Sunday, December 9, 2012

Umpama baju kotor didalam baldi,kotor lagi membusukkan


Baju yang dipenuhi dengan kotoran hanya mampu dibersihkan dengan cucian yang berulang-ulang.Demikianlah juga dengan kalbu kita yang dipenuhi dengan kotoran syahwat dan noda perbuatan haram.Ia hanya boleh dibersihkan dengan senantiasa mengingatkan akhirat sehingga kita bertaubat dan meninggalkan perbuatan nista.

Umpama baju kotor di dalam baldi,kotor lagi membusukkan.Perlu dibasuh dan disental dengan segera,secepat yang mungkin...

#Astaghfirullahal adzhim...Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah T_T

Sunday, December 2, 2012

Fityatun amanu bi rabbihim


Pesanan buat anak muda...

1)Asas perjuangan anak muda adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah Taala

2)Mesti cemerlang dalam akademik

3)Memperkasakan ukhuwwah di antara mereka

4)Menekankan aspek tarbiah (inilah elemen yang paling penting sekali sebenarnya)


Kata-kata ini dinukilkan oleh Timbalan Presiden I.M kepada wakil anak muda dalam siri lawatan baru-baru ini dan rais panjang-panjangkan...

#koreksi diri !!!

Wednesday, November 21, 2012

Manfaat kesihatan coklat gelap(Dark Chocolate)




Manfaat kesihatan coklat gelap (Dark chocolate)


1) Baik untuk Jantung Anda

Kajian menunjukkan bahawa makan sejumlah kecil coklat gelap dua atau tiga kali setiap minggu boleh membantu menurunkan tekanan darah anda. Coklat gelap meningkatkan aliran darah dan boleh membantu mencegah pembentukan darah beku. Makan coklat gelap juga boleh mencegah arteriosklerosis (pengerasan arteri).

2)  Baik untuk Otak anda

Coklat gelap meningkatkan aliran darah ke otak serta jantung, jadi ia boleh membantu meningkatkan fungsi kognitif. Coklat gelap juga membantu mengurangkan risiko strok.

Coklat gelap juga mengandungi beberapa sebatian kimia yang mempunyai kesan positif ke atas mood anda dan kesihatan kognitif. Coklat mengandungi phenylethylamine (PEA), bahan kimia yang sama otak anda mewujudkan apabila anda rasa seperti anda sedang jatuh cinta. PEA menggalakkan otak anda untuk melepaskan endorfin, jadi makan coklat gelap akan membuatkan kita berasa gembira.

Coklat gelap juga mengandungi kafein, perangsang yang sederhana. Walau bagaimanapun, coklat gelap mengandungi kafein yang lebih kurang daripada kopi. Satu bar 1.5 auns coklat gelap mengandungi 27 mg kafein, berbanding mg 200 ditemui dalam cawan lapan auns kopi.

3) Membantu Kawalan Gula Darah

Coklat gelap membantu menjaga saluran darah anda sihat dan peredaran anda tidak terjejas untuk melindungi terhadap diabetes jenis 2. Flavonoid dalam coklat gelap juga membantu mengurangkan rintangan insulin dengan membantu sel-sel anda untuk berfungsi secara normal dan mengembalikan keupayaan untuk menggunakan insulin badan anda dengan cekap. Coklat gelap juga mempunyai indeks glisemik rendah, bermakna ia tidak akan menyebabkan pancang yang besar dalam tahap gula dalam darah.

4) Penuh  dengan Antioksidan

Coklat gelap dimuatkan dengan antioksidan. Antioksidan membantu badan anda daripada radikal bebas, yang menyebabkan kerosakan oksidatif kepada sel. Radikal bebas yang terbabit dalam proses penuaan dan boleh menjadi penyebab kanser, makanan antioksidan jadi makan kaya seperti coklat gelap boleh melindungi anda daripada banyak jenis kanser dan melambatkan tanda-tanda penuaan.

5) Mengandungi theobromine

Coklat gelap mengandungi teobromina, yang untuk mengeraskan enamel gigi. Itu bermakna bahawa coklat gelap, tidak seperti kebanyakan gula-gula lain, merendahkan risiko anda mendapat kaviti jika anda mengamalkan kebersihan gigi yang betul.

Teobromina juga perangsang ringan, walaupun tidak kuat seperti kafein. Ia boleh, bagaimanapun, membantu untuk menindas batuk.

