Thursday, September 17, 2009

Selamat Berjuang Sahabatku..

Sahabatku,
Siti NorHidayati BT sAIDI
uNIVersiti al-azhar,kaherah
Ijazah perubatan dan pembedahan
Moga ALLAH rahmatimu...








"Pasport..pastport.."-kaunter check in.



Ole-ole M'sia:Kerepek+kuih raya+jajan+ dll..



"Banyaknye barang2 akak..."




"Ubat hpa tak dilupakan"





Kak Bah & Kak Bie




"Kak,kite jumpa kt SANA ye..



"Minta maaf banyak2 kak"



"kome,jangan nakal2 taw.."insyaallah..




"Yati,btol ni nk pegi?take care tau..."




Ukhuwwah Fillah abadan abada...



"Selamat jalan kak,kenang kami dlm doamu..ila liqa'.."

"Bukan usahamu sia-sia,tapi kemenangan yang lambat tiba"

Sunday, September 13, 2009

Yang sering kita abaikankan….



Seorang teman menyapa saya selepas solat terawih beberapa hari yang lalu..

“Eh,tebalnya kain telekung awak?tapi kenapa still pakai tudung kt dalam?”

“xde lah kain telekung sy ni taklah tebal sgt,nampak tebal mgkin sebab sy pakai tudung kot”

“Saya nk tnya sesuatu bleh?sah ke solat kita kalau kain telekung(kain sembahyang)kita jarang?”

“kalau telekung kita2 jarang dan boleh menampakkan aurat tak sah lah solat kita.samalah jgk kalau kte pakai pakaian yang jarang, kita dikira mendedahkan aurat.Jadi saya sarankan kalau nak solat pakailah pakaian yg menutup aurat,siap ngn tudung skali.Tak nak pakai telekung pun xpe kalau pakaian kte2 dah menutup aurat dengan syarat ianya mestilah suci.”

“Tapi kan telekung sekarang ni kebanyakan nipislah.”

“kalau nipis carilah telekung yang tebal.Tak pun awak beli kain dan jahit sendiri,tak yah beli yang dah siap..”

*********************************************************

Apa yang kita lihat hari ini antara realiti yg berlaku terutamanya wanita,mereka solat tapi nampak aurat.Yang pertama pakai telekung tapi still nampak rambut.Ini kerana kain telekung yg dipakai jarang@nipis.Jadi saya sarankan pakailah tudung sewaktu hendak solat,lagi selamat kerana selain dapat menutup rambut ia juga dapat melindungi leher kita.

Yang kedua solat tapi Nampak kaki.Situasi ni memang sering terjadi di kalangan wanita.pernah satu ketika saya solat di surau fakulti,saya menegur seorang pelajar yang kainnya terselak dan Nampak kaki ketika dia solat tapi dia buat dek jer..geramnya saya waktu2..orang tegur pun buat tak taw.kalau sekali xpe tapi setiap kali nak sujud,Nampak je kaki.So,para muslimah sekalian saya sarankan pakailah kain sembahyang yang labuh ckit,kalau nak selamat pijaklah kain kite2 sebabnya bila kite sujud pun ia takkan terbuka.tak pun pakai sarung kaki atau stoking lagi selamat.

Yang ketiga solat tapi tak pakai baju@berkemban..Ini biasanya berlaku terutamanya mak cik2,nenek2 dan remaja2 perempuan yang lepas mandi,pakai kain sarung je pas2 solat.Saya cukup x berkenan(tak suka)sebabnya saya pernah lihat sedara dan kawan saya pernah buat.Apa salahnya pakai baju yang elok ckit ketika solat,Kita kan nak mengadap Allah.Sepatutnya kite kena malu dengan ALLAH.Kalau kte nak bertemu orang bleh pakai cantik2 kenapa tidak sewaktu nak mengadap Allah???kalaulah kain telekung2 dibuatnya nipis,tak ke Nampak aurat2,terus tak sah solat kite…So saya sarankan pakailah pakaian yang sempurna dan menutup aurat ketika solat.

