Wednesday, November 13, 2013

Kekhuatiran akan pergi,bahagia subur kembali


“Kekhawatiran tak menjadikan bahayanya membesar
Hanya dirimu yang mengerdil
Tenanglah, semata karena Allah bersamamu
Maka tugasmu hanya berikhtiar
Dan di sana pahala surga menantimu” 

Friday, November 1, 2013

Bahagia itu milik kita



"Kebahagiaan itu adalah sikap.Kita boleh memilih sama ada mahu bersedih,
            gembira,ataupun tabah.Usahanya adalah sama sahaja ."



-Francesca Reigler.




#Find ur own happiness in right way.Innallaha ma'ana 

Thursday, October 31, 2013

Syafakallah Ayah :)




Hampir tiga minggu ayah dihospital
Dan sepanjang itu ma lah yang setia menjaganya
Ternyata ada hikmah di setiap musibah yang melanda
Allah ingin ma dan ayah sama-sama berehat
Berehat sekejap memikirkan hal-hal dunia
Rehatkan badan yang telah digunakan secara optimum
Dan anak- anakmu disini akan tetap mendoakan kedua-duanya
Agar kita sama-sama dikumpulkan kembali di JannahMu nanti


Dear Allah,
  grant them  with ur Jannah
                       -Ur caliph.



Ada apanya








Kata Al-Faqir,

"Beruntung orang yang mendahulukan Tuhannya,dan menemukan dunianya seperlunya cuma"



Friday, October 25, 2013

Kalau benar sibuk



''Sibukkanlah tanganmu dengan tugas-tugasmu di dunia ini
                                dan sibukkanlah hatimu dengan Tuhan ''


          -Syaikkh Muzaffer




Thursday, June 20, 2013

Diari seorang Mukminah:Bahagian satu

 J
Niawirdah,Jun 2013.
----------------------------------------------------------------
Kedengaran enjin bas menderum laju,lagi beberapa minit akan bertolak menuju ke destinasi.
Qaisara bersama dua beg, sarat dengan pakaian dan buku-buku kelihataan tercungap-cungap kearah pintu bas.

“Kak Qai,saya tau akak kecewa”…kata Amalia saat mengiringi kakak seniornya menaiki bas pulang ke kampung halaman.    
           
Qaisara menoleh,agak terkejut dengan kata-kata Amalia.Dahinya berkerut,seolah-olah tidak faham maksud kata-kata tersebut.Hakikatnya dia mengerti,sengaja buat-buat tidak faham.

“Aik,kenapa?Senyumannya ternyata hambar,Nampak dari raut wajahnya redup.”Oh ya akak pergi dulu ya.Terima kasih kerana temankan akak.Jumpa lagi buka semester baru nanti…Sayang Amalia kerana Allah” ucap Qaisara sambil tersenyum.Mereka berpelukan buat kali terakhir.”Babai  Amalia.Assalamualaikum..”
“Wa’alaikummussalam kak..love U”…sahut Amalia.Qaisara berlalu pergi.

“Sebenarnya Amalia,akak tak kecewa pun.Akak masih ada Allah,Rasul,family dan sahabat – sahabat yang sentiasa membahagiakan akak.Paling penting akak ada buku-buku akak yang bertimbun tu yang menceriakan hari-hari akak.Itu sudah cukup buat akak”…Hati Qaisara berkata-kata saat melangkah menaiki tangga kecil bas.

Matanya menatap tingkap kaca bas.Basah dan ada air mata bergenang .Pengunguman perkahwinanan antara Irham dan An Nur Huda dua minggu lalu ternyata cukup membekas hatinya.Jauh disudut hatinya dia amat mengagumi Irham,seorang pemuda yang soleh,warak dan tinggi ilmu,juga berbakat dalam penulisan ternyata amat menarik di pandangannya.

Amalia tahu,Qaisara mencintai dan mengagumi Irham dalam diam.Apalagi mereka juga berkongsi minat serta punya bakat yang sama.Biarpun tidak diungkapkan ternyata eksperesi wajah Qaisara seolah-olah menggambarkan,Cuma tidak diluahkan.Dipendam dalam-dalam.

“Ah,aku memamg tak layak untuknya.Ya  Allah,buangkanlah kekecewaan ini jauh-jauh dan moga-moga  aku redha dengan ketentuan ini.An Nur lebih berhak,bahkan dia lebih solehah dari aku,mungkin aku belum cukup baik dan tidak layak untuk Irham,bukankah perempuan yang baik untuk lelaki yang baik,bukankan kah didalam Al-quran telah tertulis begitu?”...Omel Qaisara dengan doa penuh pengharapan,ternyata dia juga seperti perempuan yang lain punya perasaan cemburu dan iri hati.Dia cuba membujuk hati.Mendambakan lelaki soleh adalah fitrah,hakikatnya begitu.