6) Mengandungi kandungan Vitamin dan Mineral yang tinggi

Coklat gelap mengandungi beberapa vitamin dan mineral yang boleh menyokong kesihatan anda. Coklat gelap mengandungi beberapa vitamin dan mineral berikut dalam kepekatan yang tinggi:

-Kalium(Potassium)
-Tembaga(Copper)
-Magnesium
-Besi(Iron)

Tembaga dan kalium dalam coklat gelap membantu mencegah terhadap penyakit strok dan kardiovaskular. Besi dalam coklat melindungi terhadap anemia kekurangan zat besi, dan magnesium dalam coklat membantu mencegah diabetes jenis 2, tekanan darah tinggi dan penyakit jantung.


Rujukan :www.fitday.com

Monday, November 19, 2012

Berkasih macam ni kan lagi best....



Cinta Islam menyatukan hati, meskipun kita hidup berjauhan. Cinta dunia dan populariti menjauhkan hati, meskipun hidup saling berdekatan. Qatadah menulis surat kepada Al-Awzai: "Meskipun kita terpisahkan oleh negeri, namun cinta kepada Islam menyatukan kita." Qatadah seorang ulama tabiin di Basrah. Al-Awzai seorang ulama tabiin di Syam  -Ustaz Umar Muhammad Noor

Subhanallah...
Cinta kerana Allah macam ni kan lagi best
lagi osem
Biarpun tak bertentang mata
Tapi hati tetap tertaut
kasih saudara kerana ilmu
Kasih tanpa fitnah
suci  dalam redhaNya.

Thursday, November 1, 2012

01112012



Perkara2 yang perlu dititikberatkan dalam perjuangan, menurut Dr Yusuf Al-Qaradhawi:
1) Takutkan kemasyhuran.
2) Memuhasabah diri sendiri.
3) Beramal secara diam-diam
4) Tidak memerlukan pujian dan tidak tenggelam oleh pujian orang lain.
5) Tidak kedekut pujian terhadap orang yang memang layak menerimanya.
6) Melakukan apa yang selayaknya ketika memimpin.
7) Mencari keredhaan Allah bukan keredhaan manusia.


Sesungguhnya yang kita perlukan sekarang bukanlah da'i-da'i yang petah berbicara,pintar dan pandai menarik simpati ummat,tetapi da'i yang betul-betul faqeh dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah dimuka bumi ini...

Apakah ada 'indicator' tertentu untuk menentukan tahap keikhlasan seseorang?

Hanya Allah jualah yang berhak menilainya.Seperti yang selalu kita dengarkan ikhlas itu ibarat semut hitam, dan duduknya di atas batu hitam dimalam yang pekat.

Bak kata murabbi Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam 'Islam,Fikrah dan daulah' menurutnya,

"Tidak mustahil 'ahli biasa' yang berkorban untuk Islam dengan cara yang jujur dan ikhlas,lebih afdhal daripada presiden itu sendiri,lebih mulia disisi Allah dari orang yang menjadi ketua di peringkat negeri,daerah,mahupun unit kerana nilaian disisi Allah adalah ikhlas dan taqwa."


#Ikhlaskan lah hati-hati kami Ya Allah T_T

Siap beramal






Seorang yang tidak bersantai,tidak bermalasan,siap untuk tekun dan beramal,maka cita-citanya akan tinggi dan dia akan diberkahi pada saat itu.Dia akan memperoleh kebaikan yang banyak dalam waktu yang singkat.

Seorang penyair berkata,

"Siapa yang meninggalkan kelezatan dunia
maka akan memperoleh cita
Siapa yang sibuk dengan kelezatan
maka akan gigit jari"


-Uridu an akuna Taqiyyan;Famadza af'al (Aku ingin jadi orang yang bertaqwa;Apa yang harus aku lakukan),Hani Saad Ghanim.




لاَ يُنَالُ العِلْمُ بِرَاحَةِ الجِسْمِ

“Ilmu tidak akan diperoleh dengan badan yang rehat.”


#Ilmu dan amal tidak akan dicapai kecuali dengan meninggalkan kelazatan dan kerehatan.