Ingatlah bahawa amalan solat adalah perkara pertama yang akan Allah Tanya sewaktu hari perhitungan kelak.kalau bab2 solat ni tak lulus,mcm mane dengan amalan2 lain? Sebagaimana sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Perkara pertama yang akan dihitung tentang hambanya pada hari kiamat adalah solat.sekiranya baik solatnya sempurnalah seluruh amalannya dan sekiranya buruk,buruklah seluruh amalannya”..
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Firman ALLAH :

“Selanjutnya,apabila kamu telah menyelesaikan solatmu,ingatlah ALLAH ketika kamu berdiri,pada waktu kamu duduk dan ketika berbaring.Kemudian,apabila kamu telah merasa aman,maka laksanakanlah solat(sebagaimana biasa).Sunnguh,solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya keatas orang-orang yang beriman..”
(surah An-nisa’:103).


Sama-samalah kite renungkan.Ianya Nampak cam simple je tapi benda-benda inilah yang sering kita terlepas pandang.


Qum Fa’anzirr(bangun dan bagilah peringatan)…

Wednesday, September 9, 2009

"Ya Rasulullah,adakah kami ini benar2 tergolong sebagai ikhwanmu?


Pernah satu ketika,
sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat,
tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah S.A.W.

Para sahabat gelisah melihat
sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah S.A.W.

Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar,
Baginda mengatakan bahawa Baginda
terlalu merindui umatnya di akhir zaman
yang disebut-sebut sebagai ikhwannya.

Para sahabat merasa iri hati
hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya,

"Bukankah kami ini ikhwanmu?"

"Tidak Abu Bakar,kamu semua adalah sahabatku"

kata Rasulullah S.A.W.

Ikhwanku itu,
menurut Rasulullah S.A.W
adalah mereka yang belum pernah melihatku,
tetapi mereka beriman dan mencintaiku.

"Aku sangat rindu untuk bertemu mereka"

Sunday, September 6, 2009

Antara contoh kajian semasa mengenai isu-isu perubatan ketika berpuasa.




Keputusan seminar Feqh Perubatan ke-9 yang diadakan di Casablanca,Maghribi pada 8-11Safar 1418 bersamaan 14-17 Jun 1997.Yang dianjurkan oleh Institut Kajian Sains dan perubatan Sultan Hassan II dengan kerjasama Akademi Fiqh Islam serta WHO menyatakan:
Perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa menurut Al-quran dan hadis yang sahih dari Nabi Muhammad SAW.

3 perlakuan yang boleh membatalkan puasa:makan,minum dan melakukan hubungan seks.Oleh yang demikian,apa-apa bahan yang melalui rongga samaada berbentuk pepejal atau cecair dalam apa jumlah sekalipun,ianya boleh membtalkan puasa.

Ahli majlis/peserta seminar tersebut telah sepakat bersetuju bahawa perkara-perkara berikut TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

1.Ubat titis mata,titis telinga dan basuh telinga

2.Ubat tablet bawah lidah yang digunakan oleh pesakit Angina(jantung).

3.Memasukkan ubat melalui faraj,memasukkan alat perubatan,membasuh speculum,dan jari doctor atau bidan semasa pemeriksaan vagina(sebelum bersalin).

4.Memasukkan teropong ke salur kencing lelaki atau perempuan untuk penyediaan x-ray.

5.Menampal,mencabut,mengorek dan mencuci gigi atau menggunakan alatan dan berus gigi,dengan syarat tiada apa-apa bahan yang memasuki perut dari prosedur tersebut.

6.Suntikan melalui kulit,otot,sendi atau pembuluh darah Kecuali member makanan melalui pembuluh darah.

7.Penderma atau menerima pemindahan darah

8.oksigen dan gas bius

9.Semua jenis bahan yang boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit seperti krim,jelly,atau plaster berubat

1o.Mengambil darah untuk ujian makmal

11.sesalur atau bahan perantara untuk arteriografi(pemeriksaan x-ray khas jantung)atau organ lain

12.Teropong dalam rongga perut(endiskopi)untuk mencari punca penyakit.