“Apabila kita merasa kecewa dengan  suatu takdir namun kita redha dengan ketentuan itu,percayalah bahawa Allah telah merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.Ketentuan Allah itulah yang terbaik untuk kita.”.

Qaisara memujuk hatinya,di sumbat earphone ke telinga dan memasang mp3 Al-Quran.Alunan yang mendamaikan  itu menemani malamnya .Sepi tanpa kata..Lenanya bersama satu doa dan pengharapan dari Tuhannya…Hasbunallah wa ni’mal wakeel,cukuplah Allah bagiku.


Bersambung…

Wanita solehah


Satu hari seorang pria ditanya
Apakan ciri muslimah ideal yang kamu impikan?
“Saya inginkan wanita solehah”
“Lagi? “Si ustaz bertanya
“Seorang yang pandai memasak”
Lalu si gadis tertunduk segan.Umpama ada satu batu menghempap.Mata menekur lantai,tidak berani diangkat.
Pandai masak?Mungkin tiada masalah..Bukankah ‘practise make perfect’…Tapi si solehah itu mampukan aku?Bisik si gadis jauh di sudut hati.

Dan malamnya,sebelum tidur si gadis itu bertanya kepada sahabat yang merebahkan badannya disisi
“Sahabatku,wanita solehah itu,harusnya bagaimana ya?”
Si sahabat tersenyum,senyumnya panjang.Dia tahu  ternyata ia suatu yang sukar diungkapkan
Dalam dan penuh makna.
Si gadis tersenyum kelat,ekor matanya melirik satu kitab ‘Peribadi muslimah menurut Al-Quran dan Al-Sunnah”.Dicapai, dibukanya perlahan-lahan dan membacanya tanpa tertahan.Air mata yang bergenang cuba di tahan.Berdoa dengan penuh harapan.
Si gadis menutup buku ditangannya dan didakapnya erat.Akhirnya di menemukan jawapan.
Matanya terlelap dan lenanya dalam ketenangan.
…………………………………………………………………………………………………

Aku….inginkan title si solehah itu
Solehah di pandangan Tuhannya
Anak solehah yang doanya sentiasa membahagiakan ibubapanya
Isteri solehah yang menenangkan suaminya soleh
Ibu solehah yang membentuk peribadi mukmin anak-anaknya

Oh Tuhan bisakah aku???

Saturday, April 27, 2013

Ikhlas


Mereka yang IKHLAS bukannya mereka yang memberi dengan
harapan untuk mendapatkan pujian daripada manusia
bukannya berlagak hebat di kacamata manusia
cukuplah menjadi hamba yang ada NILAI disisi Tuhannya

*Didik diri agar menjadi hambanya yang ikhlas,dalam suka maupun duka
  dalam senang maupun susah,dikala lapang atau sempit dan dikala ringan maupun berat.
  Ikhlaskanlah hati-hati kami Ya Allah :)

Friday, April 26, 2013

INGIN SEPERTI KHADIJAH



Membaca dan merenungi kisah-kisah sirah Rasulullah pastinya tidak lengkap andainya tidak disisipi bersama Kisah Siti Khadijah.
Sehinggakan Rasulullah sendiri menyanjungi Saiditina Khadijah ini lebih dari isteri-isterinya  yang lain.
Kisah lamaran Khadijah pada Rasulullah
Kisah Khadijah yang mendermakan harta-hartanya di jalan perjuangan
Kisah keberadaan Khadijah disisi Nabi disaat orang lain memulaukan Rasulullah
Kisah kejayaan Khadijah sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya
Kisah Khadijah yang melahirkan tujuh permata hati kepada Rasulullah
dan kisah-kisah yang lain
Masyaallah,yang pasti semuanya memberikan ibrah dan pengajaran berguna kepada kami
Walaupun tidak menjadi sehebat serikandi Khadijah
Sekurang-kurangnya ambillah suri teladan yang telah ditinggalkan...

Maksud hadis Nabi S.A.W,
"Dunia ini adalah perhiasan,dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah."

                                                                                                                             |Riwayat Muslim |



Allahu khairul makireen


Ya Allah,ketika engkau menciptakan ku,
Aku yakin engkau telah menuliskan takdir yang terbaik buatku.
Ya Allah,kiranya aku pernah mendustakan nikmatMu
Maka engkau ampunilah dosa-dosaku Ya Allah
Wahai tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasihani
Ameen Ya Rabbal a'lameen :')

23 APRIL 2013|8.00 PM