Wednesday, October 31, 2012

Sekadar sekelip mata





"اللهم لا تكلنا إلى أنفسنا طرفة عين ولا أقل من ذلك "




"ya Allah, janganlah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh kami 
sendiri walaupun dengan kadar sekelip mata atau kadar yg lebih mudah"


Mungkin kita pernah melantunkan bait-bait ini lewat saat lembaran almathurat dibuka,perlahan-lahan mengisi kekosongan hati,meresap ke dalam sanubari,menyegarkan kembali kasih kita pada sang ilahi dikala waktu pagi dan petang kita.Tapi pernahkah kita menekuni ayat-ayat ini?

----------------------------------------------------------------------------

Semalam,saat diri melambung ke udara,itulah yang dirasakan.Sekadar sekelip mata,diri terpelanting entah ke mana.Bila terbuka pelupuk mata barulah terasa kesakitan yang mencengkam dibahagian belakang badan.Diatas aspal(tar) yang berbatu dan pekat malam yang hitam.Batu dan jalan berlubang,siapa yang harus dipersalahkan?Tidak,inilah yang dinamakan takdir,Qada' dan Qadar Tuhan.

Demi Allah yang menghidup dan mematikan,dan demi Allah yang nyawa kami ini ditangannya.Bayangkan badan bagaikan berputar 180 darjah saya kira.Diselangi benda tajam yang menghiris.Allah,perit juga terasa.Merintih seketika.Terkejut.Kaget.Sahabat saya yang memandu juga,sepi tanpa kata.Motosikal memhempap dia,kakinya sedikit lebam,jatuhnya terduduk sopan.Kami kehilangan kata.Hanya kalimah istigfar lewat dibibir saya.Sempat mengerling,kotak donut kami turut sama terdampar di tubir jalan.

Kami bertentang mata,kedua-duanya hanya mampu menguntum senyum.Sebuah kereta hitam melalui tempat kami,keluar seorang pak cik baik hati mendekati dan menolong mengangkat motor dan bertanyakan apa terjadi.Jazakallahu khairan katsira Pak cik :)


Dan bila menekuni kembali ayat-ayat ini ternyata diri baru tersedar,walau sekadar sekelip mata apa-apa sahaja boleh berlaku.Ya walaupun sekadar masa yang lebih pendek dari itu.Kun Fayakun.Jadi,jadilah ia.Innalillhi wa'inna ilahirojiun...Alhamdulillah 'ala kulli hal.Saya tidak dapat membayangkan jika kita sendiri yang menentukan nasib diri,walau sekadar sekelip mata Allah jualah yang berhak menentukannya.Terima kasih Allah.






Teringat kembali perbualan kami seputar tika masih dijalanan,selepas membeli Big Apple donut yang sedap kemain lagi..cerita tentang musibah dan ujian.Padahal baru sahaja kata-kata itu dilafazkan ternyata Allah terus menguji.Benarlah setiap yang berkata itu,diuji.


"Sesungguhnya kesabaran yang sebenar itu  ialah pada awal ditimpa musibah"


 HR bUKHARI,mUSLIM,Ibnu Majah dan Abu Daud.


Alhamdulillah a'la kulli hal...

Nota Kaki:

-Baru saya faham mengapa seorang sahabat muslimin ada mengatakan;muslimat tidak digalakkan 'psycomoto'(training debat atas moto)..haha.terbukti,memang kecekapan kita berbeza;Tunnel vision vs peripheral vision..pandangan mata lelaki mencakupi 120 darjah,manakala perempuan 180 darjah.Sebab tu mereka lebih cekap (bacaan lanjut dalam buku 'Why men dont listen and women can't reads map).saya rekemenkan anda untuk membaca buku ini.Thumbs up!

-Manusia november agak kompleks dan mencapah,banyak fikir,penuh cita dan banyak idea dalam kepala.Atas moto masih sempat buat draf kasar untuk blog di ruangan memo handset;pesan guru dan sastera.