13.Membasuh mulut,berkumur atau semburan mulut dengan syarat tiada bahan masuk ke dalam perut.

14.Teropong ke dalam salur peranakan atau memasukkan alat kedalamnya.(ie.UICD).

15.Mengambil tisu(biopsi) hati atau organ lain

Sementara itu majority peserta (terdapat minoriti yang tidak bersetuju)menambah perkara berikut tidak membatalkan puasa

16.Ubat titis hidung,semburan hidung dan ubat sedut

17.Suntikan kedalam dubur,teropong dan pemeriksaan digital ke dalam dubur

18.Pembedahan yang melibatkan bius sepenuhnya jika pesakit mengambil keputusan untuk berpuasa.

19.Mesin atau dialysis buah pinggang melalui perut

20.Penggunaan teropong perut,dengan syarat tidak memasukkan apa-apa bahan cecair atau bahan seumpamanya ke dalam perut.


Sumber:Buku 100 Persoalan puasa,Ust.Haji Azhar Haji Yahya dan Ustzah Fadilah Haji Yaacob.

Friday, September 4, 2009

10 Petanda husnul khatimah


Setiap insan pasti menempuhi saat kematian.Ini dijelaskan dalam al-Quran,
maksudnya:


"Tiap-tiap umat mempunyai ajal mereka,maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak dapat pula mendahuluinya"

(Surah Yunus:49)


Kebiasaannya selepas solat kita akan berdoa semoga dikurniakan husnul khatimah.apakah dimaksudkan dengan husnul khatimah?Husnul khatimah bermaksud pengakhiran yang baik.

10 Petanda Husnul Khatimah adalah:

1.Mengucap kalimah syahadah ketika hampir mati.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

"Sesiapa yang akhir kalimatnya 'Lailaha illallah' nescaya masuk syurga"

2.Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi"

3.Mati di malam jumaat atau harinya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Tiada seorang Muslim yang mati pada hari jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur"

4.Mati syahid di medan perang menegakkan agama Allah.

5.Mati kerana sakit taun,sakit perut,ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.

6.Perempuan yang mati dalam keadaan nifas dengan sebab melahirkan anak,orang yang mati terbakar,mati kerana sakit paru-paru dan cirit-birit.

7.Orang yang mati kerana hendak mempertahankan hartanya dari dirampas.

8.Mati kerana mempertahankan agama dan nyawa.

9.Mati kerana bertugas dalam perjuangan islam.

10.Mati ketika beramal soleh,yakni ketika melakukan amal ibadat menyembah Allah seperti solat,berpuasa dan sebagainya.

Tuesday, September 1, 2009

Jalan-jalan cari buku...



Buku-bukuk agama







buku masakan@Resepi



AL-quran dan terjemahan




Koleksi novel para sahabat dan tokoh islam
(menggamit rasa cinta dan rindu pada Rasulullah ^-^)







Fiqh al-Sirah




Bestseller























Sunday, August 23, 2009

MISTERI WARNA MELALUI WAKTU SOLAT




Alam semesta ini penuh dengan misterinya.Kenapa keadaan waktu senja berbeza dengan waktu pagi?Malahan warna yang terpancar melalui dada langit juga berbeza apabila masuk solat lima waktu.Kenapa ini semua terjadi??Itulah tanda-tanda kebesaran ALLAH..


“sESungguhnya pada penciptaan langit dan bumi,pergantian malam dan siang,kapal yang belayar dilaut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia,apa yang diturunkan ALLAH dari langit berupa air,lalu dengan itu dihidupkanNYA bumi setelah mati(kering) dan DIA tebarkankan didalamnya bermacam-macam binatang&perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi,(semua itu) sungguh,merupakan tanda-tanda(kebesaran ALLAH)bagi orang-orang yang mengerti..”
(surah AL-Baqarah:164)



WARNA BIRU MUDA



Sebagai contoh,pada waktu subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisme tubuh.Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar atau rezeki dan komunikasi.Mereka yang tertinggal atau melewatkan solat subuh secara berulang-ulang kali,lama kelamaan akan mengalami masalah komunikasi atau rezeki.Ini kerana tenaga alam iaitu warna biru tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) dalam erti kata lain jaga(bangun) daripada tidur.Disini juga dapat kita cungkil rahsia diperintahkan solat di awal waktu.Bermulanya azan subuh,tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.Jadi mereka yang terlewat Subuh sebenarnya tidak mendapat tenaga yang optimum lagi.

