Jibril menjawab: Ya, Wahai kekasih Allah.” Ketika Sakaratul Maut Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Beritahu kepadaku Wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya? Jibril pun menjawab; “Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu.” Baginda SAW bersabda: “Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku? Jibril menjawab lagi: Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu.” Baginda SAW bersabda lagi: “Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang di sediakan Allah untukku? Jibril menjawab: Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Segala puji dan syukur, aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku?” Jibril as bertanya: “Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan? Rasulullah SAW menjawab: “Tentang kegelisahanku, apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?” Jibril menjawab: “Saya membawa khabar gembira untuk baginda.
Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu.” Maka berkatalah Rasulullah SAW: “Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku?”



Lalu Malaikat Maut pun berada dekat Rasulullah SAW. Ali r.a bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya? Rasulullah menjawab: Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga. Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata: “Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut.” Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril as memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku? Jibril menjawab: Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?” Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah SAW.

Kesedihan Sahabat
Berkata Anas ra: “Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah ra aku dengar ia sedang menangis, sambil mengatakan: Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera. Wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum. Wahai orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana. Wahai orang yang jarang tidur di waktu malam kerana takut Neraka Sa’ir.” Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Mu’az bin Jabal ra telah berkata: “Rasulullah SAW telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang, kemudian orang itu berkata kepadaku: “Apakah anda masih lena tidur juga wahai Mu’az, padahal Rasulullah SAW telah berada di dalam tanah.” Mu’az terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu ia mengucapkan: “A’uzubillahi minasy syaitannir rajim?” Setelah itu ia lalu mengerjakan solat. Pada malam seterusnya, ia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Mu’az berkata: “Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan?” Kemudian ia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman. Pada esok harinya orang ramai berkumpul, lalu Mu’az berkata kepada mereka: “Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah SAW bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku. Setelah Mu’az menerima Mushaf, lalu dibukanya maka nampaklah firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula?” (Az-Zumar: 30).


Maka menjeritlah Mu’az, sehingga ia tak sedarkan diri. Setelah ia sedar kembali, ia membuka Mushaf lagi, dan ia nampak firman Allah yang berbunyi: “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?” (Ali-lmran: 144) Maka Mu’az pun menjerit lagi: “Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad?” Kemudian ia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika ia akan meninggalkan penduduk Yaman, ia berkata: “Seandainya apa yang kulihat ini benar. Maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala.” Kemudian ia berkata: “Aduhai sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad SAW.” Lalu iapun pergi meninggalkan mereka. Di saat ia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah, yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud: “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.” Lalu Mu’az mendekati sumber suara itu, setelah berjumpa, Mu’az bertanya kepada orang tersebut: “Bagaimana khabar Rasulullah SAW? Orang tersebut menjawab: "Wahai Mu’az, sesungguhnya Muhammad SAW telah meninggal dunia." Mendengar ucapan itu Mu’az terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya, ia memanggil Mu’az: Wahai Mu’az sedarlah dan bangunlah.” Ketika Mu’az sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar Assiddik, dengan cop dari Rasulullah SAW.
Tatkala Mu’az melihatnya, ia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya, kemudian ia menangis dengan tersedu-sedu. Setelah puas ia menangis iapun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Mu’az sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan: “Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah..” Mu’az menyambungnya: “Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah.” Kemudian ia menangis dan akhirnya ia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.


Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy ra lalu ia berkata kepada Bilal: “Wahai Bilal sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya, ia adalah Mu’az yang sedang pengsan. Ketika Bilal selesai azan, ia mendekati Mu’az, lalu ia berkata: “Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Mu’az, aku telah mendengar dari Rasulullah SAW, baginda bersabda: “Sampaikanlah salamku kepada Mu’az.” Maka Mu’az pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa ia telah menghembus nafas yang terakhir, kemudian ia berkata: “Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah ra.” Ketika sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Mu’az mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh?” Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, ia berkata: “Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah. Kemudian Mu’az menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan: “Assalamualaikum ya ahli bait.” Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian ia berkata: “Rasulullah SAW bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal, ia adalah kekasih Rasulullah SAW.” Kemudian Fatimah berkata lagi: “Masuklah wahai Mu’az.” Ketika Mu’az melihat Siti Fatimah dan Aisyah ra ia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Ketika ia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya: “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Mu’az dan khabarkan kepadanya bahawasanya ia kelak di hari kiamat sebagai imam ulama.”


Kemudian Mu’az bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah SAW.