-Dan pastinya pengorbanan sahabat-sahabat yang menemani dari 10.30 malam hingga ke 3.00 pagi semata-mata ke hospital,dengan kesejukan udara yang mencengkam badan,hanya Allah sahajalah yang mampu membalasnya.Ana uhibbukum Fillah Sahabat :).Dan kakak x-ray yang baik hati sempat berkomentar;Awak masih muda,saya tak galakkan awak x-ray tulang belakang,dalam masa yang sama bahagian pinggul dan pelvis,Radiasinya sangat tinggi.Saya faham,radiasi tinggi diperlukan untuk menembusi sel-sel tulang,andainya tulang atau sendi saya patah saya sendiri dah tak boleh berjalan.Katanya jujur dan prihatin.Ya saya menolaknya,apalagi radiasinya nanti bakal mematikan beribu-ribu sel badan saya.Hanya x-ray bahagian pinggul dan pelvis kiri.Alhamdulillah,Allah masih sayangkan diri saya.Kata doktor,semua ok.Setakat luka dan lebam itu nanti akan beransur pulih sedikit demi sedikit.


 " Dalam dekapan ukhuwah, kita mengambil cinta dari langit. 
                                            Lalu menebarkannyadi bumi." ~ (Salim A. Fillah-DDU)



#Momen semalam,ternyata Allah ini mengajarkan;persediaan musibah dan kematian itu ternyata sangatlah diperlukan.Taubat jangan ditinggalkan.Must be prepare.

Tuesday, October 30, 2012

Ruh baru islam



Kamu adalah ruh baru,kamu adalah jiwa baru yang mengalir di tubuh ummat,
yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Quran.....

-Hassan al-Banna.

Saturday, October 27, 2012

Aku ingin dipelukmu Tuhan


Tatkala keresahan datang
tatkala inginkan jawapan
Kala diwaktu kesunyiaan
Terasa tuhan begitu dekat di minda dan fikiran
Terasa aku ingin dipelukmu Tuhan
Itu yang kurasakan
Andai engkau juga ciptaan
Namun engkau sang tuhan
Tetaplah aku merasakan
Pelukanmu diwaktu lena yang panjang
Mengejutkan aku mara dihadapan
Bangun membesarkan mu Tuhan
Dalam lemas di muara tahajud malam
Saat aku terpalit dosa silam
Disaat itu kau tunjukkan ku jalan
Katamu ampunan melangit luas seluas jalanan yang lengang
Dan dengan pengharapan
Aku ingin terus dipeluk mu Tuhan
Tuntun aku kearah keredhaan.

Ya Allah,tolong peluki daku dalam lena dan jagaku........ 12 Zulhijjah 1433 H

Sunday, October 14, 2012

A Fading Shadow







O people who take pleasure
In a world that will vanish
Falling in love
With a fading shadow
Is sheer stupidity


~Ibnu Al Qayyim,Tazkiyatul Nufus;The Life of this World


Tuesday, October 2, 2012

Jangan menyerah







Biasanya kalau singgah surau fakulti di tingkat 5,selalu ternampak ayat ni.Ditampal sebelah cermin,sambil-sambil beratur pandang cermin curi-curi baca ayat ni.Beratur sebab berebut nak tengok cermin..hehe

MasyaaAllah...dan pada masa tu,rasa berbunga-bunga dalam hati,rasa ringan sikit kepala yang serabut.

Kadang-kadang banyak pertanyaan kita yang tidak terjawab.Kita tanya kita sendiri yang jawab.

Dan Allah menjawabnya melalui kalam-kalamnya yang indah.Rasa nak menitik tap-tap airmata.

Allah dah janji siapa yang bertaqwa,akan memberikan jalan keluar (memudahkan urusan kita) dan akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka,malah akan mencukupkan segala keperluan jika kita bertawakkal padanya....

Nah,sekarang mau apalagi...Ittaqullah!!!

Kadang-kadang kalau rasa stress nyanyi lagu ni pastu semangat kembali !!!Jom sama-sama :)


"Syukuri apa yang ada 
hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik "

-Jangan menyerah,D'Masiv : D


Monday, August 13, 2012

Spiritual Tonics






Taubat(repentance) 
muhasabah (introspection and self assessment) 
mujahadah(restraint and self control)
muraqabah(Allah’s consciousness)
dakwah (preaching of Islam) 
and istiqamah (persistence and consistency) 


are spiritual tonics that catapulted the Prophet and his Companions towards excellence and glory.With that,they attained taqwa and with taqwa they spread Islam throughout the world.Hence,Allah blessed them by bestowing Divine help upon their efforts,thus enabling then to achieve astounding success without parallel.

*7 Formulas of Excellence Individual,Dr.Danial Zainal Abidin;page 78

----------------------

25 th Ramadhan:Don't leave us Ramadhan,we gonna miss you :(
Allahumma innaka a'fuwwun,tuhibbul afwa fa'fua'nna.