WARNA HIJAU



Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau(isyraq dan dhuha)dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor.Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau lewat solat zohor berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

WARNA OREN



Kemudian alam Akan berubah kepada warna oren,iaitu masuknya waktu asar dimana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat,uterus,ovari dan testis yang merupakan sistem reproduktif.rahsia warna oren ialah kreativiti.orang kerap kali tertinggal solat aSar akan hilang daya kreativiti dan lebih malang lagi kalau di waktu ini jasad dan roh seseorang terpisah(tidur laa tu…).Dan jangan lupa,tenaga pada waktu ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif(pembiakan)kita..

WARNA MERAH



Menjelang waktu maghrib,alam akan berubah ke warna merah dan diwaktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada diluar rumah.Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis(infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.mereka yang sedang dalam perjalanan seelok-eloknya berhentai dulu pada waktu ini(solat maghrib dulu laa) kerana banyak interferens(pembelauan)berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan,pada frekuensi otot,saraf dan tulang.

WARNA INDIGO



Apabila masuk waktu isya’alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan.Waktu isya’ ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.Mereka yang kerap ketinggalan solat isya’ akan selalu berada dalam kegelisahan.Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya inilah waktu tidur dalam islam.tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistam tubuh berehat.

Selepas tengah malam,alam mula bersinar kembali dengan warna putih,merah jambu dan seterusnya ungu dimana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal,pituitari,talamus dan hipotalamus.Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan waktu ini dipanggil sepertiga malam dimana umat Islam digalakkan qiamullail(bangun malam) dan merupakan waktu yang sesuai untuk mengulangkaji pelajaran.


Begitulah secara ringkasnya perkaitan antara solat dan warna alam.Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan semuanya dicipta untuk menjadikan diri kita lebih proaktif.kita sebagai umat islam sepatutnya bersyukur dan mengambil iktibar kerana telah dikurrniakan syariat solat oleh ALLAH tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa ALLAH telah mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayangnya sebagai pencipta kerana DIA tahu hambaNYA ini amat memerlukannya.

Namun,amat menyedihkan sekali pada hari ini masih ramai lagi umat Islam yang meninggalkan solat dan tidak mahu tunduk dan patuh pada perintah ALLAH S.W.T.Tidakkan mereka takut pada azab dan seksaan Allah?????



AYUH,bangkitlah wahai muslimin dan muslimat sekalian usunglah dirimu ke tikar solat sebelum jasadmu di usung ke liang lahad,menjadi makanan cacing dan ulat…

Friday, August 21, 2009

Andai kau tahu...




Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai
Sungguh khusyu’ lagi tawadhu’
Tubuh,minda,dan qalbu bersatu memperhambakan diri
Mengadap Rabbul Jalil
Menangisi kecurangan janji

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Disetiap kesempatan
Juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan
Bertarawih…berqiamullail….bertahajjud…
Mengadu…merintih…meminta belas kasih..
Mengenangkan dosa-dosa yang lalu..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu akan terus memburu sesuatu
Malam yang telah dijanjikan
Malam idaman yang lebih berkat dari seribu bulan

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan yang paling bererti..paling berseri
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayangmu
Ya Ilahi
Semoga amal yang sedikit ini
mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Di syurga yang menanti........




RAMADHAN KAREEM.....
SIRRU A'LA BARAKATILLAH...

Wednesday, August 19, 2009

Hadirmu ku nanti-nantikan

Assalamualaikum & Salam sejahtera...

ALhamdulillah hari ni kita masih lagi diberi kesempatan utk bernafas di bumi Allah ini...Lama btol saya tidak menulis....bukan x mahu tp x sempat..kehidupan di kampus baru ni btol2 mcabar..berbeza skali ngan jengka..biasanya kt cni klas stat 8.30 pg dan abis kol 5ptg atau 7mlm..gap xbyk 2@3 jam shj..dan mlm biasanya de kelas ganti atau test...klu de kls mlm biasenye kami stay saje di fakulti dan lepak2 kt surau dan library..lps kls mlm bru blk..kebetulan plak sem ni lab bio kne hari sabtu d cbbkn lab penuh wktu kuliah..klu d ikutkn memang penat tapi itulah hakikatnya yg sebenar...yang penting kita jangan mudah putus asa dan banyakkan bsabar...klu kite rasa diri kita cukup sibuk percayalah ada orang lain lagi yg lebih sibuk daripada kita..Dan ingat walau sesibuk mana pun kita ingatlah jgn kita lupa tanggungjwb kita pd ALLAH..Pohonlah kekuatan darinya diwaktu kita susah@ senang..




Bulan Ramadhan akan tiba beberapa hari saje lagi..semestinya kita tertunggu2 kedatangan bulan yg penuh keberkatan ni...semua pakat2 nk kejar pahala yg berganda2.apapun doakanlah semoga kita semua dipanjangkn umur dan sempat menikmati bulan yang mulia ini...

Dari Abu Hurairah r.a:

Adalah Rasulullah s.a.w memberi khabar gembira kepada sahabatnya dengan bersabda;

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,bulan yang diberkahi.Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya;pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka,pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat;juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan,barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa."

(HR Ahmad dan An-Nasa'i)

salam Ramadhan....

Thursday, August 13, 2009

Al-fhatihah buat Allahyarham Asri Ibrahim(Rabbani)



AL-fhatihah...Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital.


Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

"Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri.

Seorang lagi anggota Rabbani, Mohamad Afandi Shahbudin, berkata jenazah beliau akan dikebumikan di Bukit Lancong dekat Shah Alam petang ini.

Seorang saudara angkat allahyarham Shariman Wahab, berkata beliau antara individu terakhir yang dihubungi oleh allahyarham, yang mengadu berasa letih dan sedih dalam perbualan telefon mereka pagi ini.



Menurutnya lagi, allahyarham pernah tinggal bersama keluarganya di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya selama kira-kira 15 tahun sebelum ini.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi, diikuti ahli keluarga lain termasuk balu allahyarham Haliza Shahadan, 38.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya bersama pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta rakan-rakan artis termasuk Amy Search, Yassin dan Nash.

Penyanyi lagu 'Pergi tak kembali' itu lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor dan menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nadamurni.

Allahyarham dalam coretan terakhir di blognya (asrirabbani.blogspot.com) mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang menjayakan konsert terakhirnya di Stadium Malawati, Shah Alam, 28 Februari lalu.



Pencapaian kumpulan itu, yang bernadikan Asri, termasuklah beberapa anugerah utama industri muzik - album nasyid terbaik selama tiga tahun dan album terbaik (2001).

sumber:www.malaysiakini.com

Thursday, July 23, 2009

NATRAH:dalam kenangan



Natrah ialah watak utama dlm peristiwa RUSUHAN NATRAH di Singapura. Natrah juga watak utama dlm kes murtad di Malaysia.

Dalam akhbar minggu lepas, beliau telah meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.

Bagi generasi baru, mungkin ramai yang lupa isu Natrah.


Natrah atau Nadra Maarof adalah wanita keturunan Belanda yang menyebabkan Rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950. Rusuhan ini terjadi kerana berbaur dengan sentimen agama dan warna kulit.

Bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan ibunya Adeline Hunter. Kakaknya Wiesje, Corrie. Adiknya Benny dan Karel.

Susur galur

*1937 24 Mac- Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh

*Disember 1942- Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad. Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.
Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

*15 November 1945- Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

*1945- Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.

*September 1949- Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

*19 Ogos 1949- polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.

*12 April 1950- Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

*22 Mei 1950- Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat,Singapura

*24 April 1950- Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill, Singapura

*28 April- Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

*19 Mei 1950- peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura .

*28 Julai 1950- Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill

*1 Ogos 1950- kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

*2 Disember 1950- Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda , seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

*12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman – Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda. Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.