Thursday, August 9, 2012

Tips Raih lailatul Qadar

Tuesday, August 7, 2012

Andai sastera seni dalam dakwah,tarbiyyah pula seni yang mengubah




Hati yang sepi tanpa latihan,didikan,ujian atau telah lama berehat 
lama kelamaan menjadi semakin keras 
menyebabkan terpadamnya 
nilai-nilai islami yang tumbuh dalam diri kita.
Semakin lama semakin berkarat 
sehinggakan tilawatul quran tidak memberi kesan
solat tidak lagi khusyu' dan membazirkan waktu
dengan sia-sia tanpa kesal dan merasa rugi.
Perjalanan tarbiyyah sering menemukan siapa diri kita
siapa kedudukan kita disisi Rabb 
dan sebab itu 
tarbiyyah itu seni yang sesungguhnya mengubah
mengubah sekeping hati dan mendekatkan diri dengan ilahi.

---------------------------------------------------------

Catatan di lapan belas Ramadhan
Dalam misi perjalanan meraih Cinta Ilahi...

Wednesday, August 1, 2012

Perihal hati





"Akak...saya dah remove friend fb sedikit demi sedikit"
kata Adik saya tatkala kami bersua.

"erk..."saya sedikit terkejut sampai terangkat kening-kening(sebab ada 2 kening..hehe).

"Yang lelaki..."

"Oh.. "..saya tersenyum kelat,tanda mengerti.

"Susahkan kak,nak menjaga hati...kalau diingatkan kembali kisah-kisah yang pahit,kita akan sedih dan sakit hati...apalagi cerita-cerita yang tak enak didengar"

"Awak ramai peminat sangat kot..hehe"..saya cuba menceriakan suasana.

"Ya lah,bukan senang nak menjaga ikhtilat terutama antara lelaki dan perempuan.Kadangkala kita mengerti tapi orang lain tak mengerti.Apalagi kalau ada yang salahfaham.Saya tak nak ada salahfaham nanti.."

"Ya..kadang-kadang benda boleh jadi fitnah.Lastly,kita juga yang kena nanti.Padahal xde pape pun...erm."

"Erm..baguslah akak pun nak remove jugak laa nanti.Bukan apa kadang-kadang kita salah penilaian tentang orang itu dan orang ini.Terutamanya di fb.Tak dinafikan juga ada sesetengah orang suka meluahkan perasaan dan cerita itu ini di fb."

Jadi,bila orang baca nanti seolah-olah tiada privacy.Nanti orang cakap "oh! harini dia kesini,esok dia akan ke situ...".."Oh dia ni garangnya","oh dia ni gediknya"

Tapi kalau post itu sebagai dakwah, xkisah kecil atau besar..ok lah,xde masalah.Sangat-sangat di alu-alukan.


 Dan ada satu hari tu saya terbaca satu post...

"Maaf,saya (nama dot dot dot) tidak akan approve mana-mana lelaki...Sekian"

Allah,masyaallah..Bagusnya dia ni..Dan saya faham mengapa,

1.Kerana ingin menjaga hati
2.Kerana tidak ingin dikenali (oleh lelaki-lelaki).

T.T

sebenarnya Allah dah mewajibkan wanita untuk

1.Memelihara pandangan dan kesuciaannya (termasuklah kesucian zahir dan batin)
2.Menutup aurat dan perhiasannya dengan sempurna
3.Tidak menampakkan perhiasan mereka
4.Sopan dalam berbicara dan berjalan
5.Menjauhi benda-benda yang boleh menarik perhatian lelaki
6.Dilarang untuk berdua-dua dengan lelaki ajnabi
7.Jangan bercampur dengan lelaki kecuali untuk keperluan terpaksa atau kemaslahatan dengan syarat batas syariat di jaga ketika bertemu dengan lelaki.

____________________________


Teringat satu ketika dulu
Bicara tanpa memandang
Biarpun tampak segan 
Gerak kerja tetap terus berjalan
Kerana masing-masing faham
Syariat tetap syariat
Tiada kompromi
Tapi hari ini ternyata berbeda
Teringat momen lama
Aku menangis
bagiku itu lebih selesa
Sungguh aku ingin kembali ke dunia lama !