*12 Disember 1950 Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

*13 Disember 1950- Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang, Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM.
Ada protes orang Islam di Karachi, Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

*15 Disember 1950- Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk ‘Welcome Back Bertha’. Mereka dari ‘Bertha Hertogh Comittee’ yang dibentuk oleh bapanya, Sarjan Hertogh.

Di rumahnya di Bergen Op Zoom , kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang ‘Di mana masjid di Bergen Op Zoom?’. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari. Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.
Januari 1952- Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

*9 Januari 1951- Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

*10 Januari 1951- Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

*17 September 1951- Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

*Mac 1953- Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya ‘Bertha Hertogh’.

*25 Januari 1953- Surat Mansor Adabi kepada Natrah

*20 Julai 1953- Surat Bertha kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

*1954- Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Bertha yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

*26 Januari 1956- Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Bertha ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

*20 April 1956- Bertha berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

*15 Februari 1957- Bertha bersalin anak lelaki pertama. Bertha mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline, Hands dan Paul.

*20 Januari 1959- Surat daripada Mansor Adabi kepada Bertha menceritakan dia sudah berkeluarga.

*3 Februari 1959- Surat Bertha kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail ‘Personal – Mansor Adabi’ di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

*25 November 1975- Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Bertha dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Bertha, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Bertha telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru dan peguam, hidup mewah.

*16 Ogos 1976- Bertha didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Bertha dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru – tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Bertha ditangkap.

*26 Disember 1976- Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

*1976- Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70an

*Disember 1979 Bertha berkahwin dengan Tom Ballermans – lelaki yang selalu datang ke Cafe Bertha dan yang dikatakan bersepakat dengan Bertha untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht, Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

*1983- Bertha bercerai dengan Tom Ballermans

*1984- Bertha masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

*15 September 1984- Bertha meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga… Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.
Bertha kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Bertha hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.
Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.

*9 Julai 2009 – Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda.


Dalam isu ini, sebenarnya, kerajaan Belanda berpakat dengan kerajaan British bagi memurtadkan kembali Natrah yang sudah memeluk agama Islam dengan cuba menggunakan tipu daya bagi mengheret Natrah ke dalam Mahkamah Tinggi Singapura pada tahun 1950.

Tahun 1950, orang melayu masih tidak mempunyai pemimpin. Negara Malaysia pun belum ada waktu itu dan orang melayu rata2 miskin pada masa itu.

walaupun orang melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah, Orang melayu dari kelantan kayuh basikal turun ke singapura, Orang melayu di pulau pinang jalan kaki ke singapura, orang melayu dari perak dan selangor tumpang kerata api barang untuk ke singapura pada tanggal 12 Disember 1950, beribu orang melayu sudah sampai ke singapura

pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan ke dalam mahkamah, Orang melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.

Karim Ghani menyatakan kepada Inspektor Taha "kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" , adakah kamu yang menyebut kalimah "LAILAHAILLAH" juga mahu menghalang aku? kamu halanglah aku akan tetap pergi....

dengar tu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia..Inspektor Taha menyatakan "demi Allah, aku akan bersama kamu pada hari ini"..laungan Allahukabar bergema disetiap sudut...Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang melayu. Lalu datang askar British tembak orang-orang melayu. Mengalir darah orang melayu di tangga mahkamah tinggi singapura. Seramai 18 orang telah gugur Syahid

**Maria Hertogh, pulang ke Malaysia pada 1999 berumur 63, untuk sebuah dokumentari TV Belanda De Affare

Rujukan

*Fatini Yaacob, majalah Dewan Masyarakat, DBP, April 1989 hlm 20.

Monday, July 6, 2009

KONSERT ANTARA DUNIA'09

Jom sahabat2 pakat2 turun Shah Alam 1 Ogos nie...rugi kalo x 2run..kite gegarkn Stadium Malawati...





Tema :
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa :
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 - 11.00 malam

Tempat :
Stadium Malawati, Shah Alam

Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia &
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Dengan Kerjasama :
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan &
Majlis Bandaraya Shah Alam



Harga Tiket

Kanak - Kanak : RM 5
Dewasa : RM 10
* VIP : RM 50
* Famili (2 VIP + 4 Kanak -kanak) : RM 100

* Terbuka kepada sesiapa yang mahu dapatkan tempat duduk VIP, berdekatan dengan pentas. Bagi pakej bukan VIP, tempat duduk adalah berasingan. Lelaki dan perempuan diasingkan.
* Bagi Pakej Famili yang mana kanak-kanak tidak sampai 4 orang, boleh ajak kanak-kanak lain untuk turut serta bagi mencukupi kuota.


Sila dapatkan tiket melalui wakil-wakil berdekatan anda.

USIM Nilai
Ainul Faridah binti Abdullah : 013-2497420

UKM Bangi
Shukri : 019-3672554

UPM Serdang
Nur Shalihati Mohd Yusof : 019-4358727

POLISAS Kuantan
Mohd Fakhrullah bin Mohd Ghazali : 013-9953341
Zaim

UTHM Johor
Fardhullah bin aminuddin : 013-7598624

RCMP Ipoh
Husni Zaim bin Ab Latiff : 019-4082994

USM Pulau Pinang
Mohd Hanif Bin Alias : 013-4422839

UPM Bintulu
Nor Hafizah Binti Abu Koshin : 013-5695562

Sunday, May 3, 2009

Nikmati malammu dengan qiamullail….

Setiap hari banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita baik masalah peribadi,pelajaran,keluarga,kerja atau masalah yang yang lebih besar daripada itu.Seiring dengan masalah yang dihadapi banyak pula cabaran dan halangan yang perlu kita hadapi.






Kita boleh mengatasinya dengan kecerdasan akal,kemampuan fizikal atau mental,harta kekayaan,hubungan persaudaraan atau apa saja.Namun,sedarkah kita bahawa semua itu hanya alasan sahaja,tidak ada yang paling ampuh selain meminta kekuatan dan pertolongan dariNya,sungguh tertipulah jika kita beranggapan bahawa kekuatan itu lahirnya dari kekuatan diri sendiri atau individu semata2.Sesungguhnya kekuatan yang ditiupkan dari ALLAH s.w.t adalah kekuatan yang hakiki& sebenar-benarnya.Alangkah indahnya andai dikeheningan malam kita diberi kekuatan untuk qiamullail walaupun diwaktu itu orang lain masih enak dibuai mimpi.


Banyakkan berdoa dikala sujud terakhir


Allah tidak menjanjikan hidup ini selamanya indah,langit tak selamanya biru,sinaran matahari tanpa hujan,kesenangan tanpa kesusahan dan kegembiraan tanpa penderitaan tapi Allah berjanji bahawa ada kekuatan yang datang setiap hari,cahaya petunjuk bagi yang berada dijalanNYA,Kebahagiaan sesudah datangnya dugaan dan rintangan, pertolongan Allah akan datang berterusan,Dia akan terus mengasihi kita tanpa henti,cintaNYA akan kekal abadi.
Kita hanya mampu memohon kepada ALLAH supaya mengizinkan kita ketawa,jangan kita lupa bahawa kita pernah menangis sebelum mendapatkannya.Mengapa pertolongan ALLAH???
Tidak ada satu masalah pun terjadi,kecuali atas izin ALLAH.Semua ada dalam genggaman ALLAH.Dalam keadaan demikian alangkah mudahnya jika ALLAH membuka jalan kemudahan bagi hambaNYA yang ditimpa masalah,diwaktu itu masalah yang besar akan terasa kecil sahaja.SEberat mana persoalan akan menjadi ringan atas pertolongan ALLAH.SUbhanallah…



BAGaimana caranya kita ingin dibantu Allah??Jawapannya dalam firman ALLAH yang bermaksud:
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH,nescaya DIA akan menyediakan baginya jalan keluar.Dan akan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga.Dan barang siapa yang bertawakkal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya)Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan(yang dikehendakiNYA).Sesungguhnya ALLAH menentukan setiap sesuatu.”
(Surah At-Thalaq:1-2)

Oleh itu,kunci pembuka pertolongan ALLAH adalah ketaqwaan kita.Semakin taqwa kita,semakin terbuka luas pintu pertolongan ALLAH.sEBaliknya,semakin kita ingkar kita,semakin tertutup rapat pintu pertolongan ALLAH.sEpertiga malam adalah waktu yang sangat dicintai ALLAH.Sangat rugi andainya kita mensiaka-siakan waktu sepertiga malam,seolah-olah kita mensia-siakan pertolongan ALLAH.pEnuhilah malam kita dengan berzikir,bertasbih,solat sunat(taubat,tasbih,tahajud,hajat,istikharah,dll) dan memohon keampunan padaNya.Anggaplah itu adalah malam terakhir dan tiada lagi esok untuk kita…

Sesungguhnya,Allah tidak akan mengecewakan orang yang memohon kebajikan dariNya.Kalau dilihat Solat Tahajjud itu sendiri banyak kelebihannya.Antaranya,mendapat pengawasan ALLAH dan menampakkan kesan ketaatan diwajahnya,dikasihi ahli ibadat & orang mukmin,percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana,wajahnya bersih bersinar ketika dihimpunkan,dimudahkan hisab keatasnya,melalui siratul mustaqim seperti kilat menyambar,anugerah catatan amalan dari tangan kanan,dll….Manakala solat istikharah pula ialah sembahyang untuk mengetahui tentang kebaikan & keburukan pekerjaan yang akan dilakukan yang kita sendiri x dapat pastikan.Dengan ibadat ini ALLAH menunjukkan petandanya,kalau baik diteruskan & kalau tidak baik sebaliknya..



Sabda Rasuluulah s.a.w:
“(wahai manusia),sebarkanlah salam,berilah makan(kpd orang fakir),sambunglah tali sillaturahim,dan sembahyanglah pada waktu malam ketika manusia sedang tidur,nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.”




“Bila kekuatan ALLAH yang dipohon,ALLAH beri rintangan untuk dihadapi,bila kebijaksanaan ALLAH yang dipohon ALLAH beri masalah untuk diselesaikan,bila kasih ALLAH yang dipohon ALLAH beri orang yang bermasalah utu dibantu,bila pertolongan ALLAH yang dipohon ALLAH beri peluang utk diambil,Ya ALLAH suburkanlah hati kami dengan rasa syukur dan kasih terhadapmu…”



Tidak ada kehidupan,kebahagiaan,kenikmatan,kesenangan, kecuali hanya dengan redha ALLAH,merasa dekat& jinak terhadapnya dan tenang& tentaram dalam jagaanNYA.Sesungguhnya ALLAH telah membuka pintu2 harapan kepada hamba2NYA,dan ambillah peluang yang ada sebelum kita dijemput pulang menghadap Rabbul Izzati….



Firman ALLAH S.w.t:
“Katakanlah;wahai hamba-hambaku yang melampai batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH,Sesungguhnya ALLAH mengampunkan dosa-dosa semuanya.Sesungguhnya Dialh yang maha pengampun lagi maha penyayang.”
(Surah AZ-zumar:53)





P/S:To my dearest Nufa,m0ga ALLAH sentiasa beri kekuatan pada awak,akak t’ingat msj yg awak send mggu lps dan c0retan akak kt atas2 adalah jawapannya.Akak xla sekuat yg awak sangkakan,akak pun pnah mnangis kn depan awak?(huhu..malunyee klu ingat blk(^-^)..Akak taw awak punya kekuatan2.Juga buat k.Midar(thanks 4 everything kak~sgt tharu),adik2 akak(zakiah,farah,fizah)& adik2 tadika greenw0rld(ain,syidah,nusrah,lina,k.ana,imah,iqa,dayah,dza,syahidah,sarah,hazirah,dll)..
terima kasih atas dorongan dan sokongan kalian sume,mnta maap byk2 ye,Moga kasih & hidayah ALLAH sentiasa bersama kita…..

~Selamat Beramal (^-^),

Hari-hari terakhir di bumi khazanah alam,

3 may 2009

2.35 a.m

Wassalam…… ~